Nabi Ibrahim Tidak Pernah Bohong Makan Dedak



Nabi Ibrahim tidak pernah bohong, makan dedakPosted By: Pentadbiron: February 19, 2019
 Print EmailPerkara utama yang perlu disedari ialah para nabi tidak pernah melakukan tindakan terkeji sehingga mencacatkan status mereka sebagai penyampai risalah dan wahyu.Maka dengan sebab itu ciri-ciri nabi yang disepakati ulama ialah siddiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana).Berbohong pula salah satu sifat tercela. Justeru, mustahil para nabi mempunyai sifat tercela. Apatah lagi sifat tercela itu menjadikan risalah kenabian akan diragui manusia.Dengan sebab itu, menuduh nabi berbohong adalah cara untuk menyebarkan keraguan manusia terhadap risalah yang disampaikan oleh baginda.Dalam al-Quran terdapat ayat yang menyatakan laknat terhadap orang yang berbohong.Antaranya firman Allah:“Laknat Allah terhadap orang-orang yang berbohong” – (ayat 61, ali-Imran)“Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang melampaui batas lagi pembohong” – (ayat 28 surah al-Ghafir)Dalam hadis pula, Rasulullah SAW ada menyatakan bahawa amalan pembohongan membawa kepada kejahatan.“Sesungguhnya kejahatan itu membawa kepada neraka. Sesungguhnya seorang lelaki yang berbohong pasti akan tercatat sebagai pembohong (al-Bukhari, hadis 6094)Dalam hadis lain juga ada menyatakan bahawa antara ciri-ciri orang munafik adalah berbohong (Muslim, hadis 59).Fahami hadis dengan betulJusteru amat jelas bahawa amalan berbohong boleh membawa kepada kejahatan dan kejahatan itu menyebabkan pelakunya dimasukkan ke neraka.Amaran itu dinyatakan secara jelas melalui al-Quran dan hadis.Dengan sebab itu, amat mustahil sifat berkenaan wujud pada diri nabi – termasuk Nabi Ibrahim AS. Mendakwa Ibrahim berbohong, sama seperti mengatakan baginda melakukan kejahatan, melakukan amalan membawa ke neraka, melakukan amalan munafik dan sebagainya.Semua itu adalah mustahil bagi sifat para nabi.Apatah lagi dalam al-Quran ada ayat yang secara terang-terangan mengatakan Ibrahim ialah seorang nabi yang sangat benar (Surah Maryam, ayat 41).Pada zaman dahulu, golongan Khawarij berkali-kali berhujah menggunakan hadis dengan pendekatan salah. Contohnya, hadis bahawa Nabi Muhammad ada berkata: “Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka jangan dia sakiti jiran tetangganya. Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya” (al-Bukhari, hadis 6018).Memandangkan Khawarij adalah kalangan takfiri – iaitu menghukum kafir kepada pihak yang berbeza dengan mereka – justeru hadis di atas ditafsirkan tanpa mengikut metode dan manhaj yang betul.Maka dengan itu, berdasarkan hadis tadi mereka terus menyimpulkan bahawa:a. Tidak hormat tetamu dan menyakiti jiran adalah amalan dosa besarb. Pelakukan dosa besar menyebabkan seseorang menjadi kafir, kerana hadis ini menyatakan “barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat”, bermakna kalau tidak hormat tetamu dan sakiti jiran (dosa besar) adalah tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat (kufur).Kesalahan itu bukan terletak pada hadis, tetapi pada cara pemahaman Khawarij. Ia berlaku kerana mereka literal untuk memahami hadis tersebut tanpa menggunakan metode yang betul.Demikian juga dalam hadis berkaitan perbuatan Ibrahim yang didakwa berbohong. Cara pemahaman yang salah melahirkan fitnah terhadap baginda.Ini sudah pasti bercanggah dengan prinsip dalam ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah.Berbohong merujuk kepada usaha seseorang pelakunya memperdaya agar orang yang mendengar itu tidak mengetahui hakikat sesuatu perkara.Dengan sebab itu, helah dan sindiran tidak boleh dikatakan sebagai bohong. Ini kerana, helah (hiyal dalam bahasa Arab) ialah perlakuan yang tepat dengan hakikat sebenar, sedangkan sindiran (ta’ridh) pula melibatkan maklumat yang sudah berada dalam pengetahuan si pendengar.Maka tindakan Ibrahim yang berkata kepada Namrud bahawa segala patung yang runtuh itu dilakukan oleh patung yang besar tidak boleh dikatakan pembohongan.Sebaliknya ia boleh dianggap sindiran. Ini kerana, hal keadaan patung-patung itu memang tidak dapat berbuat apa-apa sudah dimaklumi kelemahannya oleh Namrud (tafsir Jalalain, halaman 426).Contoh helah (hiyal) pula seperti Ibrahim mahu mengelak isteri baginda – Siti Sarah yang cantik – daripada direbut raja yang zalim. Andai raja itu tahu bahawa wanita itu ialah isteri Ibrahim, sudah pasti baginda akan dibunuh.Justeru Ibrahim pun mengajar cara untuk berhelah, iaitu dengan mengajar Siti Sarah, andai ada sesiapa mengenai siapa dia, hendaklah diberitahu bahawa dia adalah saudara Ibrahim.Dalam hadis terbabit, terang-terang dinyatakan bahawa itu bukan bohong, tetapi helah, kerana Ibrahim berkata Siti Sarah memang saudarinya.Siti Sarah ialah saudara seagama (Islam).Ibrahim juga berkata bahawa baginda tidak tahu di atas bumi ini ada orang lain yang beragama Islam selain mereka berdua sahaja. (Muslim, hadis 2371)Justeru, jika daripada hadis itu dijadikan hujah untuk mengatakan bahawa Ibrahim berbohong, pasti ia bukan sekadar fitnah, malah kelihatan seperti mahu menyebabkan manusia ragu kepada kenabian baginda.Nik Abduh ambil ‘dedak’ Umno. Itu cerita sebenarnya. Memandangkan sebelum ini Nik Abduh mahu mengelak hal itu daripada ketahui ahli PAS dan rakyat Malaysia, maka dia berbohong.Bermakna, Nik Abduh berbohong sebab makan duit Umno.Dalam kes Ibrahim, baginda tidak pernah makan ‘dedak’ Namrud. Justeru, menyandarkan pembohongan Nik Abduh kepada agama dengan menggunakan hujah kisah Ibrahim adalah kejahatan yang tidak boleh dimaafkan.__________________________________________________________________________WAN JI WAN HUSSIN merupakan pendakwah dan pengarah akademik Saudara Research Centre. Tulisan asal rencana ini disiarkan di media sosialnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/02/nabi-ibrahim-tidak-pernah-bohong-makan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjawab Fitnah Kononnya Nabi Ibrahim Berbohong

Menjawab Fitnah Kononnya Nabi Ibrahim Berbohong

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 373 hits
Wan Ji Wan Hussin ULASAN Perkara utama yang perlu disedari ialah para nabi tidak pernah melakukan tindakan terkeji sehingga mencacatkan status mereka sebagai penyampai risalah dan wahyu Maka dengan sebab itu ciri ciri nabi yang disepakati u...
Luhut Pemerintah Tidak Pernah Bohong Menyampaikan Apa Apa Yang Dicapai

Luhut Pemerintah Tidak Pernah Bohong Menyampaikan Apa Apa Yang Dicapai

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 318 hits
Menteri Koordinator Maritim Luhut Binsar Pandjaitan mengatakan pemerintah tidak pernah berbohong dalam menyampaikan capaian capaian selama 4 tahun terakhir
Amar Jawab Anwar Pas Bukan Bohong Isu Jatuhkan Dr M Siapa Makan Cili Dia Rasa Pedas

Amar Jawab Anwar Pas Bukan Bohong Isu Jatuhkan Dr M Siapa Makan Cili Dia Rasa Pedas

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 332 hits
Oleh Fazallah PitDatuk Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa PAS ada maklumat berkaitan usaha menjatuhkan perdana menteri menerusi undi tidak percaya Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR 24 Feb Naib presiden PAS menafikan parti itu membuat fitnah ...
Gaji Mufti Bidaah Tak Nabi Tak Makan Gaji Antivaksin Serang Mufti Kaw Kaw

Gaji Mufti Bidaah Tak Nabi Tak Makan Gaji Antivaksin Serang Mufti Kaw Kaw

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 429 hits
Prochoice ataupun kumpulan antivaksin semakin berkembang di Malaysia Disebabkan kumpulan ini semakin membiak maka penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin telah meningkat dengan mendadak contohnya kes penyakit demam campak daripada 195 kes...
9 Pedang Yang Pernah Dipakai Nabi Muhammad Saw

9 Pedang Yang Pernah Dipakai Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 556 hits
9 Pedang Yang Pernah Dipakai Nabi Muhammad SAW UN1X PROJECT Ini adalah pedang pedang yang pernah dipakai oleh semasa hidupnya untuk berdakwah jumlah total pedang yang pernah digunakan ada 9 buah 1 Pedang Al Ma thurFoto diambil oleh Muhammad...
Makan Malam Di Ibrahim S Fatty Crab

Makan Malam Di Ibrahim S Fatty Crab

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 1019 hits
sudah hampir sebulan kejadian ini sengaja nak letak di sini untuk kenangan Tarikh kejadian 19 Januari 2019Tempat No 18 Jalan Avenue 1 Ampang 68000 Ampang Kuala LumpurGambar gambarnya Seronok menjadi kakak dan abang yang disayangi Alhamdulil...
Memey Syukur 6 Tahun Susu Sentiasa Ada Rahsianya Doa Dan Tak Pernah Diet Makan

Memey Syukur 6 Tahun Susu Sentiasa Ada Rahsianya Doa Dan Tak Pernah Diet Makan

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 409 hits
Kagum dengan semangat Memey Suhaiza yang sehingga kini begitu bersungguh sungguh untuk memberi susu secara ekslusif kepada si comelnya Mikayla Apa yang membanggakan isteri Norman Hakim ini Memey mengakui sejak enam tahun lalu susunya sentia...
Gerindra Sandiaga Bukan Orang Yang Bersandiwara Dan Tak Pernah Bohong

Gerindra Sandiaga Bukan Orang Yang Bersandiwara Dan Tak Pernah Bohong

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 264 hits
Gerindra Sandiaga Bukan Orang yang bersandiwara dan Tak Pernah Bohong Riza juga menuturkan ungkapan kekecewaan karena sakit hati yang dirasakan Mien Uno adalah suatu hal yang wajar sebagai seorang Ibu
Nik Abduh Pertahan Diri Ayah Pun Pernah Bohong

Nik Abduh Pertahan Diri Ayah Pun Pernah Bohong

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 350 hits
Diterbitkan Hari ini 7 41 malam Anggota parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abuh Nik Abdul Aziz mempertahankan tindakan beliau menafikan kesahihan suaranya dalam audio PAS menerima dana daripada Umno itu adalah langkah yang tepat Katanya dalam s...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik