Nadiya Nisaa Saya Trauma Tetapi Reda






Tiga tahun sudah berlalu, namun buat Nadiya Nisaa, momen kehilangan cahaya mata kedua yang meninggal dunia dalam kandungannya masih basah dalam ingatan.

Bibirnya masih terkunci dan kisah takdir tersebut ternyata masih berat untuk dikongsikan dalam bicara santai. Puas dipujuk, akhirnya pemilik nama sebenar, Nadiyatul Nisaa Kamaruddin, 34, mengangguk lembut. Naluri keibuan yang terpancar pada sinar matanya menjelaskan segala-gala betapa peristiwa 31 Julai 2016 terlalu berbekas dalam hatinya.

Bagaimanapun sebagai hamba-Nya, dia reda dengan ketentuan Tuhan biarpun ada trauma masih bersisa. Kehadiran anggota baharu dalam keluarga itu, Aminah Rose pada tanggal 1 Januari lalu ternyata menyuntik kekuatan untuk dirinya merelakan pemergian anak keduanya itu.

“Seperti kelaziman ibu yang lain, saya membelek setiap inci bahagian tubuh anak kedua saya, saya lihat wajahnya ketika baru dilahirkan.

“Anugerah Allah itu sangat sempurna walaupun pada ketika itu saya sedar dia tidak lagi bernyawa,” tutur Nadiya mengatur bicara.

Trauma

Tanpa berselindung, Nadiya berkata, impak kehilangan anak keduanya itu benar-benar dirasai ketika dalam proses berpantang. Dia cuba memulihkan semangat untuk meneruskan kehidupan dengan menyandarkan harapan buat anak sulungnya, Omar Saiful Razman dan suami, Saiful Azman Mohd. Kassim.

“Ketika itu, saya sering melihat wajah Omar untuk mencari sumber kekuatan. Sudah tentu suami antara orang yang paling rapat dan tanpa lelah memberikan sokongan moral.

“Saya banyak menyendiri dan sudah tentu sebagai seorang Muslim saya meluahkan segala-gala yang terbuku dalam hati kepada Allah. Cuma sebagai manusia, saya tidak boleh lari daripada mencari kesalahan sendiri sebagai jawapan kepada kehilangan insan yang disayangi,” luahnya.

Kembali menjalani rutin bergelar ibu dan proses berpantang selepas kelahiran Aminah pada Januari lalu, Nadiya berkata, kesediaannya untuk kembali melalui saat kehamilan dan bersalin antara keputusan yang sukar untuk dilakukan.

Masih berada dalam keadaan trauma biarpun reda, pelakon filem Cun itu mengambil tempoh masa selama dua tahun untuk memulihkan diri sebelum bersedia menyuburkan benih cinta dalam rahimnya.

“Mengandung untuk kali ketiga ini saya lebih berhati-hati daripada pelbagai aspek. Setiap kali selepas solat, saya sering memohon supaya Allah menjaga kandungan saya.

“Saya mengelak daripada terjerumus dalam perkara negatif. Saya dan suami juga sepakat untuk tidak menguar-uarkan berita itu kerana enggan terlalu teruja,” jelasnya.

Namun tuturnya, lumrah sebagai manusia yang sering dilanda perasaan lemah, ketika detik melahirkan zuriat ketiganya semakin hampir, hatinya sering mempertikaikan takdir Tuhan.

“Saya kerap melawat pusara anak dan berbicara dengannya. Biarpun dia hanya hadir sekejap di dunia ini, sebagai ibu, saya tidak akan melupakan dirinya,” kata figura yang merangkul anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-24 dan Anugerah Skrin 2011 itu.

Kerjaya

Tidak mahu terlalu lama larut dalam nostalgia, pertemuan bersama Nadiya terisi dengan rencana kerjaya yang menjadi rutin. Kembali tampil di layar perak menerusi filem Bu, Nadiya sedang membina momentum untuk membiasakan diri di set penggambaran.

Mengakui rindu untuk beraksi di hadapan kamera setelah kali terakhir mendokong watak sebagai Sani menerusi filem Interchange dan cameo sebagai Uda (Gol & Gincu Vol.2), Nadiya seboleh-bolehnya mahu mengeimbangi tuntutan kerjaya dan keluarga.

“Aminah baharu berusia dua bulan dan dia masih memerlukan perhatian sepenuhnya daripada saya. Saya mempunyai pembantu rumah tetapi saya tidak melepaskan tanggungjawab mengurus anak hanya kepada pembantu.

“Pada pendapat saya, pada usia awal tumbesaran anak-anak, mereka memerlukan lebih banyak masa bersama ibu bapa,” katanya.

Beruntungnya Nadiya, selain mengamalkan bersikap toleransi dan komunikasi yang baik dengan pasangan, pembahagian masa juga amat penting untuk memastikan keluarga dan kerjaya bergerak seiringan.

“Saya tidak akan membawa masalah pekerjaan masuk ke dalam rumah. Ketika di rumah, saya seorang ibu dan isteri yang perlu meluangkan masa sepenuhnya dengan keluarga.

“Setiap masalah di set penggambaran perlu ditinggalkan di luar sebelum memasuki pintu rumah. Saya bersyukur kerana suami amat memahami kecenderungan saya sebagai pelakon dan kami sering berkomunikasi antara satu sama lain,” dedahnya.

Selain menjayakan watak sebagai Aishah menerusi filem Bu arahan Jeany Amir yang memasuki pawagam sejak 11 April lalu itu, Nadiya akan menjalani penggambaran menerusi sebuah telefilem eksklusif untuk Astro First.

Biarpun bergelar antara pelakon yang sering merangkul pelbagai anugerah atas bakatnya, Nadiya menegaskan, dia tidak pernah memilih untuk berlakon dengan mana-mana pengarah.

“Saya terbuka untuk berkerjasama dengan mana-mana pengarah. Bagaimanapun sudah tentu, saya akan memilih naskhah berdasarkan skrip dan watak.

“Sekiranya terdapat watak yang diberikan berpotensi untuk dibangunkan dengan lebih baik, saya gemar mengadakan perbincangan untuk saling berkongsi input,” jelasnya.

Lebih sedekad dalam industri, Nadiya juga seboleh-bolehnya enggan melakonkan watak sama.

Dia meletakkan pemahaman terhadap karakter sebagai elemen terpenting dalam menjayakan sesebuah naskhah dan sebagai pelakon, dia perlu mencabar keupayaan diri.

“Saya tidak boleh selesa pada satu tahap yang sama. Oleh kerana itu, saya ingin menjayakan pelbagai watak supaya dapat mencabar dan meningkatkan mutu lakonan," terangnya.

Kehilangan cahaya mata kedua kira-kira tiga tahun lalu meletakkan Nadiya Nisaa dalam fasa trauma. Dia harus bergelut dengan emosi dan rasa bersalah untuk meneruskan kehidupan. Namun kini, figura yang pernah dinobatkan sebagai aktres terbaik Malaysia itu bersyukur atas ujian mendekatkan dirinya kepada Pencipta.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/04/nadiya-nisaa-saya-trauma-tetapi-reda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nadiya Nisaa Selesa Jaga Anak Sendiri Berat Hati Ambil Maid Sebab Macam Macam Kes

Nadiya Nisaa Selesa Jaga Anak Sendiri Berat Hati Ambil Maid Sebab Macam Macam Kes

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 1025 hits
Pelakon Nadiya Nisaa dan suami Saiful Razman punya pendirian sendiri untuk membesarkan kedua dua anaknya yang masih kecil Tegas Nadiya dia enggan menyerahkan tugas untuk menjaga dan mengasuh anak anaknya terutama anak bongsunya Aminah Rose ...
Trauma Dipukul Pak Ya Nak Saman Pelawak

Trauma Dipukul Pak Ya Nak Saman Pelawak

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 407 hits
Susulan kejadian pengawal keselamatan berusia 70 tahun ditumbuk dan diterajang seorang pelawak popular era 90 an mangsa berkemungkinan akan mengambil tindakan saman terhadapnya Yahya Manap atau Pak Ya berkata tindakan pelawak itu bukan saja...
Pak Ya Trauma Ingin Saman Pelawak Terkenal Lan Pet Pet

Pak Ya Trauma Ingin Saman Pelawak Terkenal Lan Pet Pet

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 411 hits
Trauma dengan kejadian yang berlaku pengawal keselamatan Yahya Manap sedang mempertimbangkan keputusan untuk menyaman pelawak yang dikenali Lan Pet Pet yang membelasahnya semalam di Taman Acacia di Nilai kelmarin Sehingga hari ini badan say...
Azhan Rani Reda Jika Tiada Jodoh

Azhan Rani Reda Jika Tiada Jodoh

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 686 hits
Azhan Rani adalah seorang pelakon yang kian popular di Malaysia menerusi drama bersiri Nur 2 Ikuti jawapan mengenai reda jika tiada jodoh oleh beliau SOAL jodoh rahsia Allah Buat masa ini apa yang sudah tertulis saya belum bertemu jodoh kat...
Masih Belum Reda Metmalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Beberapa Kawasan Lagi Petang Ini

Masih Belum Reda Metmalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Beberapa Kawasan Lagi Petang Ini

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 636 hits
Jabatan Meteorologi Malaysia beberapa minit lalu mengeluarkan infografik amaran ribut petir di beberapa kawasan di Utara dan Lembah Klang hari ini MetMalaysia meramalkan akan berlaku kejadian ribu petir di beberapa negeri di Kedah Pulau Pin...
Pengawal Keselamatan Trauma Dibelasah Lan Petpet Mungkin Mahu Saman

Pengawal Keselamatan Trauma Dibelasah Lan Petpet Mungkin Mahu Saman

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 369 hits
PENGAWAL keselamatan Yahya Manap atau Pak Ya mungkin mengambil tindakan saman terhadap seorang pelawak yang membe lasah dan menen dangnya dalam kejadian perga duhan di Taman Acacia di Nilai kelmarin Yahya 70 berkata perbuatan artis lelaki t...
Kasus Di Pontianak Ini Begitu Kejam Tak Masuk Akal 12 Anak Sma Siksa Anak Smp Sampai Trauma Berat

Kasus Di Pontianak Ini Begitu Kejam Tak Masuk Akal 12 Anak Sma Siksa Anak Smp Sampai Trauma Berat

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 381 hits
Laporan terbaru semua ini ternyata terjadi hanya karena komentar Facebook yang ditinggalkan korban di laman FB kakak sepupunya Tersinggung para pelaku keroyok korban Haduh haduh
Trauma Dan Takut Divonis Lebih Berat Wahid Husen Tidak Ajukan Banding

Trauma Dan Takut Divonis Lebih Berat Wahid Husen Tidak Ajukan Banding

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 242 hits
Mantan kepala Lapas Sukamiskin Wahid Husen divonis 8 tahun penjara oleh majelis hakim pada persidangan pekan lalu Meski takkan mengajukan banding tim kuasa hukum tetap berupaya agar kliennya tidak dikurung di Lapas Sukamiskin
Saya Inginkan Keadilan Trauma Kereta Ditimpa Lelaki Ingin Lesen Pemandu Myvi Terbang Ditarik Balik

Saya Inginkan Keadilan Trauma Kereta Ditimpa Lelaki Ingin Lesen Pemandu Myvi Terbang Ditarik Balik

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 437 hits
Saya inginkan keadilan Trauma kereta ditimpa lelaki ingin lesen pemandu Myvi terbang ditarik balik Baru baru ini beberapa negeri di Malaysia kerap dilanda hujan lebat serta angin ribut yang kuat sehingga berlakunya banyak kerosakan dan kema...
Lirik Lagu Rasa Takdir Nyanyian Amira Othman Dan Irfan Haris

Flyhigh My Kelas Online Terbaik Malaysia Dengan Guru Berkualiti Harga Berpatutan

Istana Pahang Nafi Sekeras Kerasnya Dakwaan Tengku Ampuan Pernah Tawar Sebarang Bentuk Bantuan Di Tiktok

Wanita Didakwa Bunuh Simpan Mayat Dua Anak Dalam Beg

Ex Mp Demands Transparency Over Govt S Plan To Introduce Nuclear Power

Chronology Of Push To Oust Muhyiddin

Bermain Sambil Belajar Ilmu Kewangan Di Mortgagecalculator Org

Kurang Pasti Tentang Kecederaan Berjalur Kod Bar Tumpuan Untuk Selamat Zara Qairina Saksi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Apa Yang Mereka Pentaskan Di Perhimpunan Agung Bersatu

Every Awas Speed Camera Locations Complete List 2025

Pulut Kuning Azie Kitchen Dan Bab Pentaksub

Buku Taubatku Untuk Siapa Renungan Mendalam Tentang Taubat Karya Ibnu Jauzi

The New Jbl Sense Lite

Rumah Perdana Menteri Nepal Dibakar Penunjuk Perasaan