Myucas Net Realisasikan Impian Menyambung Pelajaran Ke Menara Gading
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masih teringat lagi 15 tahun dahulu zaman Maha nak sambung degree rasa macam susah sangat kerana masa tu nak cari duit untuk sambung pelajaran tidak semudah sekarang. Banyak halangan yang perlu dilalui dan juga banyak karenah yang terpaksa dihadapi. Demi nak lihat anak-anak dapat menggengam segulung ijazah mak dah ayah sanggup berkorban apa sahaja janji anak mereka berjaya.
Kalau nak diingatkan dulu sedih juga kisah nak sambung belajar ni. Tapi sekarang Alhamdulillah dah capai segalanya dan juga dah dapat bantu emak dan ayah kat kampung pula. Walau sebanyak mana pun yang kita dapat beri kepada ibu bapa tidak terbalas pengorbanan mereka demi nak lihat anak-anak hidup berjaya
Anak-anak zaman sekarang dah mudah untuk melanjutkan pelajaran. Tiada alasan lagi dengan kekurangan wang tidak dapat sambung pelajaran ke menara gading. Tambah sekarang ni ada syarikat koporat bertanggungjawab memberi lebih banyak peluang kepada anak-anak muda yang ingin sambung pelajaran walaupun tidak berkemampuan dari segi pendapatan keluarga
Biasiswa MyUCAS.net
Baru-baru ini Maha hadir satu majlis pelancaran program Biasiswa MyUCAS.net. Biasiswa tersebut dirasmikan oleh Profesor Emiritus Tan Sri Dato' Dr. Mohamed Salleh Mohamed Yasin selaku pengasas dan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyUCAS, Dato 'Joseph Hii WS. Turut hadir pada majlis tersebut adalah pelbagai wakil daripada sektor pendidikan, orang kenamaan dan ahli korporat yang menjadi penyokong kepada biasiswa ini
MyUCAS adalah satu program biasiswa kepada semua rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan untuk menyambung pelajaran. MyUCAS melancarkan sejumlah 4,000 Biasiswa kepada pelajar Malaysia sehingga akhir tahun 2020. Daripada jumlah tersebut 10% pelajar akan diberikan 100% biasiswa untuk menyambung pengajian mereka manakala selebihnya program ini akan tawarkan pembiayaan 50% biasiswa minimum daripada jumlah yuran pengajian.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyUCAS, Dato 'Joseph Hii WS
Ini bukan sahaja dapat mengurangkan beban kepada golongan sasar untuk terus menamatkan pelajaran diperingkat lebih tinggi tapi juga dapat membuka lebih banyak peluang kepada mereka yang mahu merubah kehidupan menjadi lebih baik. Ini juga bertepatan dengan matlamat kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi. Nak capai tahap itu perlu melahirkan kepada lebih ramai anak muda yang mempunyai pelajaran di peringkat lebih tinggi
Golongan Yang Layak Memohon
Semua rakyat Malaysia layak untuk memohon selagi ada kemahuan untuk menyambung pelajaran. Keutamaan juga diberikan kepada golongan sasar iaitu pelajar-pelajar dari keluarga kurang berkemampuan, anak-anak yatim, anak kepada ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) serta golongan B40. Ini adalah peluang untuk mereka tanpa ada jurang yang memisahkan matlamat murni mereka
Pelajar yang memohon melalui program MyUCAS secara automatik dipertimbangkan untuk biasiswa ini. Paling penting pelajar-pelajar ini mesti bersemangat untuk sambung belajar dan mahu merubah kehidupan menjadi lebih baik.
Institut Dan Kursus Yang Terlibat
Banyak universiti dan juga kolej dalam negara yang telah disenaraikan untuk pelajar ini memilih menyambungkan pelajaran melalui biasiswa ini. Buat masa awal ini kolej dan universiti yang terlibat adalah seperti:-
1.) INTI University & Colleges2.) HELP University & Colleges3.) Snips College of Creative Arts4.) Kolej Antarabangsa Spektrum5.) Kolej Sains Perubatan Universiti Cyberjaya
Juga akan ada penambahan universiti dan kolej dari masa kesemasa sehingga habis semua biasiswa ini diberikan kepada yang layak. Pihak MyUCAS akan memastikan lebih banyak tempat pengajian yang layak untuk diberi peluang kepada semua pelajar melanjutkan pengajian mereka
Manakala kursus yang ditawarkan pula tidak terhad kepada sesuatu kursus tertentu sahaja. Ia terbuka kepada pengajian akademik mahupun dalam kursus teknikal dan kemahiran. Ini kerana setiap pelajar ada kemampuan dan kelebihan yang berbeza selagi ia sesuai untuk keperluan industri di Malaysia pelajar boleh pilih. Ini satu-satunya keistimewaan dalam biasiswa ini kerana ia tidak terjurus mana-mana kursus tertentu sahaja.
Cara Memohon Biasiswa MyUCAS
Pelajar hanya perlu memohon melalui laman web MyUCAS.net secara langsung. Segalanya dilakukan dalam talian daripada peringkat pemohonan sehingga kepada peringkat saringan. Setelah mereke ini layak menerima biasiswa ini akan ada satu program sebelum mereka melanjutkan pelajaran di universiti atau koleh pilihan.
Pelajar-pelajar yang terpilih akan melalui 'Young Leaders Programme' untuk memupuk kemahiran hidup mereka dalam menyelesaikan masalah-masalah, keusahawanan, komunikasi, pengiktirafan diri, dan kesedaran isu semasa. Program ini adalah bimbingan awal kepada pelajar ini agar mereka terus berkeyakinan dalam melanjutkan pelajaran
Biasiswa ini juga lain daripada lain kerana meraka akan ada penyelia yang akan sentiasa memantau dan membantu pelajar-pelajar ini dari mula pengajian sehingga mereka tamat pengajian. MyUCAS tidak akan membiarkan pelajar ini sendirian dalam menghadapi cabaran dalam melanjutkan pelajaran mereka. Setelah tamat pengajian pelajar-pelajar ini juga akan dibantu dalam mendapatkan tempat untuk perkejaan yang bersesuaian dengan kelayakan mereka
Jadi sekarang ni Maha rasa tiada alasan lagi untuk mana-mana pelajar di Malaysia keciciran dalam melanjutkan pelajaran peringkat universiti. Bak kata pepatah 'Selagi ada kemahuan di situ ada jalan'. Maha rasa pelajar-pelajar sekarang sangat bertuah peluang ada depan mata dan hanya perlu ambil kerana ia sangat membantu. Jadi kalau korang rasa ada sapa-sapa sedara-mara atau pelajar yang nak sambung pelajaran tapi tidak mampu sebarkan tentang program ini.
Moga niat murni ini akan menjadi satu jalan luas untuk mengubah dan menjadikan kehidupan lebih baik. Daftar sekarang juga secara dalam talian di laman web https://myucas.net.
Pertanyaan lanjut hubungi :-Email :
[email protected] : 03-2201 7874
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/02/myucasnet-realisasikan-impian-menyambung-pejaran-menara-gading.html