Aku suka datang jogging dekat Taman Jaya ini pepagi, malam pun pernah datang if aku ada masa lapang. Aku selalu datang dengan housemate tak pernah lagi datang sorang. Kalau pergi dengan Wan dia suka jadi peneman duduk dekat bangku, aku gerak sorang. Kalau datang Titiwangsa, memang tak berapa nak tenang sangat nak jogging, kau asyik bertebung dengan orang naik basikal. Tersangkut perjalanan kau nak jogging. Sini okaylah, pepagi tak berapa sesak sangat, petang ramai orang sikit tambah-tambah hujung minggu ramai parent datang riadah dekat taman ini
Habis jogging badan rasa ringan dalam pada masa yang sama segala perkara serabut dalam kepala otak aku ini hilang kejap. Bila menjelang hari Isnin sahaja mesti aku rasa stress gila, aku tak berapa suka sembang perihal kerja dalam blog. So, bagi mengelakkan aku down, aku cari benda yang aku suka buat pada hujung minggu. Aku buat apa yang aku suka buat. Stress stress pun dah genap setahun aku kat sini
Banyak kali aku datang sini, tak pernah tahu akan kewujudan Muzium ini. Dekat luar pula ada pusat bacaan. If korang pergi jogging, anak-anak bolehlah datang membaca dekat sini. Tapi ada lagi ke budak-budak ulat buku? Waktu aku sekolah rendah sempatlah merasa pinjam buku dekat bas bergerak. Seminggu 1 kali dekat akan datang. Budak-budak diberi tempoh dalam 2 minggu if nak pinjam buku

Tak mampu nak pergi gym? Apa ada hal, sini pun ada alat senaman, peluh ketiak juga. Jimat pun jimat. Haritu aku nyaris juga nak jadi ahli gym dipengaruh dengan kawan bilik aku sorang ini. Bila pikir-pikir balik, bila je aku boleh pergi. Pergi kerja 7.30am balik dekat pukul 9.00pm. Balik dah penat, kemas diri terus tidur. Kalau pergi weekend je rasa membazir pula beratus ringgit hais dekat gym. Membazir kan amalam syaitan. Guna jerlah kemudahan awam yang disediakan. Ada baiknya juga
Hampir 2 jam lepak dekat Taman Jaya ini sambil menunggu Amcorp Mall buka. Selalu datang jogging sini tak pernah masuk lagi. Nak masuk Giant nak beli barang basah sikit sambil tu datang sarapan sekali dekat Little Baba, bersebelahan dengan Secret Recipe
Not bad menu dekat sini, sedap pun sedap. Aku dengan Wan order menu yang sama, satu set ada roti bakar, telur 3 suku, teh tarik (1 set = RM6.00) Bolehlah tak mahal mana pun.
Bila perut dah kenyang pulanglah ke rumah. Ketiak dah basah, alang-alang dah lencun pulun kemas rumah pula. Dah selesai kemas rumah barulah dapat layan VIU + mengadap blog. Bila dapat masa untuk diri sendiri, kau rasa tenang gila, tak ada gangguan dari orang luar pun melainkan kau ganggu orang|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |