Muzium Samudera Kota Melaka
Memandangkan percutian kami memang nak jalan-jalan ke Melaka, jadi aku sebagai planner kena setkan lokasi terbaik untuk berjalan-jalan. Kali ini kami bergerak seakan back packers gitu. Yer, makanan macam aku cerita pada entry awal – Oceanarium Melaka – yang kami memang makan makanan dari rumah. Pagi nya pula pada hari Sabtu, kami sarapan simple yang anak-anak suka. Even kalau kat rumah pun, malam hari menu sama jer kami makan. Apa menu itu? Roti Gardenia, Sos Prego dan Sosej. Sosej aku jerang air dalam kettle dan masak kat dalam kettle je. Lepas tu makan beramai-ramai. Memang berebut. Air, aku bawa susu tin 1 tin dan nescafe. Memang aku bancuh untuk kami satu family kudapan malam dan pagi Sabtu tu. 🙂 Muzium Samudera, Kota Melaka Bestnya perjalanan kali ini, Melaka seolah-olah sunyi daripada kebiasaan. Makhota Parade pun kereta tak banyak ketika itu jam dah 12tghari. Harga tiket masuk ke Muzium Samudera Melaka: Dewasa RM6.00 , Kanak-Kanak 6 tahun ke bawah free. Jadi, aku , husband dan Along sahaja yang bayar tiket masuk. Tiket ini mesti disimpan untuk masuk ke Muzium TLDM. Hanya mereka yang ada tiket Muzium Samudera sahaja boleh masuk ke Muzium TLDM yang berada berhadapan sahaja dengan Muzium Samudera. Ini kami sempat rakam memori depan Kapal Samudera. Opss.. adaaku kisah tengah jalan? ala-ala traveller gitu..asal ada memori kan.. hahaha :p. Ini masa kami baru jer masuk ke Muzium Samudera. Panas oii masa ni.. terik.. tapi depa ni okay jer.. asal nanti ada gambar depa. Kalau nanti ada yang merajuk muka tak ada dalam gambar. 🙂 Dalam muzium ni ada 3 tingkat. dan sebagai memori, aku serta kan video yang aku rekod untuk korang. So, kalau korang datang kesini, yang belum masuk ke sini..singgah tau.. Banyak yang boleh kita dan anak-anak pelajari tentang sejarah. Selamat melawat ke Muzium Samudera Melaka 🙂
The post Muzium Samudera Kota Melaka appeared first on Ummi Nani.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umminani.com/2019/09/muzium-samudera-kota-melaka/