Nahas Jalan Raya Pelajar Uitm Dungun Muhammad Ammar Danish Sebak Terkenang Saat Manis Bersama Rakan


Nahas jalan raya pelajar UiTM Dungun, Muhammad Ammar Danish sebak terkenang saat manis bersama rakan. Muhammad Ammar Danish juga mengakui tidak begitu ingat bagaimana kemalangan itu berlaku.
Nahas Jalan Raya Pelajar UiTM Dungun
“Saya tak ingat sepenuhnya kejadian yang berlaku itu, sedar-sedar sudah berada dalam longkang,” kata pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun yang terselamat dalam kemalangan mengakibatkan tiga rakannya maut akibat dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Pantai Sura dekat sini pada Rabu.
MUHAMMAD AMMAR DANISH MOHAMMAD RIDWAN, 20, BERKATA, KEJADIAN BERLAKU KETIKA DIA MENUNGGANG MOTOSIKAL BERSAMA ALLAHYARHAM KHAIRIL ANWAR JAMALUDIN, 20, SETELAH PULANG DARI MEMBELI BARANG DI BANDAR DUNGUN.
Menurutnya, dua rakannya iaitu Allahyarham Muhammad Akmal Md Tukirin, 25 dan Allahyarham Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, turut serta bersama mereka dengan menaiki sebuah lagi motosikal.
Muhammad Ammar Danish Sebak Terkenang Saat Manis Bersama Rakan “Pada awalnya, hanya saya dan Khairil nak pergi beli barang selepas melakukan aktiviti kokorikulum di kampus namun ketika itu Akmal dan Adib turut sama nyatakan hasrat nak ikut kami membeli barang.

“Jadi kami berempat pergi bersama-sama. Saya masih ingat lagi kami sempat bergurau sebelum bergerak balik dan itulah kenangan terakhir saya ingat bersama mereka.
“SAYA TAK INGAT SEPENUHNYA KEJADIAN ITU NAMUN SAKSI MENYATAKAN KAMI DILANGGAR DARI BELAKANG,” KATANYA. 
Mengulas lanjut, Muhammad Ammar Danish berkata, dia terkesan dengan pemergian tiga sahabat baiknya itu namun reda dengan perkara yang menimpa mereka.

“Memang sangat sedih sebab tidak sangka kejadian keluar membeli barang bersama merupakan kenangan terakhir saya bersama dengan mereka.
“SAYA DOAKAN SEMOGA ROH KETIGA-TIGA SAHABAT BAIK SAYA ITU DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN BERSAMA GOLONGAN ORANG-ORANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH,” KATANYA DENGAN NADA SEBAK.
“Setakat ini saya tak boleh berjalan dengan laju sebab kaki kiri dan kanan berjahit.
“Kepala pun rasa sakit, doktor kata kesan jatuh. Doakan supaya saya kuat dan kembali sembuh sedia kala,” ujarnya.
Dalam pada itu, Muhammad Ammar Danish memberitahu keadaan kesihatannya semakin beransur pulih. Terbaharu Muhammad Amar Danish dibenarkan pulang pada Ahad.
Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata, Pelajar Tahun Dua Sarjana Muda Perakaunan UiTM kampus Dungun, Muhammad Ammar Danish bersama keluarganya akan dihantar pulang ke Keramat, Kuala Lumpur menggunakan ambulans universiti tersebut.
Menurutnya, pelajar berkenaan dilaporkan semakin pulih dan stabil, namun masih memerlukan penjagaan dari sudut mental dan emosi.
“Kita nampak dia sudah tidak begitu trauma cuma proses penjagaan dari sudut kaunseling akan terus berjalan supaya tidak berlaku perkara-perkara yang mengganggu emosi ketika belajar kerana kejadian yang berlaku itu memberi kesan yang sangat besar kepada dirinya dan semua yang terlibat.
“UiTM dengan kerjasama pihak hospital akan terus beri perhatian bagi penyediaan kaunseling bagi rawatan emosi pelajar berkenaan,” katanya.
Dalam pada itu, Maliaman turut merakam ucapan takziah atas kejadian menimpa semua mangsa.
Katanya, kerajaan negeri sentiasa bersedia membantu sekiranya memerlukan sebarang keperluan.
Dalam kejadian pada 7.35 malam itu, tiga pelajar UiTM Kampus Dungun maut manakala seorang lagi rakan mereka parah selepas dua motosikal yang dinaiki mereka dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Pantai, berhadapan UiTM Dungun.

