Naim Daniel Beli Kenderaan Idaman






Naim mengambil keputusan untuk merehatkan karier lakonan buat sementara waktu demi memberi fokus terhadap muzik.

Penyanyi Naim Daniel yang kini mencetus fenomena menerusi lagu Sumpah telah mencapai salah satu impiannya apabila berjaya membeli kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD) jenama Ford Ranger.

Kata Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 21, dia sudah memasang impian untuk memiliki kenderaan tersebut sejak berusia 12 tahun dan bersyukur akhirnya dikurniakan rezeki.

Menurut Naim yang juga seorang pelakon, bukan mudah untuknya mengecapi nikmat populariti dan rezeki seperti hari ini.

Demi membuktikan bakat seninya, Naim bekerja keras dan tidak pernah berputus asa.

Justeru, sebagai ikon yang menjadi teladan buat ramai remaja di luar sana, Naim menitipkan pesanan supaya mereka sentiasa bekerja keras dan percaya kepada kemampuan diri sendiri untuk membina sesuatu luar biasa dalam hidup.

Sudah berapa lama Naim memasang impian untuk memiliki kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD) jenama Ford Ranger?

Naim Daniel: Seingat saya, sejak berusia 12 tahun memang ingin memiliki sebuah kenderaan tersebut.

Bagi mencapai impian berkenaan, saya telah mengumpul wang sejak tahun lalu.

Alhamdulillah, ini bukan rezeki saya seorang, tetapi rezeki keluarga juga yang banyak membantu dan memberi sokongan. Senang ada kenderaan seperti ini untuk proses memindahkan barang.

Apakah nasihat anda kepada remaja di luar sana untuk mencapai impian mereka?

Saya tidaklah bagus sangat ingin memberikan nasihat, namun bagi saya, apapun yang kita kerjakan, sentiasa beringat untuk cari peluang memajukan diri.

Insya-Allah mengikut perancangan pada tahun depan saya akan mengusahakan satu perniagaan.

Kejar impian tidak salah, namun seimbangkan dengan pelajaran dan usaha keras kita. Insya-Allah akan ada kejayaan menanti.

Bagaimana anda melihat prestasi anda sejak kebelakangan ini dalam bidang lakonan dan nyanyian?

Kejayaan yang saya kecapi sekarang sangat manis. Hanya Allah yang tahu betapa banyak dedikasi dan kerja keras saya diletakkan dalam setiap usaha.

Orang lihat seperti mudah saya kecapi kejayaan pada hari ini, sedangkan saya berusaha keras sejak berusia lapan tahun.

Kejayaan tidak datang bergolek dan bukan berlaku semalaman. Sangat cantik jalan yang Allah susun buat saya.

Sekarang pada usia 21 tahun baru saya rasa kemanisannya. Bukan bakat lakonan saya sahaja yang orang nampak, tetapi juga nyanyian yang selama ini saya cuba tonjolkan.

Apapun, saya sentiasa ingatkan diri sendiri jangan sesekali lupa Allah yang selalu memberikan rezeki.

Adakah kejayaan yang diraih telah memberi tekanan kepada anda?

Buat masa sekarang, saya merehatkan dahulu kerjaya lakonan kerana ingin memberi fokus terhadap muzik.

Kini saya masih lagi giat mempromosikan lagu Sumpah.

Pada masa yang sama, saya dan label sedang berbincang untuk projek selanjutnya. Ingin kata tertekan, tidaklah, namun apa yang penting saya fokus memberikan yang terbaik.

Biarpun lagu Sumpah mendapat sambutan, namun terdapat pihak yang mempersoalkan perkongsian anda tentang cerita di sebalik penciptaan lagu itu (tentang bekas teman wanita). Apakah komen anda?

Dalam setiap keadaan, akan ada perkara yang baik dan buruk. Saya hanya positif dalam setiap perkara yang berlaku.

Bagi saya, walaupun hujan, lambat laun tetap akan ada sinar matahari.

Justeru, bergaul dengan orang yang sentiasa memberi galakan dan sokongan supaya kekal positif seperti keluarga, rakan rapat dan peminat.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/07/naim-daniel-beli-kenderaan-idaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sumpah Naim Daniel

Sumpah Naim Daniel

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 504 hits
Sumpah Naim Daniel Aku suka lagu ni Pertama kali dengar pun dah rasa bestnye lagu ni Lirik dia best Melodi dia best Mula tu memang tak tahu siapa penyanyinya Lagu ni juga merupakan sountrack bagi drama Pia Time tengok cite ni aku masih belu...
Saya Tak Beli Penonton Menipu Bukan Cara Saya Ayda Jebat

Saya Tak Beli Penonton Menipu Bukan Cara Saya Ayda Jebat

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 557 hits
Apa saja lagu nyanyian Ayda Jebat pasti akan hit di YouTube meskipun lagunya itu jarang di mainkan di radio Dalam tempoh enam bulan lagu terbarunya Temberangkini mencatat sebanyak 21 juta tontonan Timbul dakwaan pihak tertentu mendakwa dia ...
Dua Kali Borang Permohonan Beli Rumah Ppr Kena Reject

Dua Kali Borang Permohonan Beli Rumah Ppr Kena Reject

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 1544 hits
k fiezz Abah dalam proses nak beli rumah PPR yang kitaorang tinggal skrg ni PPR ni bawah DBKL Jadi semua urusan sewa jual beli kena la di DBKL Borang permohonan masa awal tahun ritu k fiezz dah amik kat Tkt 6 Unit Jualan Pejabat DBKL Kg Bar...
Beli Barang Harga Murah Dapat Lagi Hadiah Memang Berbaloilah Hanya Di Pa Ma Baby Fiesta

Beli Barang Harga Murah Dapat Lagi Hadiah Memang Berbaloilah Hanya Di Pa Ma Baby Fiesta

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 810 hits
Berita baik buat parents to be dan ibu ayah yang mahu mendapatkan barangan keperluan bayi Pada 2 4 Ogos 2019 akan berlangsungnya Pa Ma Baby Fiesta bertempat di SACC Convenction Centre Terdapat lebih daripada 100 vendor dari jenama diyakini ...
Bnn Gerebek Pasar Segiri Samarinda 30 Orang Antre Beli Sabu Diangkut Ke Truk

Bnn Gerebek Pasar Segiri Samarinda 30 Orang Antre Beli Sabu Diangkut Ke Truk

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 218 hits
Penggerebekan dilakukan sekira pukul 13 30 WITA Petugas BNN berpakaian preman menyasar areal masuk pasar dari Jalan Perniagaan Belakangan terlihat banyak orang antre di salah satu lorong sempit di dalam pasar
Turki Beli Sstem Pertahanan Udara Termoden Kami Mahu Menjamin Keamanan

Turki Beli Sstem Pertahanan Udara Termoden Kami Mahu Menjamin Keamanan

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 222 hits
S 400 Turki siap dipasang 2020ISTANBUL Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata peluru berpandu sistem pertahanan udara S 400 yang dibeli dari Russia yang mula dihantar sejak hujung minggu lalu dijangka siap dipasang sepenuhnya pada Apri...
Beli Biskut Kelapa Jenama Roma

Beli Biskut Kelapa Jenama Roma

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 1419 hits
Beli Biskut Kelapa Jenama Roma Assalamualaikum selamat tengahari Korang tengah buat apa Fiza pulak lepas lunch hadap tablet kejap Sebelum terlupa Fiza nak berkongsi tentang satu produk biskut jenama Roma Itula Bila terlihat iklan di tv meng...
5082 Benarkan Peminjam Ptptn Beli Rumah Utusan Malaysia 17 07 2019

5082 Benarkan Peminjam Ptptn Beli Rumah Utusan Malaysia 17 07 2019

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 451 hits
KUALA LUMPUR 16 Julai Golongan muda terutama peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional tidak harus disekat untuk membeli rumah pertama walaupun mempunyai rekod dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat Ketua Pegawai Eksekuti...
The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Beri Amaran Penularan Covid 19 Menjelang Musim Hujan Pembukaan Sekolah

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Berjumpa Pengurusi Perniagaan Jerman

Pemilihan Panas Sikit