Myspp Atas Talian Daftar Login Mohon Jawatan Kosong 2023


 

mySPP Atas Talian: Daftar,Login & Mohon Jawatan Kosong 2023. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, makluman kepada semua pembaca kami akan kongsikan bersama anda berkaitan cara mohon Online bagi jawatan guru dan pendidik.
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah mengumumkan bahawa mulai 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan anggota perkhidmatan pendidikan akan menggunakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP).
Ini bagi memastikan setiap permohonan jawatan bagi anggota perkhidmatan pendidikan dapat diselaraskan di bawah satu sistem permohonan sahaja.
Untuk pengetahuan, SPP yang ditubuhkan pada 1 Januari 1974 merupakan badan yang dipertanggungjawabkan untuk anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.
SPP menjalankan fungsi tersebut adalah mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan.
Untuk yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Info Kerjaya 2023, bantuan rasmi daripada kerajaan dan maklumat semasa ke semasa anda boleh ikuti telegram maklumat terpantas di Malaysia:

mySPP Atas Talian: Daftar,Login & Mohon Jawatan Kosong 2023 Pendaftaran Sistem mySPP
Bagi pengguna yang ingin mendaftar di dalam sistem mySPP untuk kali pertama, adalah dinasihatkan untuk menggunakan Google Chrome Version 48.0.2564 ke atas, Mozilla Firefox 45.0 ke atas atau Internet Explorer (IE) 11.0.9600.18499 dengan resolusi minima skrin 1024 x 768
Pengguna juga diingatkan perlu mengaktifkan javascript di pelayar web yang digunakan.
Pendaftaran kali pertama di dalam sistem mySPP boleh dilakukan melalui langkah-langkah berikut:
Layari laman web mySPP iaitu https://myspp.spp.gov.my/ Klik pada butang ‘Daftar Akaun Baru’. Pemohon perlu memasukkan maklumat-maklumat berikut:
 Maklumat asas- No. kad pengenalan, nama penuh, no. telefon bimbit, dan alamat emel. Soalan keselamatan- Nama ibu dan negeri kelahiran pemohon. Maklumat kata laluan  Kod keselamatan Setelah kesemua maklumat tersebut diisi, klik butang ‘Daftar.’ Jika pengguna ingin mengisi semula maklumat, klik butang ‘Semula.’
Pemohon akan menerima paparan ‘Tahniah! Pendaftaran Berjaya!’ yang merujuk kepada pendaftaran telah berjaya dilakukan.
Namun, pemohon mungkin mendapat beberapa paparan lain iaitu:
Kata Laluan dan Sahkan Kata Laluan Tidak Sama:’ Kata laluan yang diberikan adalah tidak sama dengan pengesahan.  ‘Kod Keselamatan Salah:’ Kod keselamatan perlu dimasukkan dengan betul kerana kod tersebut adalah case-sensitive.  ‘Maaf! No K/P atau nama tidak tepat. Sila masukkan No K/P dan nama seperti yang tertera di Kad Pengenalan:’ No Kad Pengenalan tidak dimasukkan dengan betul.  ‘Maaf pendaftaran tidak berjaya. Sila hubungi Hotline SPP atau SISPAA-SPP:’ Pemohon bukan warganegara atau pemastautin tetap atau telah meninggal dunia atau maklumat tidak sah oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Baca juga artikel lain:
Bantuan E-Pemula:Cara Semakan, Permohonan RM200 Untuk B40 & M40
Panduan Dapat Duit Di TikTok Affiliate Malaysia 2023
Kemaskini Maklumat Pemohon
Setelah pemohon berjaya untuk mendaftar di dalam mySPP, pemohon boleh mula mengemaskini maklumat peribadi di dalam portal tersebut
Langkah-langkah mengemaskini maklumat peribadi adalah seperti berikut:
Login portal mySPP dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan. Pada paparan maklumat pemohon, sila masukkan semua maklumat peribadi yang diperlukan. Setelah selesai memasukkan semua maklumat peribadi, tekan butang ‘Simpan’ di bawah. Kemudian, tekan di bahagian ‘Maklumat Akademik’ di kiri paparan. Pemohon perlu memasukkan semua keputusan peperiksaan yang pernah diambil pemohon merangkumi:
i) PT3/PMR/SRP/LCE
ii) SPM/MCE/SPM(V)
iii) Peperiksaan Tambahan
iv) STPM/STP/HSC
v) Pengajian Tinggi
vi) Profesional Pemohon yang mengisi butiran setiap peperiksaan perlu menakan butang ‘Simpan’ di bawah paparan. Kemudian, pada bahagian ‘Sukan dan Persatuan,’ isikan maklumat sukan dan persatuan yang pernah disertai oleh pemohon di setiap peringkat dan klik ‘Simpan.’ Pada bahagian ‘Rekacipta / Pencapaian’ isikan jenis reka cipta dan pencapaian khas pemohon jika ada dan kemudiannya klik ‘Simpan.’ Kemudian, menu akan dipaparkan iaitu“Adakah anda sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam/Kerajaan Tempatan/Badan Berkanun/Polis?” Jika jawapan pemohon ialah ‘Ya,’ pada bahagian ‘Pegawai Sedang Berkhidmat’ klik sub-menu ‘Pengalaman Bekerja di Sektor Awam’ dan isikan maklumat diperlukan dan kemudian klik ‘Simpan.’ Pada bahagian ‘Maklumat Tambahan’, pemohon perlu mengisi pada makuma-maklumat berikut:
i) Bakat/Kebolehan Bahasa
ii) Bekas Tentera/Polis (jika berkenaan)
iii) Penerima Bantuan/Kurang Upaya (jika berkenaan) Pemohon perlu menekan butang ‘Simpan’ di setiap bahagian terbabit setelah selesai mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan. Permohonan Jawatan Disini kami kongsikan bagaimana untuk memilih Permohonan Jawatan di Perkhidmatan Pendidikan.
Setelah melengkapkan maklumat pemohon, pemohon boleh memohon jawatan yang ditawarkan.
Berikut merupakan langkah-langkah untuk memohon jawatan di dalam portal mySPP:
Klik pada bahagian ‘Jawatan Dimohon’, dan klik sub-menu ‘Jawatan SPP’ dan klik sub-menu ‘Jawatan PDRM/LAIN.’ Pilih jawatan pada ruang ‘Jawatan Yang Layak Dipohon,’ klik ‘>>’ bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’ Jika pemohon ingin membatalkan permohonan jawatan yang telah dipohon, sila pilih jawatan tersebut di ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’ dan tekan butang ‘<<.’ Pemohon perlu memilih Pusat Temuduga / Ujian Khas daripada senarai yang diberikan. Kemudian tekan butang ‘Simpan’ untuk menyimpan maklumat yang telah diisi. Klik pada bahagian ‘Pengakuan Pemohon’ dan pastikan semua maklumat yang telah diisi adalah betul. Klik pada kotak ‘Saya setuju’ dan tanda ‘√’ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan. Kemudian, klik butang ‘Hantar.’ Pemohon dibenarkan memohon seberapa banyak jawatan yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, pemohon dinasihatkan supaya memilih jawatan yangbersesuaian dengan kelayakan akademik yang dimiliki serta berminat dengan jawatan yang dipilih.
Semakan Permohonan mySPP Pemohon yang ingin menyemak permohonan mereka boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
Klik pada bahagian ‘Semakan Permohonan.’ Skrin akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan. Sekiranya paparan ‘Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan,’ ini bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar. Jika paparan yang dipaparkan “Tidak Melepasi Syarat-Syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan atau Kementerian.
Soalan Lazim Saya telah mendaftar di mySPP dan terdapat kesilapan maklumat semasa pendaftaran, bagaimanakah untuk memperbetulkan kesilapan tersebut? Pemohon boleh memperbetulkan kesilapan maklumat dengan log masuk ke mySPP dan mengemas kini maklumat yang silap di bahagian ‘Maklumat Pemohon.’
Sekiranya saya telah membuat pendaftaran dan tersalah memasukkan no. kad pengenalan. Apakah yang harus saya lakukan? Sekiranya pemohon tersilap memasukkan no. kad pengenalan semasa pendaftaran, sila adukan masalah terbabit kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP.
Bolehkah pendaftaran akaun saya dibatalkan? Pendaftaran yang telah dibuat tidak boleh dibatalkan dan hanya boleh dikemas kini.
Jika saya membuat permohonan jawatan baharu, adakah permohonan saya yang terdahulu akan terbatal? Ya, permohonan yang terdahulu akan terbatal sekiranya pemohon membuat permohonan baru. Namun begitu, sekiranya urusan permohonan terdahulu sedang diproses, urusan tersebut tetap akan diteruskan.
Adakah permohonan saya yang terdahulu masih sah? Permohonan masih sah jika masih dalam tempoh sah laku pendaftaran. Sah laku pendaftaran permohonan adalah selama 1 tahun dan sekiranya tempoh sah laku telah tamat, pemohon perlu mengemas kini semula dan menghantar pengakuan pemohon sekali lagi.
Sebarang permasalahan atau tersalah maklumat anda boleh buat pertanyaan & Info Lanjut Pemohon yang mempunyai pertanyaan dan info lanjut boleh menghubungi Talian Hotline mySPP di talian 03-8893 4019/4020/4021/4022.
Pemohon juga boleh memberikan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP) iaitu https://myspp.spp.gov.my/.
Semoga Perkongsian Ini Bermanfaat  Admin berharap semoga perkongsian ini membantu anda untuk mengisi permohonan ini.Di samping itu juga,anda juga boleh kongsikan perkongsian ini kepada orang lain atau rakan terdekat supaya dapat manfaat juga bersama.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/01/myspp-atas-talian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatan Kosong Nestle Februari 2023

Jawatan Kosong Nestle Februari 2023

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 345 hits
Jawatan Kosong Nestle Februari 2023 Nestl Malaysia Syarikat kami sedang mencari individu yang berdedikasi dinamik dan berorientasikan hasil untuk menyertai pasukan kami Kami menawarkan peluang kerjaya yang mencabar dan bermanfaat untuk indi...
Jawatan Kosong Terkini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2023

Jawatan Kosong Terkini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 250 hits
Jawatan Kosong Terkini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2023 Makluman SPRM berita terkini tentang kerja kosong khas kepada warganegara Malaysia Permohonan pekerjaan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong atau laman rasmi jab...
Iklan Jawatan Kosong Usim Februari Tahun 2023 Pelbagai Jawatan Menarik

Iklan Jawatan Kosong Usim Februari Tahun 2023 Pelbagai Jawatan Menarik

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 318 hits
Iklan Jawatan Kosong USIM Februari Tahun 2023 Pelbagai Jawatan Menarik USIM telah membuka pelbagai jawatan kosong kepada rakyat Malaysia Permohonan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong Pelbagai jawatan jawatan kosong telah dibuk...
Jawatan Kosong Keretapi Tanah Melayu Berhad Tahun 2023

Jawatan Kosong Keretapi Tanah Melayu Berhad Tahun 2023

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 220 hits
Jawatan Kosong Keretapi Tanah Melayu Berhad Tahun 2023 Terkini info baru sahaja telah dibuka peluang kerjaya khusus untuk rakyat Malaysia Untuk makluman Permohonan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong Jawatan jawatan kosong tela...
Jawatan Kosong Uum Universiti Utara Malaysia Januari 2023

Jawatan Kosong Uum Universiti Utara Malaysia Januari 2023

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 208 hits
Jawatan Kosong UUM Universiti Utara Malaysia Januari 2023 Makluman terkini untuk seluruh rakyat Malaysia UUM di cawangan Sarawak kini menawarkan pengisian kekosongan jawatan bagi seluruh rakyat Malaysia Permohonan sekarang boleh dimohon di ...
Jawatan Kosong Polis Bantuan Januari 2023 Tanah Makmur Sdn Bhd

Jawatan Kosong Polis Bantuan Januari 2023 Tanah Makmur Sdn Bhd

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 186 hits
Jawatan Kosong Polis Bantuan Januari 2023 Tanah Makmur Sdn Bhd Info terbaru Makluman terkini daripada Tanah Makmur Sdn Bhd telah membuka peluang mengisi kekosongan anggota polis bantuan dikalangan rakyat Malaysia Permohonan ini ia boleh dim...
Str 2023 Login Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Semakan Status

Str 2023 Login Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Semakan Status

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 835 hits
Bantuan STR 2023 Login Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan sumbangan ini sebagai bantuan tunai B40 yang diperuntukkan o...
Mystr Str Login Masuk Bantuantunai Hasil Gov My 2023

Mystr Str Login Masuk Bantuantunai Hasil Gov My 2023

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 878 hits
MySTR STR Login Masuk bantuantunai hasil gov my 2023 Kepada penerima BKM sebelumnya pasti ingin membuat semakan mengenai status kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 2023 Untuk makluman semua anda kini boleh membuat semakan melal...
Daftar Lengkap Nominasi Piala Oscar 2023 Ada Film Favorit Kamu

Daftar Lengkap Nominasi Piala Oscar 2023 Ada Film Favorit Kamu

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 171 hits
Bakal digelar pada 12 Maret 2023 Piala Oscar tahun ini menghadirkan total 23 kategori di dalamnya
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025