Mysubsidi Kpdn Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi


Dalam pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 yang akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan kelak, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah membangunkan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) bagi mengawal selia penyaluran subsidi untuk kenderaan pengangkutan darat awam dan barangan. Penggunaan Fleet Card akan meningkatkan kecekapan kawal selia pemberian subsidi dan mengurangkan risiko ketirisan serta penyeludupan bahan api. Permohonan pendaftaran kenderaan akan dibuka mulai 15 September 2025 pagi melalui pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my atau dengan mengimbas Kod QR.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang SKPS, cara pendaftaran dan semakan status.
@beritartm PERMOHONAN SISTEM KAWALAN PETROL BERSUBSIDI (SKPS) TELAH DIBUKA, DAFTAR SEGERA #RTM #BeritaRTM #MalaysiaMadani #TaatSetia #BersamaMALAYSIAKU #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
♬ original sound – Berita RTM – Berita RTM Pengenalan SKPS Subsidi diesel telah diperkenalkan di bawah Belanjawan 2002 pada 19 Oktober 2001. Subsidi ini diberikan kepada pengangkutan darat yang dilesenkan oleh SPAD atau LPKP melalui pembelian di stesen minyak, atau pun mendapat bekalan terus dari syarikat-syarikat minyak untuk disimpan dalam skid tank yang diluluskan oleh KPDN bagi kegunaan sendiri.
Namun demikian, jentera dan kenderaan-kenderaan khusus yang digunakan di dalam persekitaran kompleks-kompleks seperti Lapangan Terbang, Perlabuhan, tapak/premis pembinaan, kawasan kilang, dan kawasan pembalakan tidak layak mendapat bekalan diesel bersubsidi.
Baca juga: Subsidi Petrol RON95 Guna MyKad, Pastikan Cip Berfungsi
Syarat Kelayakan SKPS Syarat Kelayakan Permohonan Subsidi Petrol dan Subsidi Diesel
Pemilik kenderaan iaitu individu / wakil bagi syarikat ( sekurang-kurangnya pangkat Eksekutif ) boleh berurusan di KPDN. Kenderaan yang layak memohon petrol bersubsidi dan diesel bersubsidi adalah tertakluk kepada kategori yang dibenarkan sahaja. ‘Runner‘ tidak dibenarkan berurusan dengan KPDN. Kesemua syarikat/individu yang mendapat kelayakan membeli petrol bersubsidi dan diesel bersubsidi fleet card tertakluk kepada syarat-syarat berikut : Jumlah petrol bersubsidi dan diesel bersubsidi yang diluluskan adalah untuk kegunaan kenderaan yang dimiliki sendiri atau yang didaftarkan di bawah syarikat tuan sahaja. Mengemukakan dengan lengkap dan tepat apa-apa maklumat atau penjelasan yang diminta oleh KPDN. Pemegang subsidi dikehendaki memaklumkan kepada KPDN sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas aktiviti operasi pengangkutan mereka seperti pertukaran hak milik bas dan sebagainya. Mematuhi semua syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh KPDN. Memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat minyak yang mengeluarkan fleetcard. KPDN berhak mengkaji semula / menarik balik kelulusan sekiranya pemegang subsidi gagal mematuhi mana-mana syarat di atas. Permohonan Baru/Pertukaran Syarikat Minyak boleh dibuat melalui permohonan online oleh syarikat/individu dengan melayari laman web: mysubsidi.kpdn.gov.my Pendaftaran Kenderaan Di Bawah SKPS Mulai 15 September 2025, syarikat pengangkutan darat awam dan barangan yang tersenarai boleh mula memohon manfaat subsidi petrol RON95 melalui Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Kategori Kenderaan Yang Layak :
Sektor Pengangkutan Darat Awam
Teksi Kereta Sewa Bas Sekolah Van Mayat Ambulans Bomba Bas Pengantara Bas Berhenti-henti Bas Mini Sektor Pengangkutan Darat Barangan
Lori Kargo Am Semi Panel Van Lori Luton/Kotak Panel Van Window Van Lori Food Catering Lori Rigid – Refrigerated Lori Rigid – Perkhidmatan Bergerak Van Rigid – Perkhidmatan Bergerak Lori Rigid – Kandang Haiwan Van Food – Catering Lori Rigid – Hasil Pertanian Senarai jenis kenderaan yang layak adalah tertakluk kepada pindaan atau keputusan Kerajaan dari semasa ke semasa.
Pendaftaran perlu dilakukan mengikut kategori pemilikan kenderaan yang layak di bawah SKPS seperti berikut:
(i) Pemilikan Tunggal – kenderaan didaftarkan di bawah nombor kad pengenalan pemilik;
(ii) Syarikat – kenderaan didaftarkan di bawah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); atau
(iii) Koperasi/PBT – kenderaan yang didaftarkan di bawah Koperasi atau syarikat yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Syarikat boleh memohon secara atas talian menerusi Sistem MySubsidi (Modul Petrol) di pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my/
Penggunaan Fleet Card Pembelian petrol bersubsidi RON95 oleh syarikat pengangkutan darat awam dan barangan akan dilaksanakan melalui kaedah pengurusan Fleet Card. Penggunaan Fleet Card akan meningkatkan kecekapan kawal selia pemberian subsidi dan mengurangkan risiko ketirisan serta penyeludupan bahan api.
Syarikat pengangkutan yang telah berjaya mendaftar dalam SKPS perlu segera memohon Fleet Card daripada syarikat minyak pilihan dengan mengemukakan bersama dokumen Surat Kelulusan dan Senarai Kenderaan yang boleh dicetak daripada SKPS.
Syarikat dibenarkan untuk memilih sehingga maksiumum 3 syarikat minyak untuk permohonan Fleet Card daripada pilihan berikut:
PETRONAS : 1-300-88-8282 SHELL : 1-300-22-8181 PETRON : 1-800-88-8298 CALTEX : 1-800-88-3168 BHP : 03-7719 9499 FIVE : 03-2391 1555 Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Sebarang pertanyaan boleh dipanjangkan melalui emel [email protected]
Pertanyaan juga boleh dipanjangkan ke Pusat Panggilan SKPS bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang pada hari bekerja di talian 03-8882 5893/ 5894/ 5923/ 6667.
Apakah itu SKPS? SKPS ialah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi, inisiatif kerajaan melalui KPDN yang membolehkan syarikat pengangkutan (kenderaan awam / barang) mendapat subsidi petrol secara terkawal menggunakan Fleet Card.
Siapa yang layak mohon? Syarikat pengangkutan yang memiliki kenderaan yang tersenarai dalam jenis kenderaan awam atau barang yang diluluskan. Kenderaan mesti mempunyai cukai jalan yang sah, maklumat syarikat & wakil yang lengkap, dan syarikat memilih jenama minyak yang tersedia.
Bila permohonan SKPS / Fleet Card bermula? Permohonan dan pendaftaran boleh mula dibuat mulai 15 September 2025.
Apa maklumat yang diperlukan untuk permohonan SKPS? -Butiran syarikat (nama, SSM, alamat, wakil)
-Maklumat wakil syarikat
-Pilihan jenama syarikat minyak (antara PETRONAS, Shell, Petron, Caltex, BHP atau FIVE)
-Senarai kenderaan yang hendak didaftarkan di bawah subsidi.
Berapa lama tempoh sah laku subsidi selepas kelulusan? Kelulusan subsidi petrol adalah bergantung kepada tempoh sah laku cukai jalan kenderaan. Cukai jalan perlu dikemaskini sebelum 28 haribulan setiap bulan dan pembaharuan harus melangkaui bulan berikutnya untuk terus menerima subsidi.
Bagaimana cara mohon Fleet Card selepas SKPS diluluskan? Setelah mendapat kelulusan SKPS, pemohon perlu serahkan dua dokumen ke syarikat minyak pilihan:
-Surat Kelayakan Membeli Petrol Bersubsidi
-Senarai Kenderaan yang diluluskan
Berapa lama proses Fleet Card akan siap? Syarikat minyak memerlukan sehingga 14 hari bekerja untuk proses permohonan Fleet Card setelah permohonan lengkap dikemukakan.
Berapa jenama minyak yang boleh dipilih? Syarikat boleh memilih maksimum tiga (3) jenama syarikat minyak semasa memohon dalam Modul Petrol di MySubsidi. Jenama yang tersedia ialah PETRONAS, Shell, Petron, Caltex, BHP atau FIVE.
Apa yang berlaku jika Fleet Card hilang atau rosak? Jika rosak, sila hubungi syarikat minyak untuk proses penukaran.
Jika hilang, perlu buat laporan polis dan maklumkan syarikat minyak pilihan supaya kad boleh dibatalkan / diganti.
Bolehkah syarikat tukar jenama Fleet Card dalam setahun? Ya — syarikat boleh memohon pertukaran jenama syarikat minyak dalam sistem MySubsidi, tapi pertukaran jenama masih tertakluk kepada kelulusan dari syarikat minyak tersebut.
Apakah jenis kenderaan yang layak di bawah SKPS? Antara jenis kenderaan yang layak termasuk lori kargo am, semi panel van, lori luton/kotak, panel van, van perkhidmatan bergerak, lori kandang haiwan, van food catering, dan lain-lain.
Apa yang perlu dilakukan jika nombor pendaftaran perniagaan / maklumat JPJ tidak sama dalam sistem MySubsidi? Pengguna perlu kemaskini maklumat tersebut supaya selari antara dokumen rasmi seperti geran, JPJ, dan sistem MySubsidi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/skps-mysubsidi-kpdn/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=skps-mysubsidi-kpdn

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Perketat Kawalan Keselamatan Fasiliti Lng Di Bintulu Mkn

Kerajaan Perketat Kawalan Keselamatan Fasiliti Lng Di Bintulu Mkn

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 554 hits
Kerajaan Perketat Kawalan Keselamatan Fasiliti LNG Di Bintulu MKN KUALA LUMPUR 8 Sept Kerajaan mengarahkan semua fasiliti Liquefied Natural Gas atau gas asli cecair di Bintulu Sarawak untuk memperketat kawalan keselamatan serta merta susula...
Tular Di Media Sosial Mesin Terminal Pengesahan Subsidi Petrol Yang Baru

Tular Di Media Sosial Mesin Terminal Pengesahan Subsidi Petrol Yang Baru

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 611 hits
Views 2 Kita dah masuk zaman AI tak kanlah nak beratur lagi macam zaman 90an Tak dipastikan kesahihannya tapi dalam video yang lain dengan mesin yang sama individu dalam video beberapa kali menyebut ia adalah sistem pengesahan untuk BUDI Pa...
Sektor Pengangkutan Darat Awam Barangan Ini Layak Daftar Skps Untuk Subsidi Petrol Ron95

Sektor Pengangkutan Darat Awam Barangan Ini Layak Daftar Skps Untuk Subsidi Petrol Ron95

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 620 hits
Sektor Pengangkutan Darat Awam Barangan Ini Layak Daftar SKPS Untuk Subsidi Petrol RON95 Syarikat pengangkutan darat awam dan barangan yang tersenarai boleh mula memohon manfaat subsidi petrol RON95 melalui Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi ...
Treler Hilang Kawalan Rempuh Pos Polis Bantuan Felda Kechau 8

Treler Hilang Kawalan Rempuh Pos Polis Bantuan Felda Kechau 8

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 989 hits
Treler Hilang Kawalan Rempuh Pos Polis Bantuan Felda Kechau 8 KUANTAN 17 Sept Sebuah treler merempuh Pos Kawalan Polis Bantuan Felda Kechau 8 di Kuala Lipis pagi tadi menyebabkan pemandu dan seorang anggota polis bantuan cedera Ketua Polis ...
Kpdn Terima Dua Aduan Kenaikan Harga Barangan Sara Mykasih

Kpdn Terima Dua Aduan Kenaikan Harga Barangan Sara Mykasih

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 1577 hits
KPDN Terima Dua Aduan Kenaikan Harga Barangan SARA MyKasih KUCHING 7 Sept Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menerima dua aduan berkaitan kenaikan harga barangan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah dan MyKasih Ketua ...
Percubaan Sistem Imigresen Niise Mulai 22 September Bakal Gantikan Sistem Kod Qr

Percubaan Sistem Imigresen Niise Mulai 22 September Bakal Gantikan Sistem Kod Qr

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 1076 hits
Kementerian Dalam Negeri mengumumkan pelaksanaan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional secara percubaan di Kompleks Sultan Abu Bakar dan Bangunan Sultan Iskandar Johor bermula 22 September 2025 hingga 28 Februari 2026
Penguatkuasa Kpdn Wajah Ketegasan Yang Lembut

Penguatkuasa Kpdn Wajah Ketegasan Yang Lembut

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 1319 hits
Penguatkuasa KPDN Wajah Ketegasan yang Lembut JMBELOG Penguatkuasa KPDN Wajah Ketegasan yang Lembut Dalam hiruk pikuk pasar dalam lenguh derap langkah pengguna yang mencari barang harian ada satu pasukan yang mungkin jarang kita lihat tetap...
Fines On Sin Chew Sinar Harian An Attempt To Bully Media Says Pas

Sarawak Craft Brewer Withdraws Santubong Beer After Backlash

Pm Anwar Gesa Isu Sempadan Thailand Kemboja Dibawa Ke Meja Rundingan Melalui Jbc

Rakaman Video Nahas Ufo Dimuat Naik Di Arkib

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Amira Othman Tak Pernah Terlintas Dalam Hati Saya Cemburu Dengan Rezeki Kakak

Media Council Concerned Over Excessive Fines On Sin Chew Sinar

Paper Bowl Printing Pilihan Praktikal Stylish Untuk Produk Makanan Panas Sejuk

Thailand Kemboja Kembali Tegang Anwar Seru Isu Dibawa Ke Meja Rundingan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Butuh Sertifikasi Halal Inilah Jasa Pendamping Halal Pontianak Yang Bisa Membantu

Perjalanan 15 Tahun Pekerjaan Paling Asyik Adalah Hobi Yang Dibayar

Kehilangan Dua Orang Dalam Sebulan Hanya Doa Mengiringi

Sambutan Maulidurrasul 1447h Peringkat Pasir Gudang Johor

Hantu Cinta Kamu

Bila Kebaikan Jadi Luka