Najib Bertanding Pilihan Raya


 

Anda tentunya sudah dengar atau baca berita Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan gagal mengisytiharkan wang RM2 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri Najib Razak dan memberi pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
Hakim Ahmad Shahrir Mohd Salleh membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mukhzany Fariz Mohd memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan menarik balik semua pertuduhan setelah Ahmad bersetuju dikompaun RM1.1 juta. Ahmad, yang juga Ahli Parlimen Pontian, membayar kompaun RM1.1 juta itu.

Kata peguam bela Ahmad pula, penyelesaian itu “bukan pengakuan bersalah” dan proses penyelesaian “dibuat menurut undang-undang dan melalui proses telus dan teratur”.
Bukan itu sahaja, kata mereka. Ini cukup menarik. Firma Tetuan Sharul Hamidi dan Haziq turut memberitahu Ahmad tidak hilang kelayakan untuk bertanding pilihan raya walaupun membayar kompaun berkenaan.
Menurut mereka, jaminan itu diberi oleh Suruhanraya Pilihan Raya semasa rundingan penyelesaian kes dengan Jabatan Peguam Negara sejak awal tahun ini.
Jika kenyataan itu dijadikan sandaran, Ahmad layak bertanding pada pilihan raya akan datang. Suka atau tidak, setuju atau tidak, Ahmad sudah dikira “dibersihkan” dengan keputusan mahkamah yang “melepas dan membebaskan” beliau.
Lain pula ceritanya dengan bos (atau bos lama?) Ahmad – bekas perdana menteri juga bekas presiden Umno, Najib Razak.
Najib kita tahu menghadapi pelbagai kes di mahkamah. Malah tahun lalu sudah sangkut satu kes apabila didapati bersalah ke atas semua tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah, serta pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik SRC International.
Beliau dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Najib mengemukakan rayuan. Sementara tunggu keputusan, beliau bebas bergerak dan bertindak sebagai Ahli Parlimen Pekan.
Meskipun keputusan rayuan belum diketahui (dan kes-kes lain belum selesai), Najib dilapor mahu melakukan “political comeback”. Dalam satu wawancara dengan agensi berita antarabangsa Reuters baru-baru ini, Najib tidak menolak kemungkinan bertanding pada PRU akan datang.
Wawancara dengan Reuters itu disiar 18 Sept lalu dan sehingga artikel ini ditulis tidak ada komen apatah lagi penafian daripada Najib mahu pun tim beliau. Bermakna laporan Reuters itu tepat dan Najib berpuas hati dengannya.
Lantas kita tertanya bagaimana mungkin Najib boleh bertanding PRU “within the next two years”, bak katanya?
Artikel 48(1) Perlembagaan menyatakan seseorang hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen atau hilang kelayakan untuk bertanding pilihan raya jika dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM2,000.
Menurut bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim, “kebanyakan peguam akan beritahu anda Najib akan hanya boleh bertanding jika rayuannya berjaya atau beliau mendapat pengampunan diraja”.
Atau, kata beliau, ada kemungkinan lain yang akan membolehkan Najib bertanding. Seksyen 311 Kanun Tata Jenayah tidak mengizinkan penangguhan pelaksanaan hukuman manakala rayuan juga tidak boleh dianggap penangguhan hukuman, tetapi “mahkamah atau hakim boleh menangguh apa-apa keputusan, perintah, kesalahan, atau hukuman tertakluk rayuan ke atas terma yang ditentukan oleh mahkamah berkenaan”.
Najib tidak menjelaskan mengapa beliau percaya boleh bertanding walaupun sudah dijatuhi hukuman, selain berkata semua “bergantung ke atas interpretasi undang-undang”. Beliau tidak memberitahu sama ada sudah dapat penangguhan mengikut Kanun Tata Jenayah, kata Zaid di Facebook.
Apa pun, kata Zaid, misteri menyelubungi “pengumuman” Najib bahawa pintu untuk bertanding PRU15 belum tertutup.
Selain itu, sumber-sumber Umno juga dilapor berkata sejak kebelakangan ini Najib mengadakan banyak perjumpaan dengan ketua-ketua Umno bahagian.
Malah antara yang hadir di perjumpaan itu dipetik berkata, “Najib memang ada niat mahu kembali sebagai presiden Umno”.
Pada perjumpaan itu, Najib dikatakan mengukur sejauh mana penerimaan ketua-ketua bahagian terhadapnya. Penulis politik Joceline Tan berkata ketua Umno bahagian kerap bercakap mengenai “gentlemen’s agreement” antara Najib dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang mana “Najib akan jaga Umno, Ismail akan jaga negara”. Maksudnya seperti sekarang – presiden Umno bukan Perdana Menteri .
Saya tidak bercadang mengulas itu semua. Yang pasti kemungkinan Najib menerajui Umno dan bertanding PRU15 (tak semestinya mengikut urutan itu) kini menjadi perbualan hangat dan mencetuskan pelbagai spekulasi.
Tentunya ia melibatkan isu-isu perundangan dan susur galur politik kepartian dan nasional. Ia tentu juga membangkitkan polemik mengenai anggota ‘kluster mahkamah’ lain. Bolehkah mereka juga bertanding?
Jika benar Najib mahu kembali sebagai presiden Umno, ke mana nak diletakkan Ahmad Zahid Hamidi? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/10/najib-bertanding-pilihan-raya.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Know+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Datuk Seri Najib Razak Tak Tolak Kemungkinan Bertanding Pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Ini

Datuk Seri Najib Razak Tak Tolak Kemungkinan Bertanding Pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Ini

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 323 hits
PETALING JAYA Mantan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak tidak menolak kemungkinan akan bertanding pada pilihan raya umum ke 15 meskipun disabit atas kesalahan rasuah oleh Mahkamah Tinggi dan berdepan dengan pelbagai perbicaraan lain agen...
Pilihan Raya Umum Ke 15 Parti Bersatu Sedia Bertembung Jika Umno Tidak Ubah Pendirian

Pilihan Raya Umum Ke 15 Parti Bersatu Sedia Bertembung Jika Umno Tidak Ubah Pendirian

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 245 hits
KOTA KINABALU Parti Pribumi Bersatu Malaysia sedia untuk bertembung dengan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada cara lain untuk mengelak pertembungan itu memandangkan UMNO membuat keputusan un...
Pkr Pahang Cadang Pakatan Harapan Guna Logo Parti Itu Pada Pilihan Raya Umum Ke 15

Pkr Pahang Cadang Pakatan Harapan Guna Logo Parti Itu Pada Pilihan Raya Umum Ke 15

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 308 hits
KUANTAN Seramai 13 pemimpin sayap dan cabang Parti Keadilan Rakyat di Pahang mencadangkan Pakatan Harapan membuat keputusan untuk menggunakan logo PKR pada Pilihan Raya Umum ke 15 Cadangan itu dikeluarkan dibuat melalui kenyataan bersama pa...
Dewan Undangan Negeri Melaka Bubar Hari Ini Pilihan Raya Negeri Akan Di Adakan

Dewan Undangan Negeri Melaka Bubar Hari Ini Pilihan Raya Negeri Akan Di Adakan

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 434 hits
MELAKA Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan dan pilihan raya negeri akan diadakan selepas Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali hilang sokongan majoriti ADUN negeri itu Pembubaran itu diumumkan Yang Dipertua DUN Datuk Seri Ab Rauf Yus...
Kenapa Najib Nak Bertanding Pru15 Biarpun Didapati Bersalah

Kenapa Najib Nak Bertanding Pru15 Biarpun Didapati Bersalah

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 256 hits
Seorang ahli akademik berpangkalan di Singapura yang pernah berkhidmat sebagai pembantu Najib Razak berkata pengundi di kawasan pedalaman masih tidak peduli soal rasuah mengatakan ia mampu menjadi faktor ahli politik terpalit skandal itu un...
Penganjuran Ceramah Perhimpunan Tak Dibenar Sepanjang Kempen Pilihan Raya

Penganjuran Ceramah Perhimpunan Tak Dibenar Sepanjang Kempen Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 228 hits
Penganjuran sebarang bentuk ceramah syarahan dan perhimpunan oleh mana mana individu atau parti politik sepanjang tempoh berkempen adalah tidak dibenarkan kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar Wan Junaidi menjela...
Najib Dipintu Penjara Apa Muslihat Najib Umum Awal Mahu Bertanding Pru15

Najib Dipintu Penjara Apa Muslihat Najib Umum Awal Mahu Bertanding Pru15

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 143 hits
Dengan kedudukannya yang sudah dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah dan sedang menunggu keputusan rayuan terhadap kesnya Najib Razak dari segi logiknya tidak patut terlalu awal melontarkan keinginan untuk bertanding lagi dalam PRU15 akan...
Dun Melaka Dibubar Pilihan Raya Negeri Jadi Pilihan Atasi Kemelut Politik

Dun Melaka Dibubar Pilihan Raya Negeri Jadi Pilihan Atasi Kemelut Politik

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 256 hits
Malaysiakini Akhirnya kemelut politik di Melaka akan diselesaikan dengan mengembalikan hak untuk menentukan kerajaan negeri kepada pengundi Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Ab Rauf Yusoh sebentar tadi mengumumkan cadangan agar diadakan ...
Dun Melaka Bubar Pilihan Raya Dalam Tempoh 60 Hari

Dun Melaka Bubar Pilihan Raya Dalam Tempoh 60 Hari

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 369 hits
Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan dan pilihan raya negeri akan diadakan selepas Ketua Menteri Sulaiman Md Ali hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri negeri itu Pembubaran itu diumumkan Yang Dipertua DUN Ab Rauf Yusoh sebe...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik