Nahas Lrt Persatuan Pengguna Desak Pecat Pengerusi Prasarana Serta Merta




FMT Reporters

 -

May 25, 2021 





Keadaan LRT dan situasi penumpang di dalam koc tren selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua tren yang bertembung semalam, menyebabkan 213 orang cedera, manakala 47 daripadanya parah.







PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam (4PAM) mendesak Pengerusi Prasarana Tajuddin Abdul Rahman dipecat serta-merta kerana gagal menguruskan insiden melibatkan dua tren LRT yang bertembung di dalam terowong antara stesen Kampung Baru dan KLCC, malam tadi.




Presidennya, Ajit Johl berkata beliau malam tadi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau mengunjungi lokasi bencana yang disifatkan terburuk dalam sejarah pengangkutan sistem tren negara.

“Ini tidak menghormati keselamatan dan kebajikan penumpang,” katanya satu kenyataan.

Sekurang-kurangnya 47 penumpang dilaporkan cedera parah, manakala 166 lagi mengalami cedera ringan dalam pertembungan dua tren LRT, masing-masing dari arah Gombak dan Kelana Jaya pada jam 8.45 malam.

Insiden itu adalah kejadian pertama dalam sejarah sejak ia beroperasi 23 tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah, dilaporkan berkata tren tanpa pemandu dari Gombak membawa 213 penumpang, manakala tren dipandu manual dari arah Kelana Jaya tidak membawa penumpang, dipercayai mengalami masalah teknikal sebelum pertembungan berlaku.

Dalam pada itu, beliau mahu Prasarana, sebagai syarikat tunggal bertanggungjawab menguruskan sistem pengangkutan awam negara bertanggungjawab melindungi penumpang yang tercedera dengan memastikan rawatan dan pampasan yang sewajarnya.

“Ini adalah masalah yang sangat serius, keselamatan penumpang pengangkutan awam adalah masalah yang telah disuarakan secara konsisten 4PAM sejak tujuh tahun lalu.

“Bagaimana operator (Prasarana), penggubal dasar dan Kementerian Pengangkutan dapat memberi jaminan bahawa pengguna akan dilindungi dan diwakili dengan baik ketika mereka tidak berada sekali di bahagian penyelidikan?,” soal beliau.

Beliau menegaskan, pihaknya sudah meminta kerajaan membentuk Tribunal Pengangkutan Awam bagi memastikan keselamatan penumpang pengangkutan awam dilindungi dan terjamin.

“4PAM merayu Perdana Menteri untuk memastikan pengguna diwakili dan menubuhkan segera Tribunal Pengangkutan Awam untuk menyiasat insiden ini,” katanya.

Kelibat Tajuddin di lokasi kejadian malam tadi menjadi tanda tanya warganet apabila hanya Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong dilihat turun padang.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak itu sudah melawat lokasi kejadian pagi ini.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/nahas-lrt-persatuan-pengguna-desak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tajuddin Di Pecat Dari Pengerusi Prasarana

Tajuddin Di Pecat Dari Pengerusi Prasarana

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 329 hits
TENGOK muka ni mula macam nak gelak pun ada bila ingatkan pasal pc semalam tentang kemalangan lrt Inilah apabila buat kerja tak pernah nak serius Orang tanya betul betul boleh pulak gelak gelak Bagus jugak tu tukar pengerusi lain Baru dia s...
Prasarana Tamat Perkhidmatan Tajuddin Serta Merta

Prasarana Tamat Perkhidmatan Tajuddin Serta Merta

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 298 hits
BANGI 14 Syawal 1442H Rabu Prasarana Malaysia Berhad menamatkan perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif berkuat kuasa serta merta Perkara itu dinyatakan dalam satu surat ditandatangani Menteri Kewan
Kecuaian Pemandu Punca Nahas Lrt Menteri Pengangkutan

Kecuaian Pemandu Punca Nahas Lrt Menteri Pengangkutan

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 254 hits
Ekoran dari insiden perlanggaran dua tren sistem aliran ringat iaitu dan tren 81 yang mengakibatkan 47 parah manakala 166 lagi cedera ringan Kementerian Pengangkutan hari ini melaporkan siasatan awal mendapati ianya berlaku disebabkan
5676 Dengar Keluhan Pengguna Lrt Ppim Wacana 26 05 2021

5676 Dengar Keluhan Pengguna Lrt Ppim Wacana 26 05 2021

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 375 hits
KUALA LUMPUR 26 Mei Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dinasihat untuk mendengar keluhan pengguna khususnya yang menggunakan perkhidmatan tren transit aliran ringan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Ma...
Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 595 hits
HAMZAH RIE NADS Anwar pernah meminta bapanya memulangkan kembali pemberian tanah beribu ekar di Sabah kerana tidak mahu pemberian tanah tersebut kerana beliau ketika itu berjawatan Timbalan Perdana Menteri Anwar tidak mahu amalan kronisme m...
Perkhidmatan Tajuddin Sebagai Pengerusi Prasarana Ditamatkan

Perkhidmatan Tajuddin Sebagai Pengerusi Prasarana Ditamatkan

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 333 hits
malaysiakini comDiterbitkan 26 May 2021 7 36 pmDikemaskini 7 56 pmPerkhidmatan Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad ditamatkan berkuat kuasa serta merta Perkara itu diny...
It S Not Just Lrt Driver S Fault Says Ex Prasarana Boss

It S Not Just Lrt Driver S Fault Says Ex Prasarana Boss

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 402 hits
PETALING JAYA Is it right to blame only the driver of the empty train for Monday s LRT collision which injured scores of passengers in the other train No said a former CEO of Prasarana Malaysia Bhd in reaction to a statement from transport ...
Bekas Pengerusi Eksekutif Prasarana Tajuddin Abd Rahman Beri Keterangan Tengahari Esok

Bekas Pengerusi Eksekutif Prasarana Tajuddin Abd Rahman Beri Keterangan Tengahari Esok

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 463 hits
PETALING JAYA Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dijangka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi tengah hari esok Tajuddin akan memberi keterangan selepas didapati tidak memakai ...
Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial

Obey The Law Top Cop Tells Turun Anwar Rallygoers

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa Dalam International Physics Olympiad 2025

Having A Strong Company Culture

Haze Faced By Malaysia And Singapore Due To Forest Fires From A Neighbouring Country

Buasir Otak Tv Bos Marah Bila Minta Laporan Be Like

Rafizi Maklumat Dah Cukup Untuk Sprm Siasat Farhash

Anwar S Tribute Pre Election Relief Or Long Term Reform


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Garuda Muda Lolos Ke Final Indonesia U 23 Taklukkan Thailand Lewat Adu Penalti Di Gbk

Lelaki Hebat Harus Bagaimana

From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam

Kemalangan 15 Motosikal Seorang Lagi Meninggal Dunia

Tri Suaka Feat Dodhy Kangen Andai Waktu Bisa Kembali Chord