Mydigital Id Kerajaan Jimat Kos Rakyat Ingat Satu Password




Inisiatif mewujudkan Identiti Digital Nasional (IDN) oleh Kerajaan Perpaduan merupakan satu lonjakan ke hadapan yang seharusnya disokong padu oleh setiap rakyat.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam menjawab soalan Senator Nasir Idris berkata, pelaksanaan projek IDN telah pun dilaksanakan di bawah KDN manakala MyDidital ID pula dibangunkan oleh MIMOS.
“MyDigital ID dibangunkan untuk memperkukuh keyakinan dalam eko-sistem digital negara
“Pendekatan ini adalah untuk meningkatkan kecekapan, keselamatan dan keselesaan dalam proses pengenalan dan pengesahan pengguna untuk perkhidmatan dalam talian dan transaksi digital
“Dengan adanya akses sistem kemasukan tunggal ini kerajaan dapat menjimatkan kos dalam pembangunan aplikasi kerajaan dan rakyat pula dapat menjimatkan masa dengan mengingat satu password,” katanya.
Mengenai kebimbangan Senator Nasir terkait keselamatan data, Fahmi berkata, kerajaan telah melakukan pelbagai kajian dan membincangkan secara mendalam mengenai aspek teknikal mengenai hal berkenaan.
“KKD melalui CyberSecurity Malaysia sentiasa bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk MIMOS dalam perkongsian aspek teknikal.
“CyberSecurity Malaysia telah mengadakan perbincangan bersama MIMOS dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi untuk memastikan dan mengukuhkan aspek perlindungan data peribadi dan keselamatan siber,” katanya.
Berkenaan soalan liputan internet untuk Orang Asli yang sebahagiannya masih sukar diakses kerana kedudukan mereka yang agak terpencil pula, Fahmi berkata, hal itu telah ditangani dengan baik oleh KKD.
Katanya, setakat 30 Sept 2023, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia telah membangunkan 116 buah menara komunikasi di kawasan perkampungan Orang Asli seluruh negara.
“116 menara tersebut beroperasi melibatkan 595 buah kampung dari 853 kampung berdaftar dengan Jabatan Orang Asli. 54 buah menara lagi sedang dalam peringkat pelaksanaan, dan dijangka siap secara berperingkat menjelang 2024.
“Melalui pelan jalinan negara (Jendela Fasa 2) MCMC sedang menilai teknologi yang berkaitan jalur lebar di 153 kampung yang masih belum mempunyaim liputan,” katanya dalam menjawab soalan Senator Manolan Muhamad.
Fahmi berkata, kawasan Orang Asli juga diberi keutamaan jalur lebar melalui satelit. Katanya, sebanyak 178 lokasi di perkampungan Orang Asli seluruh negara telah disediakan perkhidmatan jalur lebar menggunakan teknologi satelit sejak 2022.
The post MyDigital ID: Kerajaan jimat kos, rakyat ingat satu password first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36926?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mydigital-id-kerajaan-jimat-kos-rakyat-ingat-satu-password

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mydigital Id Cara Daftar Login Portal Kerajaan

Mydigital Id Cara Daftar Login Portal Kerajaan

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 493 hits
Cara Daftar mydigital ID Login Portal Kerajaan Dengan kerajaan Identiti Digital Nasional merupakan sistem pengesahan identiti seseorang rakyat Malaysia menerusi kad pengenalan digital yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan k...
Mahkamah Tolak Permohonan Kerajaan Tangguh Bayaran Kos Indira Gandhi

Mahkamah Tolak Permohonan Kerajaan Tangguh Bayaran Kos Indira Gandhi

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 178 hits
Mahkamah tolak permohonan kerajaan tangguh bayaran kos Indira Gandhi nbsp Dikemas kini 24 minit yang lalu Diterbitkan pada 4
Tiada Arahan Kerajaan Rakyat Wajib Ambil Dos Penggalak Ketiga Dr Zulkifli

Tiada Arahan Kerajaan Rakyat Wajib Ambil Dos Penggalak Ketiga Dr Zulkifli

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 445 hits
Kerajaan tidak mengeluarkan sebarang arahan atau mewajibkan seluruh rakyat negara ini untuk mengambil suntikan dos penggalak susulan peningkatan kes Covid 19 sejak kebelakangan ini Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Kemen...
Tpn Ganjar Mahfud Soal Usulan Debat Pakai Bahasa Inggris Apakah Semua Rakyat Paham

Tpn Ganjar Mahfud Soal Usulan Debat Pakai Bahasa Inggris Apakah Semua Rakyat Paham

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 236 hits
TPN Ganjar Mahfud merespons usulan kubu Prabowo Gibran terkait format debat capres cawapres
Ruu Dkj Gubernur Jakarta Dipilih Presiden Hasto Pdip Kepala Daerah Harus Dipilih Rakyat

Ruu Dkj Gubernur Jakarta Dipilih Presiden Hasto Pdip Kepala Daerah Harus Dipilih Rakyat

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 173 hits
Sekjen PDIP Hasto Kristiyanto menilai seharus gubernur dan wakil gubernur Jakarta dipilih oleh rakyat usai tak menjadi ibu kota
Langsung Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin 6 Dis 2023

Langsung Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin 6 Dis 2023

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 337 hits
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin oleh 99 Speedmart Sdn Bhd dan Wanita UMNO Malaysia di Bangunan Perdana Putra Putrajaya AWANInews ...
Menilai Anwar Di Mata Rakyat

Menilai Anwar Di Mata Rakyat

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 310 hits
bebasnews myBy 08 12 2023Credit BernamaOleh Mahathir Mohd Rais DALAM konteks rancangan terbaru Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menaikkan cukai dan mengurangkan subsidi pendekatan fiskal alternatif yang menarik patut dipertimbangkan teru...
Budak 2 Tahun Maut Dihempap Tiang Konkrit Pagar

Buy Linkedin Premium At 90 Off Business Premium And Career Premium Available

Gsf Delegasi Malaysia Dijadual Berlepas Pulang Ke Tanah Air Isnin Ini

Land Dispute In Klang Stalls West Coast Expressway

Nasi Goreng Bawang Putih Dan Perjuangan Sumud Flotilla

Contoh Pempengaruh Tone Deaf Pentingkan Wang Ada Gerakan Boikot Ameera Khan Rizalman

Jawablah Di Akhirat Nanti Datuk Aaron Aziz Kesal Video Boikot Diputar Belit Individu Tidak Bertanggungjawab

Built To Grind The New Independent X Biltwell Inc Lane Splitter Helmet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sajian Berpantang Juadah Majlis Cukur Jambul

Musim Bunga Kertas Kenali Id Bunga Kertas Di Halaman Anda

Flavorful Healthy Chicken Yakisoba Recipe

T22j14 Aidan Pengendali Drive Thru Malam

Konspirasi Cilok Kampung Gelam

Doa Malam 5 Okt 2025