Najib Kerusi Kosong Di Program Ph Petanda Apa


Haspaizi Zain 
   
PRK SEMENYIH | Bekas perdana menteri Najib Razak menyindir beberapa program anjuran Pakatan Harapan (PH) yang menurutnya kurang mendapat sambutan, dan berkata ia merupakan pentanda awal BN akan menang.

Beliau mendakwa kehadiran penduduk Semenyih ke progam "bossku" lebih ramai berbanding sambutan terhadap acara PH, termasuk yang menampilkan timbalan presiden PKR yang juga bekas menteri besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan menteri besar sekarang Amirudin Shari.

"Azmin kata saya takut untuk datang (berkempen di Semenyih), tetapi saya tak takut. Saya juga tak pasti Azmin dapat sambutan seperti ini atau tidak.

"Malam ini kita buat program di Taman Tasik Kesuma, lebih 1,000 hadir. Ceramah MB (Selangor) saya tengok banyak kerusi kosong.

"Itu alamatnya apa? Petanda awal kita menang kali ini," katanya dalam program ceramah di Rinching, Semenyih malam tadi.

Selepas PRK Cameron Highlands, Najib sekali lagi giat berkempen di Semenyih dan sudah beberapa kali menyertai kempen bagi membantu calon BN Zakaria Hanafi.

Pemerhatian Malaysiakini mendapati program beliau lebih banyak bertumpu di kawasan '50-50' antara PH dan BN, seperti Bukit Mahkota, Beranang, Bandar Tasik Kesuma dan Bandar Rinching Seksyen 5-6

Siri program 'bossku' Najib - penjenamaan semula beliau selepas PRU ke-14 dengan imej yang lebih santai serta penggunaan sindiran dalam kritikan terhadap PH - dilihat mendapat sambutan memberangsangkan.
Sebelum penamaan calon, Azmin berkata beliau ingin melihat sama ada Najib hadir ke Semenyih selepas mula menyertai kempen PRK dengan lebih aktif di Cameron Highlands.

Azmin juga secara tidak langsung mempersoalkan ketiadaan isteri Najib, Rosmah Mansor, dalam programnya. Ia berbeza ketika Najib masih menjadi perdana menteri apabila Rosmah sering di sisinya dalam majlis-majlis rasmi.

Sementara itu, Najib juga menyorot kembali pentadbirannya dengan berkata beliau sentiasa berusaha memberi kesenangan kepada rakyat ketika menjadi perdana menteri.

Antara yang dibangkitkannya ialah pemansuhan empat tol pada 2017, iaitu di Batu Tiga Shah Alam dan Sungai Rasau di Selangor, Plaza Tol Bukit Kayu Hitam di Kedah dan tol Eastern Dispersal Link (EDL) di Johor.

Katanya, ia berbeza dengan PH yang gagal melakukan perkasa sama walaupun ia terkandung dalam manifestonya.

Bagaimanapun untuk rekod, janji penghapusan tol secara berperingkat itu tidak termasuk dalam sepuluh janji 100 hari PH.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/najib-kerusi-kosong-di-program-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Tunggu Najib Program Ph Tak Dapat Sambutan

Ramai Tunggu Najib Program Ph Tak Dapat Sambutan

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 344 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk pada Program Jom Santai Bersama Bossku sempena Pilihan Raya Kecil N 24 Semenyih di Flat Bandar Tasek Kesuma Semenyih Selangor foto SYAFIQ AMBAK SEMEN...
Bersorak Semua Bila Najib Berhujah Sokong Bn Sokong Bossku Di Program Santai Malu Apa Bossku

Bersorak Semua Bila Najib Berhujah Sokong Bn Sokong Bossku Di Program Santai Malu Apa Bossku

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 805 hits
Bersorak Semua Bila Najib Berhujah Sokong Bn Sokong Bossku Di Program Santai Malu Apa Bossku
My Degree Is Legitimate Says Najib

My Degree Is Legitimate Says Najib

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 277 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak today denied that he had not completed his studies at UK s Nottingham University in the 1970s No problem he said when met at Putrajaya today Of course my degree is legitimate he said Najib who has cri...
Ayah Saya Najib Razak Vs Kerajaan

Ayah Saya Najib Razak Vs Kerajaan

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 478 hits
Nooryana Najib Saya tidak boleh lupa hari hari yang berlalu selepas 9 Mei 2018 hari BN kalah pilihanraya umum ke 14 Pada pagi keesokan harinya ayah saya membaca surat khabar seperti biasa namun tajuk tajuk utama muka depan akhbar akhbar yan...
Najib S Trial Postponed Indefinitely

Najib S Trial Postponed Indefinitely

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 344 hits
The Court of Appeal today allowed former prime minister Najib Razak s application to postpone his trial on the seven charges linked to SRC International The date of the trial would be fixed pending the outcome of Najib s challenge against t...
Najib S Daughter Doubtful Of Fair Trial For Father Says Pakatan Needs Conviction To Survive

Najib S Daughter Doubtful Of Fair Trial For Father Says Pakatan Needs Conviction To Survive

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 465 hits
Datuk Seri Najib Razak s daughter Nooryana Najwa Najib today voiced doubts as to whether her father will get a fair trial She claimed that the Pakatan Harapan government is dependent on convicting Najib as a means to stay in power even as t...
Najib Probe Who S Lying On False Cv Claim Bernama Or Ministers

Najib Probe Who S Lying On False Cv Claim Bernama Or Ministers

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 233 hits
Najib Abdul Razak has called on Communications and Multimedia Minister Gobind Singh Deo to get to the bottom of the purportedly inaccurate academic qualifications listed for several ministers The former premier was responding to several min...
Perbicaraan Kes Src Najib Ditangguh

Perbicaraan Kes Src Najib Ditangguh

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 308 hits
Feb 11 2019 0 Comments PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan perbicaraan kes pecah amanah menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dihadapinya yang dija
Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

Aidil Adha 2025 Rahsia Laksa Johor Dan Kisah Bibik

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right

Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sammy Simorangkir Daripada Menyiksa Diri Chord

Yung Kai Sunkis 88rising Take Me Where The Sunlight Glows Chord

Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi

Dirty Deeds Done Well A Honda Xl500 Flat Tracker By Gas Oil

Pemberhentian Pekerja Petronas Disebabkan Cabaran Global Bukan Isu Petros Fadillah

Essential Japanese Dining Etiquette And Table Manners