Nabi S A W Tidak Membalas Pun Sihir Si Yahudi
Dari Aisyah ra. katanya:
"Seorang Yahudi dari Bani Zuraiq, bernama Labid bin Asham, menyihir Rasulullah saw. sehingga Baginda mengigau kerananya.
Yaitu bahawa Baginda merasa seperti melakukan sesuatu yang sebenarnya tidak dilakukannya.
Kerana itu pada suatu hari atau suatu malam Baginda berdoa, kemudian berdoa dan berdoa.
Selepas itu Baginda bertanya kepada 'Aisyah. "Ya. 'Aisyah! Ingatkah engkau bahawa Allah swt. pernah memberitakan kepada ku tentang kedatangan dua orang laki-laki. yang satu duduk dekat kepala ku dan yang satu lagi dekat kedua kaki ku.
Lalu orang yang dekat kepala ku bertanya kepada orang yang dekat kaki ku atau sebaliknya
"Apakah sakit orang ini?" Jawabnya. "Terkena sihir!"
Tanya. "Siapa yang menyihirnya?' Jawab, "Labid bin Asham!"
Tanya, "Dengan apa disihirnya?" Jawab. "Pakai sikat dan rambut yang gugur bersama sikat itu serta mayang kurma kering."
Tanya, "Di mana sekarang?" Jawab, "Di telaga Dzi Arwan."
Kata ' Aisyah, "Rasulullah saw. pergi mencari barang-barang itu dengan ditemani beberapa orang sahabat.
Kemudian Baginda bersabda, "Ya Aisyah. Ku lihat air telaga itu kemerah-merahan warnanya, manakala pohon kurmanya kelihatan bagaikan kepala syaitan."
Lalu aku bertanya, "Apakah Tuan tidak membakarnya?"
Jawab Nabi saw., "Tidak! Kerana Allah swt. telah menyembuhkan ku dan aku tidak ingin membalas kejahatan orang; oleh sebab itu ku suruh ianya dikambuskan saja!"
- Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2050.
MR : Sihir perbuatan keji, membalas perbuatan ini tidak digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mindarakyat.net/2020/10/nabi-saw-tidak-membalas-pun-sihir-si.html