Myjanjitemu Jpn Untuk Buat Kad Pengenalan Akif


MyJanjiTemu JPN Untuk Buat Kad Pengenalan Akif | 5.3.2021 maka genaplah umur Akif 12 tahun. Ok dah 12 tahun ni, kenalah buat kad pengenalan untuk gantikan mykid dia. Tapi sekarang ni kalau nak buat kad pengenalan kat JPN, bukan boleh main terjah camtu jer korang. Sekarang ni kalau ada urusan di Jabatan Pendaftaran Negara JPN, korang perlu buat janji temu dulu baru boleh berurusan. Kalau korang terus pi terjah jer, korang takkan di layan sama sekali. Jangan pulak nanti korang terkebil kebil kat depan Jabatan Pendaftaran Negara JPN sebab tak dibenarkan masuk kerana takde slip pendaftaran janji temu. Musim Covid 19 sekarang ni bukan boleh suka suka main terjah jer tempat orang tau. Kena buat janji temu dulu

Bagaimana pulak cara nak buat permohonan janji temu ni? Senang sangat jer, hanya secara online sahaja. Korang search MyJanjiTemu JPN atau boleh terus layari laman mytemujanji JPN di pautan https://mytemujanji.jpn.gov.my . KakYa nak bagitau kat korang, bukan untuk buat kad pengenalan jer kena buat janji temu tapi SEMUA permohonan yang melibatkan perkhidmatan yang membabitkan JPN perlu buat permohonan MyJanjiTemu JPN terlebih dahulu. Kalau tak, sila say hai hai bye bye jer


Ok bila dah masuk kat pautan link di atas, korang boleh la isi semua butiran yang diperlukan. Klik kat MULA TEMPAHAN. Korang baca dulu semua terma dan syarat permohonan online sistem MyJanjiTemu JPN dan klik SETUJU


Pejabat JPN yang boleh dipilih adalah pejabat JPN yang disenaraikan dalam pilihan jer. Korang kena check dulu kat pilihan korang kot kot pilihan korang tu cawangan yang tak beroperasi. Nanti korang boleh jer klik senarai cawangan JPN yang beroperasi bagi memudahkan korang untuk buat pilihan. Ada pilihan jugak untuk korang lebih jelas mana cawangan yang tak beroperasi. Klik je untuk tahu lebih lanjut. Sangat sangat memudahkan guna sistem camni sebab kita dah diberi pilihan kat situ


Bagi memudahkan korang, KakYa sertakan jadual waktu operasi kaunter JPN dalam tempoh kawalan pergerakan bersyarat PKPB. Korang boleh rujuk jadual kat bawah untuk lebih maklumat. Kalau tak berapa nampak klik pada gambar untuk lebih jelas


Berbalik pada borang tadi, korang perlu selesaikan dan isi semua maklumat yang dikehendaki seperti tertera


Dah selesai isi maklumat terus klik hantar dan korang akan dapat memo seperti kat bawah ni. Tu tanda tempahan korang dah pon berjaya. Kat hujung memo tu nanti, korang klik la pada bahagian SLIP TEMPAHAN


Ok kat bawah ni SLIP TEMPAHAN janji temu yang korang perlu tunjuk kat kaunter JPN nanti. Pastikan korang berada kat pejabat JPN 15 minit sebelum waktu temujanji. Kalau korang lewat dari masa yang ditetapkan, pihak JPN berhak membatalkan janji temu korang


Oh ya sebelum KakYa terlupa, korang jangan lupa pulak bawa semua dokumen lengkap yang diperlukan waktu temu janji nanti. Kan tak pasal pasal kena buat janji temu baru sebab dokumen tak lengkap. Rugi masa kat situ nanti. Jadi pastikan semua dokumen yang diperlukan lengkap sepenuhnya. Semak dulu banyak kali pon takpe takde masalah. Yang jadi masalah bila korang dah ada kat sana nanti tapi baru terhegeh hegeh nak semak tup tup ada dokumen yang tak lengkap. Haruuuu jadinya ...

Ada lagi KakYa nak bagitahu, untuk permohonan janji temu ni, korang boleh buat permohonan secara online seawal 1 hari dari tarikh janji temu sehingga 5 bulan dari tarikh semasa yang tertakluk pada kekosongan. Tapi, ha aaa ada tapi jugak. Kalau korang mempunyai simptom seperti demam dan batuk, korang tidak dibenarkan hadir berurusan dan perlu membuat tempahan janji temu semula. Perlu diingatkan kat sini bahawa permohonan janji temu di JPN adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) PKPB Majlis Keselamatan Negara

Untuk semakan permohonan kot kot la korang lupa nak print skrin slip tempahan, korang boleh ke laman MyJanjiTemu JPN dan klik pada SEMAK/BATAL PERMOHONAN. Isi maklumat korang dan klik SEMAK PERMOHONAN



Semoga perkongsian ini dapat memudahkan korang yang tengah duk mencari cara bagaimana nak buat kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara di musim pandemik Covid 19 ini. Semoga bermanfaat. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2021/03/myjanjitemu-JPN-untuk-buat-kad-pengenalan-akif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yeay Akif Dah Ada Kad Pengenalan

Yeay Akif Dah Ada Kad Pengenalan

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 1167 hits
Yeay Akif Dah Ada Kad Pengenalan Yeay akhirnya Akif dah dapat IC Dah remaja dah anak bongsu Umi ni Semalam Akif dah selamat buat IC kat Jabatan Pendaftaran Negara UTC Pahang Alhamdulillah dipermudahkan urusan anak Umi Sejam jer dah siap IC ...
Kpdnhep Cadang Pengenalan Lesen Khas Perniagaan Atas Talian

Kpdnhep Cadang Pengenalan Lesen Khas Perniagaan Atas Talian

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 225 hits
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kini dalam perancangan dan bercadang untuk memperkenalkan lesen khas perniagaan atas talian Langkah pengenalan lesen khas ini dijangka akan melindungi pengguna daripada menjadi man...
Samsung Dan Mastercard Membangunkan Kad Kredit Dengan Pengimbas Cap Jari

Samsung Dan Mastercard Membangunkan Kad Kredit Dengan Pengimbas Cap Jari

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 195 hits
Penipuan kad kredit mengakibatkan kerugian jutaan ringgit setahun Ia terlalu mudah digunakan jika nombor anda diketahui oleh si pencuri Penyelesaian yang ingin diambil oleh Samsung dan Mastercard ialah memperkenalkan sistem biometri sebagai...
Nokia Menjadualkan Pengenalan Peranti Baru Pada 8 April

Nokia Menjadualkan Pengenalan Peranti Baru Pada 8 April

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 328 hits
Nokia kini menjadualkan pengenalan peranti baru dibawah HMD Global pada 8 April 2021 akan datang Buat masa ini ia tidak diketahui lagi apakah peranti yang bakal diperkenalkan Jikalau melihat laporan baru baru ini Nokia dijangka akan hadir d...
Realme Mengacah Pengenalan Realme 8 Pada 24 Mac

Realme Mengacah Pengenalan Realme 8 Pada 24 Mac

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 201 hits
Realme kini telah menerbitkan sebuah video acah ringkas yang memperlihatkan mereka akan memperkenalkan penawaran terbaru dibawah siri Realme 8 seawal 24 Mac 2021 ini Mengikut apa yang diketahui sebelum ini Realme dijangka memperkenalkan dua...
Selamat Hari Lahir Ke 12 Akif Imtiyaz

Selamat Hari Lahir Ke 12 Akif Imtiyaz

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 294 hits
Selamat Hari Lahir Ke 12 Akif Imtiyaz 05 03 2009 itulah tarikh hari kelahiranmu wahai anakku Muhammad Akif Imtiyaz 05 03 2021 hari lahir Akif yang ke 12 12 tahun sudah usiamu wahai anak Selamat hari lahir sayang Umi dan abah Tak terasa masa...
Kad Grafik Nvidia Geforce Rtx 3080 Ti Bakal Hadir Dengan Penghad Melombong Kriptowang

Kad Grafik Nvidia Geforce Rtx 3080 Ti Bakal Hadir Dengan Penghad Melombong Kriptowang

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 187 hits
Beberapa minggu lalu kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 dilaporkan hadir dengan penghad melombong kriptowang yang mengurangkan produktiviti lombongan kriptowang Ethereum Terkini kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti yang akan dilancarkan ti...
Kad Lanyard Khas Bagi Penumpang Sakit Dapat Tempat Duduk Di Pengangkutan Awam

Kad Lanyard Khas Bagi Penumpang Sakit Dapat Tempat Duduk Di Pengangkutan Awam

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 242 hits
SINGAPURA Penumpang yang mempunyai masalah perubatan jangka panjang yang membuat mereka tidak boleh berdiri lama akan dapat menggunakan tanda pengecaman untuk membantu mereka mendapatkan tempat duduk di dalam bas dan kereta api di sini Mula...
15 Kad Pokemon Yang Disambung Lukis Diberi Nafas Baru Menjadi Sebuah Lukisan

15 Kad Pokemon Yang Disambung Lukis Diberi Nafas Baru Menjadi Sebuah Lukisan

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 617 hits
Lunumbra mempunyai banyak koleksi kad Permainan Pok mon asli yang lama tersimpan di dalam rumah dia kemudian mendapat satu idea telah membawa kad itu dan menghasilkan sebuah karya seni dengannya Menggunakan cat akrilik serta kemahiran meluk...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir