Najib China Tak Patut Terlibat Urus Ecrl


Anne Muhammad 
   

Bekas perdana menteri Najib Razak mengkritik ketetapan dalam rundingan semula projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) iaitu penubuhan syarikat usaha sama antara Malaysia Rail Link (MRL) dan China Communications Construction Company (CCCC) untuk menguruskannya.

“Cadangan pihak China terlibat dalam pengurusan ECRL tak wajar kerana ini adalah pengangkutan dalaman negara dan rakyat Malaysia ada kemampuan kendalikan seluruh sistem rel, sebab itu sebelum ini kita latih pekerja kita.

“Saya tak nampak di mana perlunya ada penyertaan negara asing mengendalikan sistem rel dalam negara,” katanya, memberi contoh Khazanah yang diberi kontrak pembinaan kereta api di Arab Saudi, yang menghubungkan Mina dan Muzdalifah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.Dalam rundingan semula perjanjian ECRL, CCCC setuju menubuhkan syarikat usaha sama 50:50 dengan MRL untuk mengurus, mengoperasi dan menyelenggara projek.

Dr Mahathir berkata tindakan itu akan mengurangkan beban kewangan ke atas Malaysia, yang sebelum ini menanggung kos keseluruhan operasi dan penyelenggaraan.

Jika ia diteruskan, kata Najib lagi, ia berisiko menjejaskan keselamatan negara kerana maklumat berkenaan keselamatan negara akan diketahui pihak luar.

"Sebaliknya kita jadi kontraktor utama, mereka boleh beri nasihat teknikal kepada kita.

"Tetapi untuk mereka kendalikan 50 peratus pengurusan pada saya tak wajar," katanya yang juga anggota parlimen Pekan.

Dalam pada itu, Najib turut membantah perubahan jajaran semula ECRL yang menurutnya menyebabkan masa perjalanan menjadi lebih lama.

Berbanding laluan asal yang menuju ke Bentong dan Gombak, jajaran baru akan menghala ke selatan dari Mentakab, melalui Kuala Klawang di Negeri Sembilan sebelum masuk ke Selangor melalui Bangi/Kajang, seterusnya Putrajaya sebelum berhenti di Pelabuhan Klang.

"Dengan laluan baru yang elak Bentong dan Banjaran Titiwangsa, bererti matlamat perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dalam tempoh empat jam tidak boleh dicapai kerana penumpang terpaksa ke Putrajaya.

"Laluan ke selatan dan utara menyebabkan tempoh perjalanan bertambah satu atau dua jam lagi.

"Jika (tempoh perjalanan) hampir dengan menggunakan kereta, tak ada kelebihan guna ECRL," katanya lagi.

Pada Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan projek ECRL diteruskan selepas rundingan semula dengan China dimuktamadkan, dengan pengurangan kos sebanyak RM21.5 bilion.

'Permata dipolitikkan'
Selain itu, Najib turut mengulas penjenamaan semula Program Permata Negara (Permata) kepada Genius, yang menurutnya membuktikan kritikan Pakatan Harapan (PH) sebelum PRU ke-14 tidak benar.

"Jika lepas PRU mereka iktiraf program ini amat baik untuk generasi akan datang. Jelas ia sengaja dipolitikkan mereka sebelum ini.

"Terima kasih kerajaan PH... Mereka beri perakuan program Permata menguntungkan generasi akan datang," katanya.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebelum ini berkata, program Genius tetap mempunyai peranan sama tetapi beberapa programnya akan ditambah baik.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/najib-china-tak-patut-terlibat-urus-ecrl.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
China Should Not Be Involved In Managing Ecrl Says Najib

China Should Not Be Involved In Managing Ecrl Says Najib

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 353 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak has criticised the stipulation in the renegotiated East Coast Rail Link deal for the China Communications Construction Company to form a joint venture with Malaysia Rail Link The suggestion for the Ch...
Najib Abaikan Nasihat Epu Tentang Ecrl Tun Daim

Najib Abaikan Nasihat Epu Tentang Ecrl Tun Daim

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 401 hits
Tun Daim Zainuddin mempersoalkan sama ada wakil khas bekas perdana menteri yang bertindak secara sendirian telah terlibat dalam perbincangan dan rundingan terus bagi kontrak Laluan Rel Pantai Timur yang lama Adakah wakil peribadi bekas PM a...
Ecrl Contract In Line With Pwd Standards Najib Tells Dr M

Ecrl Contract In Line With Pwd Standards Najib Tells Dr M

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 306 hits
The contract with China for the East Coast Rail Link was signed in accordance with Public Works Department construction standards former premier Najib Abdul Razak said today Najib was responding to Prime Minister Dr Mahathir Mohamad remarki...
Teresa Now That Ecrl Is Back On Let S Get China To Buy More Palm Oil

Teresa Now That Ecrl Is Back On Let S Get China To Buy More Palm Oil

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 355 hits
Teresa Kok hopes Prime Minister Dr Mahathir Mohamad will raise the topic of palm oil exports to China when he attends the One Belt One Road summit in Beijing later this month The sale of the commodity was not discussed during the recent Eas...
Terdedah Perjanjian Rahsia Projek Ecrl Melibatkan Ribuan Hektar Tanah Diberi Ke China

Terdedah Perjanjian Rahsia Projek Ecrl Melibatkan Ribuan Hektar Tanah Diberi Ke China

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 473 hits
Rakyat Malaysia sekali lagi diperbodohkan Kononnya Najib membayar kos projek ECRL dengan harga lebih tinggi dan Daim pula berjaya mengurangkan kosnya sebanyak RM21 5 bilion kepada RM44 bilion Maknanya Najib samada dia ni bodoh atau pun peny...
Daim Kata Kabinet Najib Tak Tahu Hujung Pangkal Projek Ecrl

Daim Kata Kabinet Najib Tak Tahu Hujung Pangkal Projek Ecrl

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 428 hits
Foto oleh The StarPengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin dalam wawancara bersama nbsp Bernama News Channel nbsp membayangkan kabinet era Najib Razak tidak tahu hujung pangkal butiran perincian mengenai projek Landasan Keretapi P...
Epu Cautioned Najib About Old Ecrl Deal But Was Ignored Daim

Epu Cautioned Najib About Old Ecrl Deal But Was Ignored Daim

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 324 hits
Daim Zainuddin has questioned whether it was a personal emissary of the former prime minister who working on his own was involved in direct discussions and negotiations on the old East Coast Rail Link contract Was it a personal emissary of ...
Laluan Baharu Ecrl Akan Panjangkan Masa Perjalanan Kata Najib

Laluan Baharu Ecrl Akan Panjangkan Masa Perjalanan Kata Najib

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 342 hits
Laluan baharu ECRL akan panjangkan masa perjalanan kata Najib Dikemas kini 44 minit yang lalu Diterbitkan pada 13 Apr 2019 9
Wee Is Malaysia Negotiating With China Or Taiwan On Ecrl

Wee Is Malaysia Negotiating With China Or Taiwan On Ecrl

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 366 hits
PETALING JAYA Is Malaysia negotiating with China or Taiwan on the East Coast Rail Link asks MCA president Datuk Seri Dr Wee Ka Siong This was in response to an initial press release issued by the Prime Minister s Office on Friday to announc...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti