Mysalam Covid 19 Bayaran Rm50 Sehari Jika Dikuarantin Atau Disahkan Positif


KRU mySalam sentiasa membantu golongan B40 di kios yang disediakan di hospital kerajaan di seluruh negara.
Skim mySalam: Pesakit Covid-19 layak dapat RM50 sehari

Tahukah anda, individu berpendapatan rendah atau mereka yang tergolong dalam kumpulan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) Covid-19 boleh menerima RM50 sehari sebagai ganti pendapatan mereka yang terjejas di bawah pelan perlindungan mySalam Covid-19.

Dalam pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelan itu akan dikembangkan merangkumi mereka yang dikuarantin sebagai PUI untuk membuat tuntutan sepanjang 14 hari kuarantin yang diwajibkan.

Berikut dikongikan serba sedikit tentang MySalam Covid-19 dan cara membuat tuntutan (claim) RM50/sehari sekiranya anda dikuarantin. Apakah Skim MySalam? Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.

Antara manfaat MySalam ialah mereka yang dilindungi dapat menuntut RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari, termasuklah kuarantin 14 hari yang diwajibkan untuk mengekang Covid-19.

Perlindungan mySalam untuk golongan B40 telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2019.Manakala perluasan perlindungan mySalam berkuatkuasa 1 Januari 2020.


Syarat Kelayakan MySalam Covid-19Antara syarat kelayakan Skim MySalam Covid-19 ini adalah penerima BSH yang:
Berumur antara 18 hingga 65 tahun;Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.Mereka yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019.

Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh e-mel terus kepada pihak mereka di [email protected] atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Bagi penerima manfaat MySalam, tuntutan COVID-19 boleh dibuat bagi 2 keadaan ini:
Pesakit yang disahkan positif menghidap COVID-19Pesakit yang disyaki menghidap COVID-19 atau sedang menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia (PUI) – (Takrifan PUI boleh dirujuk melalui laman web Kementerian Kesihatan Malaysia melalui pautan ini :https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Garis%20Panduan/COVID19/Annex_1_case_definition_COVID_22032020.pdf)NOTA: Sebarang tuntutan bagi self-quarantine tidak akan dibayar. Tuntutan yang dikemukakan kepada mySalam perlu disertakan bersama perintah isolasi bagi pesakit disyaki COVID-19 atau pengesahan diagnosis COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Cara Semak Kelayakan MySalamUntuk menyemak kelayakan, anda boleh juga melakukannya secara online dengan langkah berikut:
Layari www.mysalam.com.myMasukan kad pengenalan tanpa(-)Klik semakDi ruangan bawah akan dinyatakan sama ada anda LAYAK ATAU TIDAK LAYAK sebagai penerima manfaat MySalam.Cara Buat Tuntutan MySalam Covid-19Tuntutan kepada mySalam perlu dikemukakan secara muat naik salinan dokumen ke portal mySalam atau secara manual melalui kios MySalam.
Sila ikuti langkah berikut:
Log masuk ke portal mySalam menggunakan nombor kad pengenalan penerima/ pasangan kepada penerima Bantuan Sara Hidup, dan kata laluan.Laman web mySalam: www.mysalam.com.myAplikasi MySalam : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.rexit.mysalam&hl=en&gl=USKlik ‘Tuntutan’ diikuti oleh ‘Penyerahan Tuntutan’Pilih ‘Tuntutan Hospitalisasi’ mengikut kategori yang anda pilih. Terdapat 3 pilihan iaitu:Pesakit Positif Covid-19Disyaki Covid-19 dan ditahan di pusat kuarantin KKMDisyaki Covid-19 dan diarahkan KKM kuarantin di kediaman sendiri.Isikan butiran berikut:Tarikh masuk wad / mula kuarantinTarikh keluar wad / tamat kuarantinNama hospital / premis bukan hospital (bagi kes kuarantin)Sila muat naik dokumen berikut dan klik ‘Lampirkan’Kad pengenalan (depan & belakang)Nota discaj (kemasukan wad sahaja)Surat perintah kuarantin KKM (kes kuarantin sahaja)Klik ‘Hantar’ kemudian klik ‘Saya Setuju’ dan permohonan anda akan diproses.Status tuntutan akan dikemaskini secara automatik setelah tuntutan anda disahkan.Sila hubungi hubungi pusat panggilan mySalam di talian 1 300 88 8938 untuk pertanyaan lanjut atau bantuan set semula kata laluan.Untuk membuat proses tuntutan secara manual, anda boleh juga pergi ke mana-mana kios MySalam dengan membawa salinan Kad Pengenalan dan Dokumen yang diperlukan.

Untuk mengetahui lokasi kios MySalam, sila lihat senarai penuh di SINI (Rujuk FAQ No 28).

Muat Turun Aplikasi MySalamLink aplikasi MySalam di Google PlayStore: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.rexit.mysalam&hl=en&gl=US
Cara buat tuntutan / claim duit kuarantin langkah demi langkah melalui apps MySalam adalah seperti berikut:
Download dulu apps MySalam.
Pertama kali daftar tekan log masuk kali pertama.
Masukkan nombor kad pengenalan. Tekan hantar.
Anda akan menerima kata laluan sementara.
Guna kata laluan sementara ini untuk log masuk kali pertama.
Lepas tu boleh login dan tukar kata laluan sendiri.
Lepas tu dah boleh buat tuntutan.
Pastikan kemaskini profil terlebih dahulu.
Kemudian sediakan dokumen.
Baca syarat-syarat.
Isikan borang tuntutan.
Muat naik dan dan lampirkan dokumen yang diperlukan.
Dokumen yang diperlukan :
1- Kad Pengenalan2- Surat perintah kuarantin dari KKM3- Surat pelepasan kuarantin dari KKM4- Akaun bank pemohon5- No telefon yg aktif Maklumat LanjutJika ada sebarang pertanyaan berkaitan proses tuntutan, anda boleh membuat pertanyaan di talian 1 300 888 938
atau
E-mel melalui [email protected]
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web MySalam dan FAQ MySalam Tuntutan Covid-19


KRU mySalam sentiasa membantu golongan B40 di kios yang disediakan di hospital kerajaan di seluruh negara.
PETALING JAYA – Rakyat Malaysia yang layak di bawah Skim Perlindungan Kesihatan Nasional mySalam boleh menuntut faedah penggantian pendapatan RM50 sehari untuk maksimum 14 hari setahun sekiranya dimasukkan ke hospital kerajaan akibat jangkitan Covid-19.

MySalam dalam kenyataannya berkata, perlindungan itu turut diberikan kepada individu yang dikuarantin akibat jangkitan virus sama di rumah atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

“Ini selari dengan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Bagaimanapun perlindungan ini tidak tertakluk kepada individu yang melakukan kuarantin kendiri.

“Tuntutan mestilah dilakukan melalui laman rasmi mySalam. Dokumen yang diperlukan adalah surat arahan kuarantin atau surat pelepasan kuarantin yang dikeluarkan KKM,” kata kenyataan itu semalam.

Menurut kenyataan itu, pesakit Covid-19 yang dilindungi oleh mySalam boleh juga membuat tuntutan bagi manfaat hospitalisasi sebanyak RM50 sehari terhad kepada 14 hari dalam setahun sekiranya mereka dimasukkan ke hospital bagi penyakit lain.

Antara Mac 2020 dan Jun 2021, pengelola skim Great Eastern Takaful Berhad telah membayar sebanyak RM76 juta tuntutan Covid-19 kepada 140,000 penerima.

Ia sebagai salah satu langkah memberi bantuan kepada golongan berpendapatan rendah yang terkesan akibat pandemik.

“Kaunter mySalam disediakan di 141 hospital awam dan universiti di seluruh negara sekiranya orang ramai ingin mendapatkan maklumat dan bantuan penghantaran tuntutan,” katanya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan bantuan Covid-19 di bawah Skim mySalam, sila layari laman rasmi mySalam https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=main_EN. – K! ONLINE



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/07/mysalam-covid-19-bayaran-rm50sehari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Xiumin Exo Disahkan Positif Covid 19 Ahli Lain Jalani Kuarantin Kendiri

Xiumin Exo Disahkan Positif Covid 19 Ahli Lain Jalani Kuarantin Kendiri

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 356 hits
Semakin ramai selebriti Korea yang disahkan positif COVID 19 sejak kebelakangan ini Terbaru Xiumin daripada kumpulan popular EXO telah disahkan positif virus berkenaan Menurut agensinya Hello ini ialah SM Entertainment Kami ingin memaklumka...
Ji Changwook Disahkan Positif Covid 19

