Mykori Dessert Cafe Kota Kemuning
Assalamualaikum Hai
Mykori Dessert Café, Kota Kemuning. I'm a dessert lover. Kalau ada dessert atau makanan manis, memang mostly Nad boleh makan. So, bila haritu viral tentang Mykori ni memang berhajat betul nak try. Google punya google, jumpa cawangan yang boleh dikatakan dekat dengan rumah. Nasib baik Mykori Dessert Café ada dekat Kota Kemuning. Kalau tak, mungkin sampai sekarang Nad masih tak merasa lagi 'ABC Jepun' ni.
Disebabkan adik Nad tu pun boleh tahan kuat makan dia, so semestinya lah Nad pergi dengan dia. Senang gerak dari rumah sekali. Gamble je main pergi, nasib baik café bukak waktu kami pergi tu. Pergi pun dah petang lebih kurang dalam pukul 5 ke 6 petang, café separuh penuh dengan customer. Untuk Mykori Dessert Café yang terletak di Kota Kemuning ni, café agak luas dan sesuai untuk datang bersama keluarga
Kalau ada Nampak banner and white board tu, ini lah café nya. Kadang-kadang terlepas pandang sebab di tingkat 1. Bawah tu ada banyak lagi café lain
Nad teringin nak try Watermelon Kakigori atau Honeydew Kakigori sebab tengok 2 menu tu macam famous, tapi adik Nad kata dia taknak yang tu. Hahahah terus tak jadi nak beli apa yang Nad pilih. Akhirnya kami beli Strawberry Yogurt Kakigori (RM22) dan Kakigori Boru Ice Bowl (RM13).
Strawberry Yogurt Kakigori
Kakigori Boru Ice Bowl
Untuk order Ice Bowl;1) Pilih nak ice flavor milk OR yogurt. Nad pilih yogurt, so kena tambah lagi RM1. 2) Pilih 3 toppings. Kami pilih cookie crunch saja. 3) Pilih 1 scoop ice cream flavour. Kami pilih flavor vanilla
Nasib baik dua-dua yang kami pilih ni sedap ehehe. Basically dua-dua rasa sama je sebab ice dia Nad pilih flavor yogurt. Cuma perisa dia depends on topping dan flavor ice cream yang dipilih. Sama je macam ABC tepi jalan cuma sedap manis-manis gitu dengan kehadiran yogurt pada ice. Sejenis dessert lover macam Nad ni confirm suka lah dengan dessert sebegini
Selain dari Kakigori dan Ice Bowl, Mykori Dessert Café juga terkenal dengan Shibuya Toast (macam cake) dan Taiyaki (cake/waffle Jepun yang berbentuk ikan). Lepas dah pergi baru Nad tau dessert ni agak famous. Lepasni kalau pergi lagi Nad nak try Kakigori flavor lain dan juga Taiyaki semestinya! Setakat ni yang Nad tau Mykori Dessert Café ada cawangan dekat SS2, Setia Alam, Kepong, Puchong, dan banyak lagi. So boleh lah korang pergi cawangan yang bredekatan dengan tempat korang
Dahi teruk betul time bulan 7 haritu wei 😂😂😂Entry peram 4 bulan baru reti nak publish
Waktu operasi Mykori Dessert Cafe
Mykori Dessert Café
Facebook : Mykori Dessert Café
Instagram : @mykoridessertcafe
P/s : Buat dessert lover, diyakini anda akan suka dessert ni :p
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nadnary.com/2018/11/mykori-dessert-cafe-kota-kemuning.html