Najib Harus Berkorban Demi Bn Selepas Sabitan Kes Rasuah Kata Penganalisis

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berkata, Najib Razak  harus berkorban demi Barisan Nasional dengan tidak menawarkan dirinya  bertanding pada pilihan raya untuk kelangsungan gabungan pelbagai kaum  itu.
Noor Sulastry Yurni Ahmad dari Universiti Utara Malaysia berkata,  ahli Parlimen Pekan itu disabitkan bersalah atas pertuduhan rasuah yang  menjejaskan reputasinya sebagai ahli politik berpengaruh di mata rakyat.
“Saya meneliti perjalanan politik turun naik BN, Umno dan Najib  khususnya, saya nasihatkan jangan bertanding lagi, cukuplah sumbangan  beliau kepada negara, bagi peluang kepada orang lain yang rekodnya lebih  bersih.
“Ada yang kata mungkin selepas ini jika Najib merayu, tiba-tiba  terbukti tidak bersalah pula, yang pada pendapat saya agak susah,”  katanya kepada FMT.
     Selasa lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara  12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib yang didapati bersalah  atas 7 pertuduhan pecah amanah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang  haram membabitkan RM42 juta dana SRC International.
Mahkamah membenarkan hukuman itu ditangguhkan sementara Najib membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.
Bagaimanapun, Sulastry berkata, harus diingatkan apabila hukuman dijatuhkan, tertuduh sudah didapati bersalah.
“Beliau tidak boleh kata tidak bersalah sebab hukuman sudah  dijatuhkan. Namun, dari segi rayuan, pesalah boleh minta untuk kurangkan  denda atau hukuman.”
   Beliau berkata, rakyat tentu tidak mahu pisang berbuah 2 kali.
“Mungkin Najib berniat baik macam Dr Mahathir Mohamad sebelum ini hendak tolong negara, tetapi apa kesudahannya?
“Kita tidak mahu jadi macam itu lagi. Jika beliau hendak bantu,  bolehlah beri tunjuk ajar kepada orang dalam parti untuk naik. Itu saya  kira lebih selamat.”
Beliau turut menasihatkan veteran politik yang terpalit kes pecah  amanah atau terlalu lama dalam sistem pentadbiran negara supaya berhenti  berbuat demikian.
“Anggota pentadbiran termasuk jemaah menteri yang ditonjolkan  Perikatan Nasional pada masa ini dilihat sudah cukup bagus dengan  menggabungkan ahli korporat, tokoh ilmuan dan agama.
“Tetapi, masih ada muka lama yang didakwa mempunyai kes (pecah  amanah), namun belum dibongkar dan dilantik sebagai menteri, imej  sebegini sedikit sebanyak memberi isyarat kepada pengundi.
“Ia menggambarkan politik di negara kita belum telus dan bersih sepenuhnya.”
Susulan sabitan ke atas Najib, bekas ketua Pemuda Umno, Khairy  Jamaluddin pada Selasa menggesa parti itu melakukan proses rejuvenasi  dan berharap Umno tidak diheret sekali dalam kes berkenaan.
“Walaupun beliau masih ada ruang merayu, ini adalah suatu keputusan  yang memberi kesan besar kepada Umno. Saya yakin ahli Umno akan terus  setia kepada parti melebihi kesetiaan kita kepada mana-mana individu  dalam parti.
“Tibalah masa untuk kita bina semula parti keramat Umno ini dan untuk  kita melihat suatu peralihan generasi kepimpinan yang bakal membawa  parti ke era baru,” tulis ahli Parlimen Rembau itu di blognya.
#Kredit :FMT     
MR : Belum betul-betul bersalah kerana masih ada 2 mahkamah lagi yang melibatkan 3 dan 5 hakim.   
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/najib-harus-berkorban-demi-bn-selepas.html