Najib Akhirnya Dedah Kenapa Dr Mahathir Tekan Dan Serang Dirinya Tu La Najib Lain Kali Bahagi Sama Rata


 

February 22, 2022 Bekas perdana menteri, Najib Razak menjawab surat kedua Dr Mahathir Mohamad kepada pengundi Johor dengan mendakwa bahawa pengerusi parti Pejuang itu pernah beberapa kali menarik sokongan terhadapnya kerana tidak menjaga kroninya.
Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa bekas perdana menteri keempat dan ketujuh itu sering memberi tekanan kepadanya untuk memberikan projek kepada kroninya ketika dia menjadi perdana menteri.
“Ada penyokong sebelah sana yang tidak percaya dan suruh saya beri bukti. Okay, maka saya ulangkan bukti bagi kali terakhir Mahathir tekan saya sebelum dia tarik sokongan dan mula berkomplot dan menyerang saya.
“Bagi menunjukkan dia marah, pada hari pertama Perhimpun Agung Umno (PAU) 2013, Dr Mahathir dengan mengejut mengumumkan meletak jawatan sebagai penasihat Petronas dengan alasan dia sudah terlalu tua.
“Pada 2 Disember 2013, Dr Mahathir lepaskan jawatan penasihat Petronas, tapi tak sampai tiga bulan kemudian, dia tiba-tiba dilantik sebagai pengerusi eksekutif Proton yang sudah diswastakan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Catatan di Facebook itu sebagai menjawab surat kedua Dr Mahathir kepada pengundi Johor.
Dalam surat keduanya kepada pengundi Johor pada 20 Feb lalu, Dr Mahathir mengakui dia malu untuk “meratib” nama seteru politiknya Najib yang terpalit tuduhan penyelewengan dana negara.
Namun, kata Dr Mahathir dia berbuat demikian bagi memastikan Najib tidak kembali berkuasa.
“Sebenarnya, saya amat malu meratib nama Najib, dia memalukan negara, bangsa dan agama. Malangnya dia sendiri tidak malu malahan berpura-pura seolah-olah dia teraniaya termasuk oleh saya.
“Dia perlu disekat kerana jika dia kembali berkuasa, ini bermakna negara akan dikuasai dan ditadbir oleh seorang kleptorat dan kluster mahkamah untuk disamun dan dirompak,” kata Dr Mahathir dalam suratnya itu.
Dalam pada itu Najib berkata, komplot bagi menjatuhkannya bermula apabila anaknya Mukhriz kalah dalam pemilihan Umno pada Okt 2013.
Kata Najib, selain kekalahan Mukhriz, keengganannya memenuhi permintaan Dr Mahathir menimbulkan kemarahan ahli Parlimen Langkawi itu yang merancang menjatuhkannya bersama Muhyiddin Yassin pada 2014.
“Masa Dr Mahathir tarik sokongan, tak ada pun dia pernah sebut SRC atau 1MDB tetapi lebih kepada dasar-dasar saya seperti BR1M dan gaji minimum merugikan negara dan industri tempatan.
“Itu pun alasan, sebab saya tahu sebab utama ialah dia amat marah pada saya masa itu sebab dia tuduh saya tak sokong anak dia dalam pemilihan parti Umno serta menjatuhkan air muka menolak permintaan memberi geran percuma sebanyak RM1.7 bilion hingga RM3 bilion kepada Proton.
“Dan tahun 2014 inilah yang Muhyiddin melihat ada kesempatan dan mula berkomplot dengan Mahathir/Muhkriz untuk tumbangkan saya seperti didedahkan Mukhriz dalam mahkamah,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/najib-akhirnya-dedah-kenapa-dr-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Tekan Saya Sebelum Tarik Sokongan Najib

Mahathir Tekan Saya Sebelum Tarik Sokongan Najib

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 211 hits
Mahathir tekan saya sebelum tarik sokongan Najib Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa kali menekannya supaya memberi projek kepada kroni semasa menjadi perdana menteri sebelum menarik sokongan dan men...
Ingat Mahathir Ingat Najib

Ingat Mahathir Ingat Najib

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 216 hits
Suka hati nak sokong siapa sebab suka hati ITU adalah tanggungjawab masing dan sendiri Nak sokong mesti ada sebab permulaan dan pertengahan adalah proses dan dihujung nya adalah jawapan Mahathir sudah sampai 95 penghujung dan Najib belum sa...
Najib Is Nothing Like His Father Says Mahathir

Najib Is Nothing Like His Father Says Mahathir

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 195 hits
Dr Mahathir Mohamad says Najib Razak doesn t feel shame and claims to be victimised by others PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad has launched a scathing attack on Najib Razak in another letter to the voters of Johor ahead of the state electi...
Masa Untuk Perwakilan Jantina Yang Sama Rata

Masa Untuk Perwakilan Jantina Yang Sama Rata

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 119 hits
Setelah menjadi peguam bela untuk perwakilan wanita yang lebih besar dalam kedua dua sektor swasta dan awam selama lebih daripada 10 tahun saya berani katakan perjalanan untuk seorang wanita di Malaysia adalah panjang dan sukar Walaupun kem...
Kali Ini Jujur Saya Akui Rasa Macam Nak Tercabut Nyawa Urusan Akhirnya Dipermudah Ezzaty Abdullah Selamat Bersalin

Kali Ini Jujur Saya Akui Rasa Macam Nak Tercabut Nyawa Urusan Akhirnya Dipermudah Ezzaty Abdullah Selamat Bersalin

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 705 hits
Tahniah diucapkan buat pelakon Ezzaty Abdullah yang selamat menyambut kelahiran anak keduanya kira kira jam 3 53 pagi tadi Berita gembira tersebut dimaklumkan isteri kepada pelakon Azwan Kombos itu di Instagram pagi tadi Bayi lelaki itu dil...
Mahathir Admits Embarrassment But To Keep Highlighting Najib S Name

Mahathir Admits Embarrassment But To Keep Highlighting Najib S Name

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 209 hits
Former prime minister Dr Mahathir Mohamad has admitted that he was ashamed to have to reprimand his rival Najib Abdul Razak who has been embroiled in allegations of misappropriation of state funds However Mahathir said he had to constantly ...
Ingat Najib Ingat Mahathir

Ingat Najib Ingat Mahathir

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 245 hits
saya akan terus bercakap tentang Najib dan sesiapa sahaja yang cuba tipu rakyat dan negara Mahathir Kepada pesaing dan musuh Mahathir mereka juga boleh buat pelbagai tuduhan kepadanya tetapi less relevan sebab dia bukan lagi berkuasa untuk ...
Isteri Cekal Teman Suami Kahwin Lain Siap Request Suruh Pakai Baju Sama Warna Doakan Saya Diberi Kekuatan

Isteri Cekal Teman Suami Kahwin Lain Siap Request Suruh Pakai Baju Sama Warna Doakan Saya Diberi Kekuatan

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 194 hits
Jika disebut mengenai topik poligami tak semua isteri sudi berkongsi kasih dan berkorban demi kebahagiaan suami tersayang Walaupun pahit untuk ditelan kehidupan masih perlu diteruskan seperti biasa dan si suami perlu berlaku adil mengikut s...
Even Najib S Brother Asked Him To Take Action Against 1mdb Looters Says Mahathir

Even Najib S Brother Asked Him To Take Action Against 1mdb Looters Says Mahathir

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 218 hits
Dr Mahathir Mohamad has launched a scathing attack on Najib Razak in another letter to the voters of Johor ahead of the state elections In his second letter Mahathir said he felt embarrassed for having to repeatedly mention Najib calling hi...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Penantian Lah Ahmad

Lirik Lagu Suci Sekeping Hati 2025 Saujana Wany Hasrita Dan Amin Idris

Beli Mata Wang Kripto Di Luno

Doa Menghilangkan Kesedihan Gelisah Allahumma Inni A Udzubika Minal Hammi Wal Hazan

Puasa Sebagai Terapi Jiwa Menghadapi Stres Dan Cabaran Hidup

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri