Mydin Lancar Program Kotak Sara Rahmah


MYDIN Lancar Program Kotak SARA Rahmah
MYDIN telah melancarkan inisiatif Kotak Sumbangan Asas RAHMAH (SARA) yang bernilai RM100 setiap satu. Ia mengandungi pelbagai barangan keperluan asas, termasuk produk keluaran Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata program itu akan meringankan beban rakyat dan memperkukuh ekosistem ekonomi domestik.
“Usaha ini selari dengan aspirasi Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) yang digerakkan oleh KPDN,” katanya yang turut hadir merasmikan inisiatif tersebut.
Menurutnya lagi, orang ramai berpeluang membeli dan menyumbangkan Kotak SARA RAHMAH kepada golongan yang memerlukan.
“Pengagihan kotak akan dilaksanakan oleh MYDIN dengan kerjasama KPDN melalui Program Bakul RAHMAH sedia ada meliputi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
“Bagi memastikan bantuan lebih bersasar dan inklusif, KPDN bersama MYDIN turut memperkenalkan pakej Bakul RAHMAH yang disesuaikan mengikut kumpulan sasaran seperti keluarga, warga emas dan mahasiswa.
BACA: Buat Pertama Kali, Mydin Nak Bagi ‘Sesuatu’, Lain Dari Yang Lain Untuk Pelanggan Musim Raya Ni “Lebih daripada sekadar sebuah kotak, inisiatif ini membawa agenda IHSAN Kerajaan MADANI bahawa setiap rakyat berhak merasai kasih sayang, solidariti dan sokongan tanpa mengira latar belakang.
“Kotak ini bukan sekadar berisi barangan asas, tetapi merupakan kotak harapan dan kotak kasih sayang,” ujarnya.
Beliau juga menyeru kepada semua pasar raya dan hypermarket di seluruh Malaysia agar mencontohi inisiatif MYDIN.
“Hari ini MYDIN mendahului, esok kita mahu lihat lebih ramai rakan industri tampil bersama.
“Penyertaan sektor swasta secara kolektif akan memperkukuh jaringan perlindungan sosial dan memperluaskan impak Inisiatif Payung RAHMAH kepada seluruh lapisan masyarakat,” katanya.
Ruziah dalam kenyataan turut mengatakan bahawa inisiatif terbabit merupakan cerminan falsafah Malaysia MADANI iaitu kerajaan menyediakan dasar, syarikat swasta menyumbang kepakaran dan sumber dan masyarakat bersama-sama menjayakan.
“Inilah wajah sebenar ihsan dalam pentadbiran negara. Kerajaan, sektor swasta dan rakyat berganding bahu demi kesejahteraan bersama.
“Ia mencerminkan prinsip keprihatinan, empati dan tanggungjawab sosial yang melangkaui keuntungan semata-mata.
“Dalam semangat ihsan, kita bukan sahaja memberi, tetapi memberi dengan kasih sayang dan keikhlasan demi membina negara yang lebih adil dan berperikemanusiaan.
“Tahniah juga diucapkan kepada MYDIN atas ulang tahun ke-68 penubuhannya dan semoga inisiatif ini menjadi inspirasi kepada semua pihak untuk terus menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan menjayakan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya.
The post MYDIN Lancar Program Kotak SARA Rahmah appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/26/mydin-lancar-program-kotak-sara-rahmah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kapasiti Terminal Sara Ditingkatkan 60 Peratus

Kapasiti Terminal Sara Ditingkatkan 60 Peratus

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 768 hits
Kapasiti Terminal SARA Ditingkatkan 60 Peratus KUALA LUMPUR 1 Sept Yayasan MyKasih telah meningkatkan kapasiti pemprosesan terminal Sumbangan Asas Rahmah sebanyak 60 peratus bagi memastikan kelancaran transaksi sumbangan berkenaan di seluru...
Design Kotak Hardcover Yang Menarik Tingkatkan Nilai Jualan Produk

Design Kotak Hardcover Yang Menarik Tingkatkan Nilai Jualan Produk

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 832 hits
Dalam dunia perniagaan moden packaging bukan sekadar pembungkus produk ia adalah wakil jenama anda Salah satu pilihan packaging yang semakin popular di kalangan peniaga kecil sederhana mahupun jenama besar ialah kotak hardcover Dengan rekaa...
Rm91mil Spent Under Sara Initiative In 2 Days

Rm91mil Spent Under Sara Initiative In 2 Days

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 984 hits
MyKasih records 1 45 million transactions cites high demand and weekend crowds SARA recipients can use the RM100 one off aid at more than 7 300 registered retail outlets nationwide until Dec 31 PETALING JAYA A total of RM91 million has been...
Who To Blame For Rm100 Sara Aid Roll Out Glitches Mof S Incompetence Or Kiasu Malaysians

Who To Blame For Rm100 Sara Aid Roll Out Glitches Mof S Incompetence Or Kiasu Malaysians

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2006 hits
THAT the Finance Ministry and MyKasih have apologised for technical issues that affected some retail outlets when processing transactions for the Sumbangan Asas Rahmah cash assistance on Merdeka Day has surely prompted the above question Gl...
Merdeka 68 Bantuan Sara Rm100 One Off Terbukti Bantu Ringankan Beban Rakyat

Merdeka 68 Bantuan Sara Rm100 One Off Terbukti Bantu Ringankan Beban Rakyat

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2676 hits
Orang ramai mengambil kesempatan membeli barangan keperluan asas di kaunter MyKasih yang menempatkan terminal pengesahan SARA di Kuala Terengganu Foto BernamaKUALA LUMPUR 31 Ogos Orang ramai mula memanfaatkan pemberian sekali beri RM100 di ...
Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 1827 hits
Dalam dunia bisnes kosmetik yang semakin kompetitif cara anda mempersembahkan produk sangat memainkan peranan penting Bukan sahaja isi kandungan produk yang dinilai tetapi juga bagaimana produk tersebut dibungkus dan dipersembahkan kepada p...
Printing Kotak Packaging Kek Pastry Custom Tarik Perhatian Pelanggan Dengan Design Eksklusif

Printing Kotak Packaging Kek Pastry Custom Tarik Perhatian Pelanggan Dengan Design Eksklusif

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 1901 hits
Dalam dunia bisnes makanan pembungkusan adalah kunci untuk mencipta impresi pertama yang menarik minat pelanggan Bagi pemilik kedai kek bakeri atau bisnes pastry kotak packaging custom bukan sekadar bekas ia adalah sebahagian daripada ident...
Kotak Packaging Barang Kemas Custom Eksklusif Elegan Tingkatkan Nilai Produk Anda

Kotak Packaging Barang Kemas Custom Eksklusif Elegan Tingkatkan Nilai Produk Anda

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 2325 hits
Dalam dunia perniagaan barang kemas packaging memainkan peranan yang sama penting dengan produk itu sendiri Bayangkan anda menjual cincin gelang atau rantai yang eksklusif tetapi hanya dibungkus dalam plastik biasa pasti pelanggan tidak aka...
Printing Kotak Sachet Juice Botanical Pilihan Terbaik Untuk Branding Lebih Menonjol

Printing Kotak Sachet Juice Botanical Pilihan Terbaik Untuk Branding Lebih Menonjol

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 2999 hits
Dalam dunia bisnes minuman kesihatan yang semakin berkembang kotak packaging bukan sekadar pembungkus tetapi ia adalah senjata branding yang mampu menarik perhatian pelanggan Jika anda menjalankan bisnes juice botanical memilih printing kot...
Football Citizenship Scandal Puts Malaysia S Political Past Back In Play

Sekolah Tutup Kkm Kpm Bincang Keperluan Jika Kes Influenza Meningkat Dr Dzulkefly

Rafizi Tak Setuju Kerajaan Libatkan Glc Glic Dalam Belanjawan

Mcmc Told To Block Melaka Student Gang Rape Video Online

Sempat Tangkap Beberapa Gambar View Pagi Ni Langit Biru Cantik Betul

Menyingkap Usunan Budaya Etnik Suku Kaum Bajau Dalam Majlis Perkahwinan

A Thief Never Becomes An Owner Kebenaran Yang Tak Mampu Dicuri

The Hidden Advantages Of Ordering Bulk Socks With Logo For Your Business


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Belanjawan 2026 Fokus Subsidi Digital Dan Rakyat

Bukan Nasi Lemak Tapi Menu Ni Yang Buat Mat Saleh Tak Henti Angau Malaysia

Upsi Lokasi Pertama Latihan Plkn Peringkat Ipta

Budget 2026 Cushions The Poor Squeezes The Middle

Is Islamophobic Uk Mirror Image Of How Rightistist Majority Treats Minority Citizens In Malaysia

Kadang Kita Cuma Perlukan Masa Bukan Nasihat