My Bariatric Journey 1


Assalamualaikum

Moga Allah permudahkan urusan aku untuk hari ini dan hari-hari mendatang. Amin ya robal a'lamin.

Sebenarnya dah lama terlintas difikiran nak cuba turunkan berat badan dengan pembedahan. Tapi, tak ada modal sebab kosnya sangat tinggi. Aku cuba google, FB search malah hingga ke IG pun aku mencari maklumat yang boleh aku gunakan untuk teruskan niat ini. 
Dan aku dapati sangat sukar untuk jumpa info berkaitan prosedur,pengalaman dan yang sewaktu dengannya bagi kes bariatric di Malaysia. Balik-balik keluar muka artis yang dah buat bariatric di hospital private. Boring betul..diorang tak apalah..income tebal-tebal belaka. Gajah pun boleh terbang

Aku sangka pembedahan bariatric ni hanya dilakukan di hospital swasta yang rata-rata menelan kos antara 20-37ribu.. RIBU..ok.. RIBU.. tersentap sebentar

Rupa-rupanya boleh juga dibuat di beberapa hospital kerajaan terpilih. Antaranya Hospital Kuala Lumpur, Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh dan  juga di beberapa pusat perubatan Universiti,iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). 
Aku dah cuba survey harga dan kos. HUKM memerlukan kos sehingga 19-24k dan kalau hospital kerajaan lebih kurang 8k

Untungnya aku penjawat awam.Boleh guna GL dan kos untuk peralatan yang kena dahulukan duit sendiri atau tunggu kelulusan JPA adalah sekitar 6-7k. 
Langkah pertama (dengan bantuan nasihat dari seorang pesakit yang sudi berkongsi maklumat) adalah mendapatkan surat rujukan dari klinik/hospital kerajaan,dan barulah boleh ke langkah seterusnya iaitu berjumpa pakar di hospital yang ada Klinik Bariatric.

Aku juga dah jumpa FB Page untuk rawatan ni. Untuk info lanjut,korang boleh tengok page ini MyBariatrix . Aku cuba pm admin untuk info lanjut. Alhamdulillah,pertanyaan dijawab dan aku tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi. Untuk maklumat, page ini memperkenalkan aku kepada seorang pakar di HKL iaitu Dato Dr.Tikfu Gee. Kalau yang ada duit,boleh juga guna khidmat beliau di private iaitu di Sunway dan Prince Court. 
Dan harini..aku ada appoinment dengan doktor gynea di Hospital Sultanah Bahiyah,dan aku minta surat rujukan dari beliau

Agak susah nak dapat surat ni,sebab diorang kalau boleh nak aku jumpa doktor di HSB dulu..check dulu.. itu ini.. aku tau dah,ini semua wajib ambik masa berbulan-bulan sebelum nak sahkan aku kena buat bariatric.. bila nak sudah? Umur makin bertambah. Aku berkeras juga nak ke HKL. Aku nak jumpa pakar disana dengan harapan tahun ini juga dapat buat operation. Aku tak nak buang masa lagi. Masa aku dah suntuk sangat

Dan mulai harini ini..bermulalah langkah aku untuk mencari kehidupan baru. Akan aku kongsikan setiap detik yang aku lalui dalam perjalanan bariatric aku ini..doakan aku istikhomah dalam mengubah nasib diri

Hingga berjumpa lagi dicatatan perjalanan bariatric aku yang seterusnya.

Adeusss!!
PEN BIRU...menulis

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.penbiru.com/2019/07/my-bariatric-journey-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nuha Food Journey Roti Jala Dengan Kuah Durian

Nuha Food Journey Roti Jala Dengan Kuah Durian

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 604 hits
BismillahHah dah kenapa ummi Nuha ni Bagi makan roti jala dengan kuah durian Tenang mak mak Durian adalah sejenis real food So jangan rusuh hati dan offended dengan kuah durian dengan syarat anak kau suka durian Sama la macam orang tua maka...
Nuha Food Journey Carbonara Spaghetti

Nuha Food Journey Carbonara Spaghetti

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 504 hits
BismillahMenu semalam Nuha sekarang memang tak layan nasi Jadi sebagai amak yang bijak aku kena kerah otak untuk fikir dan jadi lebih kreatif dalam menyediakan makanan Nuha Semalam lepas balik kerja aku terus rebus bihun baby dia Rebus dulu...
Anak Nora Ariffin Selepas Kesan Selepas Pembedahan Bariatric

Anak Nora Ariffin Selepas Kesan Selepas Pembedahan Bariatric

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 838 hits
https instagram com budiey Follow My Instagram http youtube com budieychannel Click to Subscribe http budiey com Visit My Blog http facebook com BudieyDotCom Become a Fan http twitter com budiey Follow Me
Nak Kurus Cepat Dr Mustafa Tunjuk Sebab Kenapa Perlu Buat Pembedahan Bariatric

Nak Kurus Cepat Dr Mustafa Tunjuk Sebab Kenapa Perlu Buat Pembedahan Bariatric

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 311 hits
https instagram com budiey Follow My Instagram http youtube com budieychannel Click to Subscribe http budiey com Visit My Blog http facebook com BudieyDotCom Become a Fan http twitter com budiey Follow Me
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Penonjolan Di Media Sosial

Wefluence Marketplace Ugc Berbasis Performa

Get The Best Experience While Playing Hoki22 Login Online Slots

Mtv Tamat Operasi Selepas 40 Tahun Berakhir Satu Era

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Kenapa Perempuan Selalu Overthinking