Mycarecov19 Tv Alhijrah Lancar Sistem Sokongan Suntik Semangat


Tidak mahu tidak, rakyat Malaysia harus akur terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga bermula 15 April 2020 hingga 28 April 2020 demi memutuskan rantaian pandemik Covid-19

Bagi sesetengah pihak, lanjutan PKP ini dilihat sebagai rahmat dalam bencana. Manakan tidak, hampir dua bulan lamanya masa cuti ini dapat diisi dengan penuh berhemah bersama keluarga tercinta


Namun, pada masa yang sama ketidaktentuan tempoh pandemik serta jangka masa PKP ini menjadi pembunuh psikologi secara senyap terhadap sebilangan besar masyarakat. Tekanan ekonomi keluarga dan himpitan isu sosial dilihat menjadi pencetus kepada pelbagai isu emosi seperti kerisauan melampau, murung dan gelisah

Oleh yang demikian, TV AlHijrah bersama rakan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd (Karangkraf), Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Majalah Pa&Ma dan Majalah Keluarga menerusi kempen #MusaadahCovid19 memulakan inisiatif baru iaitu MyCareCoV19 khusus untuk memberikan bantuan kerohanian dan pengawalan emosi buat rakyat Malaysia

Menerusi pelancaran kempen MyCareCoV19 yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam rancangan Assalamualaikum yang disiarkan secara siaran langsung sebentar tadi, dijangka hampir 2 juta penonton TV AlHijrah berpeluang untuk mendapatkan bantuan pakar setiap hari bagi merangsang pemikiran, emosi dan perasaan yang lebih seimbang dalam meneruskan kelangsungan hidup


YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sewaktu dihubungi turut berbesar hati melancarkan rancangan baru terbitan stesen ini iaitu Rancangan Munajat

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Encik Namanzee Harris sewaktu ditemui pasca pelancaran memaklumkan bahawa TV AlHijrah membuka pintu siaran seluas-luasnya untuk sebarang program yang memanfaatkan ummah

“MyCareCoV19 adalah usaha kami untuk memeluk emosi masyarakat yang sarat dengan pelbagai isu psikologi semenjak serangan wabak COVID-19.”
“Manusia secara fitrahnya diciptakan untuk bergerak bebas tanpa sekatan. Jadi kita boleh bayangkan betapa sesaknya nafas dan serabutnya minda apabila perlu berkurung seharian di rumah. Malahan ada di antara kita yang terpaksa berjauhan dengan yang tersayang,” jelas Namanzee


“Justeru, saya melihat penerbitan rancangan MyCareCoV19 adalah satu keperluan pada saat-saat getir ini.”
Menggunakan tagline Bina Syurga Di Rumah. Bina Rumah Di Syurga. Berjuang Masuk Syurga Sekeluarga, program MyCareCoV19 akan bersiaran sebagai segmen di dalam rancangan bual bicara pagi Assalamualaikum setiap hari, pada jam 8 hingga 8.30 pagi bermula 13 April 2020 hadapan

“Penonton boleh menghubungi talian 03 - 2260 2412 untuk berkongsi rasa jiwa bersama pakar-pakar yang kita bawa setiap hari di dalam rancangan ini. Sebagai permulaan, pada episod pertama siaran kita akan bawa YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) untuk menjawab segala persoalan penonton.”
“Anggaplah begini, kami adalah sebahagian dari keluarga anda yang sayang dan peduli serta ambil berat tentang kemaslahatan jiwa kalian. Kita tidak mahu pertimbangan kemanusiaan, keinsanan dan kewajaran hilang dek ujian wabak ini.”

“Oleh yang demikian, kita jemput pakar-pakar dalam bidang psikologi, kekeluargaan, pengurusan emosi dan yang berkaitan untuk menjawab soalan-soalan penonton serta berkongsi tips-tips dan saranan yang mampu menyuntik semangat semua untuk menjalani perubahan dalam aktiviti seharian.”
Menurut Namanzee, antara tajuk-tajuk yang akan dibincangkan adalah seperti Penderaan Domestik, Sahsiah Suami Isteri, Anak Tantrum Dek PKP, SOP Keluarga PKP, Konflik Penceraian, Adab Media Sosial, E-Kuliah Keluarga dan banyak lagi tajuk menarik lain

Sebagai tambahan, rancangan Munajat yang turut dillancarkan tadi dilihat sebagai inisiatif tepat yang menterjemah kempen MyCareCoV19. Selain menyantuni rakan-rakan artis nasyid, rancangan Munajat dengan kerjasama Nasyid.com dan Munsyeed Malaysia dilihat mampu menyumbang secara langsung di dalam kesihatan psikososial ummah

Munajat akan memulakan siaran Ramadan ini setiap Sabtu selama 60 minit. Antara rakan-rakan artis nasyid yang akan membuat persembahan adalah seperti Daqmi, Hazamin In-Team dan banyak lagi nama-nama besar yang akan mempersembahkan lagu-lagu berunsur dakwah, ketuhanan, kemanusiaan, dan kemasyarakatan


TV AlHijrah mengharapkan agar usaha berlandaskan syariat Islamiah ini dapat membantu menguruskan emosi keseluruhan pihak yang terjejas dengan PKP. Firman Allah SWT dalam surah al-Fajr, ayat 27-30 yang bermaksud: “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam Syurgaku











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahagosip.com/2020/04/mycarecov19-tv-alhijrah-lancar-sistem.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
11 Ajk Amk Gombak Nyatakan Sokongan Padu Terhadap Kepimpinan Amirudin Shari

11 Ajk Amk Gombak Nyatakan Sokongan Padu Terhadap Kepimpinan Amirudin Shari

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 293 hits
11 AJK AMK Gombak nyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Amirudin ShariSeramai 11 Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan Gombak hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Datuk Seri Amirudin Shari Naib Ketua AMK Gombak Ari...
Magisk Canary Dikemaskini Dengan Sokongan Root Untuk Android 11

Magisk Canary Dikemaskini Dengan Sokongan Root Untuk Android 11

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 409 hits
Magisk adalah aplikasi mengubahsuai sistem operasi Android untuk memberi akses kebenaran tambahan kepada pengguna Magisk adalah alternatif lebih mudah untuk pengguna Android root peranti mereka Dengan hanya satu aplikasi ia boleh melakukan ...
Spesifikasi Realme X3 Muncul Di Tenaa Dengan Sokongan Rangkaian 5g

Spesifikasi Realme X3 Muncul Di Tenaa Dengan Sokongan Rangkaian 5g

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 275 hits
Peranti misteri Realme dengan kod nombor RMX2142 yang dikhabarkan sebagai Realme X3 telah melepasi laman pensijilan 3C pada minggu lalu Penyenaraian menunjukkan peranti ini bakal mempunyai sokongan rangkaian 5G dan kemampuan pengecasan pant...
Duta Khas Ulama Dunia Zahir Sokongan Kepada Abdul Hadi

Duta Khas Ulama Dunia Zahir Sokongan Kepada Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 293 hits
Sheikh Ahmad Ar Raisuni bersama Tuan Guru Abdul Hadi MARANG 21 April Kesatuan Ulama Islam Sedunia menzahirkan sokongan kepada Ahli Parlimen Marang Dato Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas kerajaan Malaysia ke Timur Tengah Berta...
Oppo A92s Kini Rasmi Skrin 120hz Dwi Kamera Hadapan Sokongan 5g

Oppo A92s Kini Rasmi Skrin 120hz Dwi Kamera Hadapan Sokongan 5g

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 353 hits
Oppo kini telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar terbaru untuk pasaran di China iaitu Oppo A92s Telefon pintar ini hadir dengan rekaan yang sedikit berbeza berbanding model Oppo yang lain disamping pada masa yang sama menawarkan spes...
Cip Hisilicon Kirin 985 Dengan Sokongan 5g Kini Rasmi

Cip Hisilicon Kirin 985 Dengan Sokongan 5g Kini Rasmi

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 170 hits
Serentak dengan pelancaran hari ini cip HiSilicon Kirin 985 telah diumumkan dengan kemampuan 5G sama seperti Kirin 990 Ia turut dihasilkan menggunakan teknologi 7nm dengan konfigurasi teras 1 3 4 Satu teras Cortex A76 pada kelajuan 2 58 GHz...
Peranti Peranti Android Tv Akan Hadir Dengan Sokongan Google Assistant Secara Natif

Peranti Peranti Android Tv Akan Hadir Dengan Sokongan Google Assistant Secara Natif

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 334 hits
Ekosistem Google untuk peranti peranti berhubung adalah menggunakan asas Google Assistant Pengguna boleh membuat kawalan segala peranti berhubung atau gajet pintar melalui arahan suara sahaja dengan syarat setiap peranti gajet itu telah dit...
Redmi Airdots S Dilancarkan Dengan Sokongan Tambatan Ke Peranti Yang Lebih Stabil

Redmi Airdots S Dilancarkan Dengan Sokongan Tambatan Ke Peranti Yang Lebih Stabil

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 307 hits
Redmi AirDots adalah set fon telinga nirwayar sebenar pertama dari Redmi Ia juga adalah antara yang paling murah dan menjadi trend untuk produk produk TWS harga mampu milik Harga jualan di China adalah RMB99 9 dan boleh didaparkan di Mal
Samsung Galaxy Tab S6 Lite Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Sokongan S Pen

Samsung Galaxy Tab S6 Lite Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Sokongan S Pen

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 224 hits
Secara senyap Samsung Galaxy Tab S6 Lite telah diumumkan di Indonesia semalam Ini ialah tablet kelas pertengahan yang menjadi alternatif kepada Tab S6 yang dilancarkan sebelum ini Samsung Galaxy Tab S6 Lite dilengkapi skrin 10 4 TFT dijana ...
Tel Aviv Jadi Gaza Natanyahu Lari Ketakutan Terkencing Dalam Seluar

Bekal Sate

Drama Gadis Dan Angan Angan Lakonan Bell Ngasri

Balas Tweet Tentang Suami Skandal Dengan Staf Netizen Kata Fazura Bagi Hint Dia Macam Nak Bagitahu Tapi Macam Taknak

Kenyataan Nur Jazlan Dangkal Lemah Bodoh

Sweetnya Ucapan Fattah Pada Fazura Bila Dapat Me Time Dengan Fatima

Aroma Lavender Di Sekitar Kawasan Klcc Mengundang Persoalan Rupa Rupanya

Pendakwa Tidak Pernah Buktikan Duit Yang Masuk Akaun Ds Najib Dari 1mdb


echo '';
5 Bukti Jelas Bagaimana Teknologi Moden Buat Kita Tak Reti Berfikir

10 Fakta Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Mr Hiiragi s Homeroom Astro Ria Sooka Fakta Yang Ramai Tak Tahu

5 Isu Utama Pelajar Genius Usia Muda Masuk Universiti Awal

Resepi Sup Ayam Thai Paling Menarik dan Senang Dibuat Rasa Sekali Pasti Terpikat

Cara Undi Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Mingguan Akhir 30 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton


Betul Ke Makan Malam Boleh Buat Kita Gemuk Fakta Atau Mitos

Kopi Liberika Kalimantan Barat Keunikan Rasa Dan Perbedaannya Dengan Arabica Dan Robusta

Arches National Park Experiences You Haven T Tried Yet A Guide To Hidden Gems And Unique Attractions

3 Sekeluarga Mengalami Detik Cemas Rumah Dimasuki Hampir 12 Orang Penyamun Berparang

Polis Buru Bekas Petinju Terkenal Pecah Masuk Rumah

Mahalli Jasuli Dedah Saya Sebenarnya Keturunan Indonesia