Nahas berlaku ketika kesemua pelajar itu dalam perjalanan pulang ke kampus mereka selepas menyertai aktiviti kokurikulum dan makan malam.
Tiga mangsa yang maut ialah dua penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin masing-masing berusia 20 tahun dan Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan.
Sumber: Sinar Harian 1 dan Sinar Harian 2
Baca artikel lain juga:Bye Abang Itu Kata-kata Terakhir Adik Kepada Ku Adib, Pelajar UiTM Dungun Maut Dirempuh SUV
Sejak Dalam Kandungan, Anak Paling Mudah Dijaga, Luahan Hati Ibu Ku Adib Undang Pilu
Tiada Lagi Anak Lelaki Dalam Keluarga, Luahan Pilu Bapa Allahyarham Khairil Anwar
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
The post Nahas Jalan Raya Pelajar UiTM Dungun, Muhammad Ammar Danish Sebak Terkenang Saat Manis Bersama Rakan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nahas-jalan-raya-pelajar-uitm-dungun-muhammad-ammar-danish-sebak-terkenang-saat-manis-bersama-rakan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nahas Uitm Dungun Lebih 1 000 Sertai Solat Jenazah Tiga Pelajar

Nahas Uitm Dungun Lebih 1 000 Sertai Solat Jenazah Tiga Pelajar

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 72 hits
DUNGUN Lebih 1 000 orang menunaikan solat jenazah tiga pelajar Universiti Teknologi Mara Dungun yang maut akibat dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan Honda CRV malam tadi Solat jenazah yang selesai sepenuhnya pada pukul 10 34 pagi itu di...
Imam Sebak Ketika Solat Jenazah Pelajar Uitm Terpaksa Henti Bacaan Tenangkan Diri

Imam Sebak Ketika Solat Jenazah Pelajar Uitm Terpaksa Henti Bacaan Tenangkan Diri

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 69 hits
Imam sebak ketika solat jenazah pelajar UiTM Dungun yang maut selepas dirempuh oleh sebuah kenderaan jenis utiliti sukan kira kira jam 7 malam semalam Menerusi perkongsian di Astro Awani Imam Pusat Hidayah Universiti Teknologi Mara Muhamma
Bye Abang Itu Kata Kata Terakhir Adik Kepada Ku Adib Pelajar Uitm Dungun Maut Dirempuh Suv

Bye Abang Itu Kata Kata Terakhir Adik Kepada Ku Adib Pelajar Uitm Dungun Maut Dirempuh Suv

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 64 hits
Bye abang itu kata kata terakhir adik kepada Ku Adib pelajar UiTM Dungun maut dirempuh SUV Perkhabaran tentang pemergian abangnya dalam kemalangan berhampiran Universiti Teknologi Mara Dungun Terengganu diterima oleh Ku Adni Ku Azmi ketika ...
Pemandu Wanita Rempuh Tiga Pelajar Uitm Dungun Hingga Maut Dipercayai Tidak Siuman

Pemandu Wanita Rempuh Tiga Pelajar Uitm Dungun Hingga Maut Dipercayai Tidak Siuman

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 79 hits
Suspek wanita berusia 49 tahun telah ditahan polis KUALA TERENGGANU Pemandu wanita yang merempuh empat pelajar Universiti Teknologi Mara kampus Dungun sehingga menyebabkan tiga daripadanya maut dan seorang cedera parah dipercayai tidak sium...
Nahas Uitm Dungun Siasatan Diteruskan Meskipun Terdapat Dakwaan Masalah Mental

Nahas Uitm Dungun Siasatan Diteruskan Meskipun Terdapat Dakwaan Masalah Mental

papar berkaitan - pada 13/10/2024 - jumlah : 71 hits
Polis sedang dapatkan laporan kesihatan pemandu yang dipercayai ada masalah mental dalam nahas yang mengakibatkan kematian tiga pelajar UiTM KUALA LUMPUR Polis sedang mendapatkan laporan kesihatan pemandu wanita yang dipercayai ada masalah ...
Nahas Pelajar Uitm Suspek Wanita Tiada Rekod Terima Rawatan Mental