Ji Changwook Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 293 hits
Sejak kebelakangan ini industri hiburan Korea diserang ketakutan akibat kes positif COVID 19 yang kian meningkat dalam kalangan selebriti Terbaru menurut sumber media pelakon Ji Chang wook dikhabarkan positif COVID 19 dan kini sedang dalam ...
Hiburan 10 Ahli Keluarga Aiman Tino Disahkan Positif Covid 19

Hiburan 10 Ahli Keluarga Aiman Tino Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 287 hits
Bapa kepada penyanyi Aiman Tino Yusri Ishak memaklumkan bahawa dia dan isteri Hazelina berserta 8 lagi anak mereka telah disahkan positif COVID0 19 sejak sepuluh hari yang lalu Yusri bersama isteri Nurisfasha 19 Haikal 15 Alya Mahsuri 12 Nu...
Lelaki Meninggal Dunia Hadapan Rumah Disahkan Positif Covid 19

Lelaki Meninggal Dunia Hadapan Rumah Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 335 hits
Sungai Petani Lelaki yang mengadu sakit dada dan ditemukan meninggal dunia di hadapan sebuah rumah di Kampung Padang Tikam Batu di sini semalam disahkan positif Covid 19
Yoo Jaesuk Dikuarantin Lepas Kontak Rapat Staf Positif Covid 19 Penggambaran The Sixth Sense 2 Ditunda

Yoo Jaesuk Dikuarantin Lepas Kontak Rapat Staf Positif Covid 19 Penggambaran The Sixth Sense 2 Ditunda

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 478 hits
Yoo Jae suk khabarnya sedang menjalani kuarantin kendiri selepas menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID 19 Menurut laporan pengacara itu menjadi kontak rapat selepas menjalani penggambaran program You Quiz On The Block pada 21 Julai lalu...
Berusia 67 Tahun Ramai Risau Kim Changwan Disahkan Positif Covid 19

Berusia 67 Tahun Ramai Risau Kim Changwan Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 322 hits
Merisaukan apabila pelakon veteran Kim Chang wan disahkan positif COVID 19 baru baru ini Menurut laporan media lelaki itu menerima keputusannya kelmarin dan merupakan pembawa tidak bergejala Merupakan seorang DJ tetap untuk SBS Power FM Bea...
Kasus Positif Covid 19 Di Kaltim Tembus 2 000 Orang Sehari

Kasus Positif Covid 19 Di Kaltim Tembus 2 000 Orang Sehari

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 248 hits
Penambahan kasus positif harian Covid 19 di Kalimantan Timur mencapai rekor 2 106 hari ini Penambahan itu mengerek angka kasus positif aktif menjadi 19 613 kasus
Sidang Ditangguh Ke 5 15 Petang Pula Lepas Dua Kes Positif Covid 19 Dikesan

Sidang Ditangguh Ke 5 15 Petang Pula Lepas Dua Kes Positif Covid 19 Dikesan

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 260 hits
malaysiakini comDiterbitkan 29 Jul 2021 3 01 pmDikemaskini 3 52 pmPARLIMEN Sidang Dewan Rakyat akhirnya ditangguhkan ke jam 5 15 petang ini apabila timbalan speaker mengejutkan ramai dengan mengumumkan ada dua kes positif Covid 19 dikesan d...
Stay Positif Sepanjang Pandemik Covid 19

Stay Positif Sepanjang Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 224 hits
Stay Positive Sepanjang Pandemik Covid 19 Setiap hari kita mendengar peningkatan kes Covid 19 yang tinggi sepanjang bulan Julai ni Memang menakutkan dan ada sahaja berita berita dari kenalan atau keluarga terdekat yang dijangkiti Moga denga...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Berulang Tahun Dicky Difie Dapat Kiriman Karangan Bunga Tak Biasa Dari Andre Taulany Lucu Terus

The Timeless Spell Of Rome S Oldest Churches

Nooohhhhh Punya Kawaq

Maksud Dia Boleh Fitnah Ok Ja Pas Halalkan Gitu La Gamoknye

Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki