Nabila Razali Hiba Rezeki Dipertikai



Bukan perkara baharu apabila penyanyi dan pelakon, Nabila Razali, 28, dikecam serta dihentam bagaikan tiada perasaan.
Kecaman diterima penyanyi lagu Peluang Kedua bagaikan silih berganti sejak tujuh tahun lalu, namun ia tidak sesekali mematahkan semangatnya. Biarpun ada sahaja yang tidak kena pada pandangan mata netizen, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia pada 2013 hanya mampu tersenyum dan tidak meletak kesedihan dalam hati.
Mungkin dilihat kebal dengan kecaman, tetapi namun jauh di sudut hati pelakon drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati dan Pesan Pada Hati itu hanya manusia biasa.
Terbaharu, pemilik nama penuh, Nur Nabila Mohd Razali dikecam seorang pemilik Instagram (IG) yang memaki hamun dan memanggilnya dengan gelaran mengaibkan. Selain dihina dan dipertikaikan rezeki diperoleh, pemilik IG itu juga menuduhnya 'bermain kotor' untuk mendapat tawaran berlakon.
Paparan skrin mesej yang dihantar pemilik akaun IG berkenaan turut dikongsi di laman Twitter.
"Ia bukanlah perkara baru apabila dikecam seteruk ini. Cuma, saya jadi hiba apabila rezeki yang diperoleh dipertikaikan. Saya sendiri tidak pernah mempertikaikan rezeki orang lain.
"Saya bekerja keras untuk sampai ke tahap hari ini. Bohonglah jika saya tidak terkesan dengan komen berunsur ugutan ini. Rasanya sesiapa pun tidak boleh menerima kecaman dan makian seperti ini, begitu juga saya," katanya kepada BH Online.
Bekas graduan sarjana seni bina, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, dia dan pasukan kerjanya tidak pernah mengganggu sesiapa pun selama ini, jauh sekali mahu membolot rezeki orang lain.
Malah, katanya, dia terlalu fokus untuk memikirkan cara untuk terus relevan dalam dunia seni.
"Saya berharap tiada lagi kecaman dan maki hamun seperti ini pada masa akan datang. Saya terlalu sibuk memikirkan soal kerjaya dan kehidupan.
"Saya juga ingin memohon maaf sekiranya pernah mengguris hati sesiapa tanpa sedar sepanjang bergelar anak seni," katanya.
Dalam perkembangan lain, pelakon filem Keluarga Iskandar The Movie itu turut membolosi tiga kategori dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke 33. Nabila dicalonkan menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia, Pelakon TV Wanita Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular bersama Shukri Yahaya.
"Ini tahun kedua saya dicalonkan dalam top 20, ABPBH. Belum ada rezeki menembusi top 5.
"Jika dapat melepasi top 5 pun saya sudah teruja. Kelab peminat, Nabaela FC pun rancak mengundi saya dalam media sosial. Saya tak sabar menantikan malam kemuncak ABPBH 33 pada 13 November ini," katanya yang turut mara separuh akhir Muzik Muzik 35 menerusi lagu Peluang Kedua.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/11/nabila-razali-hiba-rezeki-dipertikai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dimaki Amp Dihina Netizen Nabila Razali Sedih Bakat Dipertikai

Dimaki Amp Dihina Netizen Nabila Razali Sedih Bakat Dipertikai

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 372 hits
Meskipun berdepan pelbagai kecaman dan kritikan sebagai penyanyi dan pelakon namun ia tidak langsung mematahkan semangat Nabila Razali untuk terus menyinar dalam industri hiburan tanah air Bagaimanapun Nabila akui merasa sedih apabila ada n...
Nabila Razali Dituduh Jual Diri Semata Mata Nak Job Lebih Semasa Di Set Penggambaran

Nabila Razali Dituduh Jual Diri Semata Mata Nak Job Lebih Semasa Di Set Penggambaran

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 348 hits
Baru baru ini penyanyi dan pelakon Nabila Razali telah menerima pesanan daripada individu yang melemparkan kata kata kesat terhadap dirinya Menurut pemilik nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali 28 tuduhan itu telah membuatkan dirinya merasa s...
Telemovie Cik Petir Putrajaya Lakonan Nabila Razali Niezam Zaidi

Telemovie Cik Petir Putrajaya Lakonan Nabila Razali Niezam Zaidi

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 847 hits
Saksikan telefilem romantik komedi berjudul Cik Petir Putrajaya arahan Aziz M Osman pada Ahad 8 November 2020 jam 3 00 petang di TV3 JUDUL CIK PETIR PUTRAJAYAWAKTU SIARAN Ahad 8 November 2020 3 00 petangSIARAN TV TV3PENULIS SKRIP Sham Hashi...
Usaha Dan Rezeki

Usaha Dan Rezeki

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 832 hits
Credit Photo by Assalamualaikum Bila sebut pasal usaha sebenarnya banyak bentuk usaha yang kita boleh buat untuk dapatkan sesuatu yang kita nak Tak kisahlah usaha macam mana pun It doesn t matter whether your effort is big or small as long ...
Neelofa Berniqab Tak Jejas Rezeki

Neelofa Berniqab Tak Jejas Rezeki

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 441 hits
Pelakon dan pengacara Neelofa 31 bersyukur keputusan untuk berniqab baru baru ini tidak menjejaskan rezekinya sebagai duta jenama antarabangsa Mengakui bersedia ditolak klien berikutan penampilan terbarunya itu Neelofa atau nama sebenar Noo...
Sissy Imann Belum Rezeki Dikenali Ramai

Sissy Imann Belum Rezeki Dikenali Ramai

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 311 hits
MESKIPUN masih ramai yang belum mengenali nama penyanyi Sissy Imann ia sama sekali tidak membuatkan wanita cekal ini berkecil hati dan kecewa Bagi anak kedua daripada tiga beradik yang mempunyai kelulusan ijazah pendidikan ini apa yang past...
Ini Dia Amalan Mustajab Dari Nabi Untuk Kelancaran Rezeki

Ini Dia Amalan Mustajab Dari Nabi Untuk Kelancaran Rezeki

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 248 hits
Diantara Amalan Mustajab Dari Nabi Untuk Kelancaran Rezeki ini dinyatakan oleh Imam Abu Laits dalam kitab Tanb hul Gh fil n hal 546 bahwa ada seorang lelaki mengeluh kepada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam tentang masalah rezeki dia b...
Hampir Selesai Rawatan Ivf Siti Elizad Berdoa Ada Rezeki Peroleh Anak

Hampir Selesai Rawatan Ivf Siti Elizad Berdoa Ada Rezeki Peroleh Anak

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 308 hits
Umum sedia makum bahawa pelakon dan penyampai radio Siti Elizad Sharifuddin sedang menjalani proses ujian persenyawaan in vitro bagi mendapatkan zuriat Menerusi laman Instagram dia tidak lokek berkongsi perjalanan proses itu dengan peminatn...
Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat

Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 1448 hits
Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat REZEKI tak pernah salah alamat tak pernah menyimpang sesat Tak pernah salah orang dan tak pernah salah waktu Tq Allah Tq Allah Syukur ALHAMDULILLAH Rezeki Allah itu tak pernah salah alamat Semoga Allah senti...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today