Nahas Pelajar Uitm Suspek Wanita Tiada Rekod Terima Rawatan Mental

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 113 hits
KUALA TERENGGANU Seorang wanita yang merempuh dua motosikal hingga menyebabkan kematian tiga pelajar Universiti Teknologi Mara Kampus Dungun pada Rabu lepas tidak pernah mendapat rawatan kesihatan mental di Terengganu Pengarah Jabatan Kesih...
Nahas Uitm Dungun Jenazah Ku Adib Kebumi Selepas Ibu Bapa Tiba Dari Jeddah

Nahas Uitm Dungun Jenazah Ku Adib Kebumi Selepas Ibu Bapa Tiba Dari Jeddah

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 66 hits
SUNGAI BULOH Jenazah penuntut Universiti Teknologi Mara Ku Adib Aizad Ku Azmi 20 yang maut dalam kemalangan diKampung Sura Hujung Dungun semalam akan dikebumi selewat lewatnya malam ini Ini kerana kata bapa saudara mangsa Muhd Nadzir Mohd S...
Nahas Uitm Dungun Dakwaan Pemandu Sakit Mental Tidak Ganggu Siasatan Jspt

Nahas Uitm Dungun Dakwaan Pemandu Sakit Mental Tidak Ganggu Siasatan Jspt

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 103 hits
KUALA LUMPUR Dakwaan pemandu wanita menyebabkan kematian tiga penuntut Universiti Teknologi Mara kampus Dungun di Terengganu Rabu lalu menghidap sakit mental tidak menghalang polis menjalankan siasatan mengikut prosedur ditetapkan Pengarah ...
Fasi Universiti Dilabel Syok Sendiri Buat Prank Gaduh Depan Pelajar Demi Sambut Birthday Rakan

Fasi Universiti Dilabel Syok Sendiri Buat Prank Gaduh Depan Pelajar Demi Sambut Birthday Rakan

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 81 hits
Tular di media sosial fasi universiti dilabel syok sendiri kerana buat prank bergaduh di hadapan pelajar baharu dei menyambut hari lahir rakan mereka Menerusi satu hantaran di TikTok zeeyysss telah memuat naik video memaparkan hari orientas...
Sprm Serbu Rumah Disyaki Simpan Wang Rasuah Ahli Politik Berpengaruh

Siti Kasim Wants Malays To Think For Themselves Stop Asking Their Ustaz How To Pee Enjoy Couples Intimate Moment

Snatch Theft Victim From Bangsar Receives No Help From Passerby

Macc Raids Politician S Safe House Seizes Millions

Drama Andai Tiada Dia Lakonan Ummi Nazeera Hisyam Hamid

Hukum Bekerja Di Bank Menyimpan Wang Di Dalamnya Dan Mengambil Pinjaman Bank

The Benefits Of Asphalt Resurfacing For Long Term Pavement Durability

Kumpulan Wanita Berpiknik Di Tengah Kubur


echo '';
10 Fakta Biodata Pelakon Fattah Amin Bekas Suami Fazura Penyanyi Lagu Wanita Terakhir Juara Hero Remaja 2011 2012

10 Fakta Biodata Pelakon Fazura Bekas Isteri Fattah Amin Foto Dulu Sekarang

ABPBH 2024 Keputusan Pemenang Calon Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 36 Siaran Live Di TV3 Tonton 11 Oktober

5 Individu Termuda Bergelar Graduan Universiti di Dunia

Info Dan Sinopsis Filem Telekinesis 2024 Arahan Syafiq Yusof Kini Di Astro First


Kenduri Kahwin

Workplace Harassment In Toronto How To Build A Strong Legal Case

Kes Bunuh Model Polis Kemuka Notis Biru Pada Interpol Kesan Pasangan As

Hutang Kerajaan Rm1 173 Trilion Pada 2023 Naik Rm92 9 Bilion

Zulkifli Dismisses Islam Is Under Threat Narrative

Guest Editorial The Malay Gentry