Muzium Penjara Melaka Menakutkan Tapi Menarik


Salam dears… Korang pernah masuk penjara? Mama dah merasa dan tobat tak mau masuk lagi dah, serik! Ehh tak tak, masuk penjara bukan sebab buat salah. Tapi sebab Mama melawat Muzium Penjara Melaka masa bercuti ke Melaka beberapa minggu lalu.
Sebenarnya dah lama Mama teringin nak kesana, tapi tiap kali pergi Melaka ada je hal yang menyebabkan tak cukup masa nak melawat Muzium Penjara tu. Jadi bila dah dapat pergi tu, Mama puas hati sangat dan…err rasa cukup lah sekali kot..insaf! Hahaha.
Kitorang sampai situ dalam pukul 3 petang kot rasanya. Sampai tu mula mula blur sikit, ehh kat mana parking? Rupa rupanya kena park kat kawasan dekat kuarters, pastu kena jalan kaki dalam 5 minit kot untuk sampai ke pintu depan Muzium Penjara tu.
Parking kat kawasan ni pastu jalan kaki sikit ke muzium tu
Pengalaman Melawat Muzium Penjara Melaka Dari awal nak masuk Mama dah pesan berkali kali kat si kembar ni, jangan lupa baca Bismillah tau. Sebabnya…ye lah tu memang penjara betulkan, siap ada bilik hukuman gantung gak kan.
Jadi…Mama yang memang jenis tak berapa berani ni, memang laa terbayang macam macam. Tapi tetap nak pergi juga hehehe
Bagi Mama, melawat Muzium Penjara ni adalah satu pengalaman yang menginsafkan. Korang kena pergi ke Muzium Penjara dan tengok sendiri keadaan dalam penjara tu. Ala ala lawatan sambil belajar lah. Omputih kata ‘educational experience’ gitu.
Jom masuk Muzium Penjara Melaka
Harga tiket masuk Muzium Penjara Melaka ni pun murah ja – dewasa RM3 seorang dan kanak-kanak RM1 seorang. Memang berbaloi untuk satu pengalaman yang menarik.
Bila tengok betapa sempit dan tak selesanya keadaan sel penjara, makan minum tak macam kita yang bebas ni terasa ‘takut’. Sanggup ke nak hidup dalam keadaan macam tu? Kalau tak sanggup, jangan buat jahat…jangan langgar undang undang!
Sanggup hidup dalam bilik sesempit ni?
Si kembar ngan Ayah releks je keluar masuk tengok sel sel penjara tu. Mama ni setakat ambik gambar dari luar je hehe
Tambah plak bila tengok video hukuman sebatan, fuhhh lagi lah seriau rasa! Dia hayun rotan tu piappp sampai boleh terkoyak kulit! Ngeri wehhh… Mama tengok sikit ja dah tak sanggup, terus tutup mata. Pastu dengar bunyi libasan tu pun dah takut huhu. Serius terus rasa tobat aku tak mau buat jahat, tak mau masuk penjara!
Lebih kurang gitu lah rupanya bila nak kena hukuman sebat.
Ohh yaa video sebatan tu agak grafik, maksudnya memang tunjuk bontot tau. Si kembar kata “eeii Mama tengok aurat lelaki…” “Sebab tu Mama tutup mata ni haaa” kata Mama. Padahal tutup sebab takut nak tengok dah hahaha
Ada banyak lagi lah benda yang boleh tengok kat situ…pameran alatan yang digunakan, bilik makan, tempat mandi, hasil lukisan banduan, bilik hukuman gantung dan macam macam lagi.
Diantara bahan pameran yang ada. Tengok tali gantung ngan rotan tu buat Mama rasa kecut perut plak.
Kerusi siasatan yang pernah digunakan dulu dulu…rasa ngeri tengok ni huhu
Bayangkan…berhubung dengan orang tersayang disebalik ‘tirai besi’ gini ja….
Mama kan..sibuk laa snap gambar sana sini. Bila sampai kat bilik hukuman gantung pun snap gambar gak. Pastu baru ternampak sign tulis dilarang ambil gambar kat pintu bilik tu. Aikk kat tempat lain boleh, apsal sini tak boleh?
Terus tiba tiba ja rasa takut, dah fikir bukan bukan dan terus blah dari situ. Gambar yang snap kat situ pun tak berani nak tengok. Kang nampak apa apa yang pelik kang acaner? Haaa Mama ni dah laa memang suka menakutkan diri sendiri! Hahaha
Acting je lebih hehehe
Si kembar? Releks ja lari sana sini, teruja tengok apa yang ada dalam Muzium Penjara tu. Rasanya hampir dua jam kot kitorang kat dalam tu. Sampai letih gak laa Mama menunggu si kembar ni.
Tapi walau letih, Mama puas hati dapat gak melawat Muzium Penjara Melaka. Satu pengalaman yang menakutkan (bagi Mama lah), tapi menarik!
Maklumat Lanjut Muzium Penjara Melaka Alamat: Jalan Parameswara, Kampung Bandar Hilir, 75000 Melaka
Waktu Buka:
Selasa hingga Ahad: 9 pagi – 5 petang
Isnin: Tutup
Harga tiket:
Warganegara – Dewasa RM3, Kanak-kanak RM1
Bukan Warganegara – Dewasa RM6, Kanak-kanak RM3
Orang Kelainan Upaya dan Kanak-kanak bawah 6 tahun – Percuma
147 total views, 15 views today
The post Muzium Penjara Melaka Menakutkan Tapi Menarik! appeared first on Mama Kembar Tiga.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mamakembartiga.com/2018/11/muzium-penjara-melaka-menakutkan-tapi-menarik.html/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mca Sindir Perkahwinan Pas Umno Saya Nak Kahwin Dengan Awak Tapi Awak Tak Nak

Mca Sindir Perkahwinan Pas Umno Saya Nak Kahwin Dengan Awak Tapi Awak Tak Nak

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 380 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengkhianati semangat perikatan Barisan Nasional apabila membuat tawaran kepada Pas untuk bergabung kata Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong Beliau berkata Zahid hanya boleh berbuat demikia...
Tak Mampu Bayar Gaji Tapi Mampu Anjur Demonstrasi Besar

Tak Mampu Bayar Gaji Tapi Mampu Anjur Demonstrasi Besar

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 215 hits
Tak mampu bayar gaji tapi mampu anjur demonstrasi besar Posted By on November 19 2018DAP menyindir ada negeri yang tidak mampu membayar gaji kakitangan kerajaan negeri tetapi masih mampu membangkitkan bibit kebencian di kalangan rakyat Seti...
Zamani Nak Kahwin Tapi

Zamani Nak Kahwin Tapi

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 449 hits
PENYANYI terkenal Zamani mengakui menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang sudah dikenali sejak lebih lima tahun lalu Bagaimanapun dia tidak menetapkan sebarang tarikh mahupun merancang hari bahagianya itu k...
Soal Baiq Nuril Dpr Minta Hakim Ma Tak Cuma Jadi Corong Uu Tapi Kedepankan Nurani

Soal Baiq Nuril Dpr Minta Hakim Ma Tak Cuma Jadi Corong Uu Tapi Kedepankan Nurani

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 225 hits
Nasir melihat Hakim MA yang memvonis Nuril tidak dapat melihat keadilan di mata publik Penafsiran digunakan menjadikan Nuril yang seharusnya mendapat perlindungan malah menjadi sebaliknya
Air Fryer Bukan Penyebab Kanser Tapi Memudahkan Kerja Di Dapur

Air Fryer Bukan Penyebab Kanser Tapi Memudahkan Kerja Di Dapur

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 281 hits
Apabila teknologi telah mencapai kemajuan setanding dengan peredaran zaman segala pekerjaan yang dilakukan mudah dilaksanakan Tidak kurang juga dengan adanya teknologi memudahkan kerja kerja rumah para isteri Mesin lipat kain mesin pengerin...
Najib Menteri Ph Hidup Senang Bajet Besar Tapi Bantuan Rakyat Dikurang Ditarik

Najib Menteri Ph Hidup Senang Bajet Besar Tapi Bantuan Rakyat Dikurang Ditarik

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 355 hits
Datuk Seri Najib Razak melabel kerajaan hari ini mempunyai kerangka jawapan sama iaitu menyalahkan Umno dan dirinya Foto Sinar Harian Eh salah Umno pula Saya rasa kerajaan hari ini ada template jawapan Kalau dah tak tahu nak buat atau cakap...
Saran Grasi Jokowi Ke Baiq Nuril Bukan Intervensi Tapi Kecintaan Pada Rakyat

Saran Grasi Jokowi Ke Baiq Nuril Bukan Intervensi Tapi Kecintaan Pada Rakyat

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 228 hits
Jokowi memandang bahwa Baiq sebagai korban mendapatkan perlindungan Bukan justru menjadi pihak tertuduh
Soal Isu Harga Sembako Sandiaga Bilang Yang Cerita Bukan Kami Tapi Ibu Ibu

Soal Isu Harga Sembako Sandiaga Bilang Yang Cerita Bukan Kami Tapi Ibu Ibu

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 271 hits
Sandiaga mengantongi data harga sembako yang stabil maupun tidak Dia menjelaskan ada perbedaan harga bahan pokok di pasar Contohnya harga di Pasar Induk Kramat Jati bisa terpaut 10 15 persen dibandingkan Pasar Rawamangun
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Januari 23 2025

Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 Bantuan Rm300 Untuk Golongan Miskin Sabah

Eur Usd 22 Januari Kenaikan Harga Masih Berusaha Mengambil Alih Kawalan

Sultan Pahang Ingatkan Semua Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang Peka Masalah Rakyat

Nostalgia Selera Kampung Ramadan Buffet Thistle Johor Bahru