Musykil Kecederaan Allahyarham Sebab Kereta Tak Rosak


Kumara Sabapatty Mohd Rozhan Ramli bercakap kepada media selepas selesai pengkebumian menantunya, Allahyarham Muhammad Danial Syed Syakir di Tanah Perkuburan Islam Bandar Bukit Mahkota Kajang, Selangor. foto IQBAL BASRI 
BANGI – Pemergian Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, yang meninggal dunia dilanggar kereta selepas kejadian perselisihan faham dengan pemandu lain di susur Bandar Baru Bangi semalam, memberi kesan kesedihan amat mendalam terhadap ahli keluarganya.

Lebih-lebih lagi tentang masa depan bayi perempuannya yang belum sempat mengenali wajah dan mendapat kasih sayang daripada ayahnya.

Kematian Allahyarham secara mengejut dalam keadaan sedemikian adalah sesuatu tidak dijangkakan oleh ahli keluarganya.

Namun, bapa mertuanya, Mohd Rozhan Ramli berkata, mereka redha dan menyerahkan tanggungjawab kepada pihak berkuasa polis untuk menyiasat tragedi yang menimpa menantu kesayangannya itu.

“Saya terima keadaan ini (pemergian Muhammad Danial) dan serah kepada pihak berkuasa untuk buat siasatan. Saya berharap kematiannya dapat keadilan sewajarnya.

“Cuma kami sekarang sangat sedih keadaan bayi perempuan dia baru 4 bulan tidak sempat merasai ciuman dan dakapan arwah. Jadi saya perlu menguatkan diri demi cucu dan anak perempuan saya demi kelangsungan hidup dan masa depan cucu saya.

“Anak perempuan saya (balu arwah) tenang menerima pemergiannya dan kita sebagai Islam menerima qadak dan qadar, sebagai ibu bapa kami yang perlu tabah dan kuatkan diri demi masa depan anak cucu,” katanya kepada MalaysiaGazette selepas upacara pengkebumian Allahyarham di Tapak perkuburan Islam Seksyen 6, Bandar Bukit Mahkota di sini.

Mohd Rozhan berkata, Allahyarham merupakan anak yang baik dan begitu menghormati orang tuanya.

“Menantu ini (Muhammad Danial) adalah seorang Hafiz yang hafal al-Quran, sangat hormati orang tua.

“Walaupun dia tinggal dengan saya di sini Bandar Putra,  setiap minggu dia tak pernah lupa bawa keluarga kecil mereka jumpa emak dia Shah Alam dan itu rutin setiap Jumaat selama lebih setahun ini,” katanya sambil sebak mengenangkan arwah.

Menurutnya, arwah dan isterinya menuntut bersama di United Kingdom sebelum mendirikan rumah tangga dan kedua-duanya bekerja sebagai pengurus bank.

“Arwah bekerja sebagai pengurus di Ibu Pejabat Maybank di Jalan Tun Perak manakala anak saya (balu arwah) Pengurus bank United Oversea Bank (UOB) di Jalan Melaka,” katanya.

Ditanya mengenai insidennya , Rozhan berkata, beliau mendapat tahu mengenai kemalangan yang menimpa menantunya lebih kurang 2 petang semalam dimaklumkan oleh jirannya yang kebetulan melalui lokasi kejadian.

“Anak bongsu saya menerima berita dari jiran bahawa abang Danial iaitu menantu saya terlibat dalam kemalangan.

“Jadi dua anak saya segera bergegas ke lokasi kejadian sebelum mengejarnya ke klinik kesihatan Bandar Sri Putra. Malangnya klinik ditutup dan sejurus saya tiba di lokasi didapati mangsa sudah dibawa ke Pusat Perubatan Nilai.

“Saya sempat melihat keadaan kenderaan dan tidak ada sebarang pelanggaran serius dan apabila tiba di hospital dan berjumpa doktor, pakar perubatan itu mengesahkan Danial mengalami kecederaan dalaman dan di kepala,” ujarnya.

Beliau menyatakan kemusykilannya kepada doktor kerana kenderaannya tidak mengalami kerosakan.

“Jadi doktor yang terkejut dengan kenyataan saya terpaksa buat laporan polis, mengesyaki hentaman kuat pada mangsa dan cuba merawat Muhammad Danial.

“Namun lebih kurang sejam kemudian menantu saya pergi meninggalkan kami semua,” ujar beliau.

Katanya, semasa kejadian arwah dalam perjalanan balik ke Bandar Bukit Mahkota dengan membawa piza.

“Saya terjumpa Pizza yang dibelinya dalam keretanya di lokasi kejadian semalam,’ katanya sebak. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/musykil-kecederaan-allahyarham-sebab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Maut Motosikal Rempuh Belakang Kereta Rosak Di Lpt

Lelaki Maut Motosikal Rempuh Belakang Kereta Rosak Di Lpt

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 783 hits
KEMAMAN Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya merempuh belakang kereta Perodua Myvi yang diletakkan lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan di Kilometer 251 Lebuh Raya Pantai Timur 2 berhampiran Plaza Tol Jabor dekat sini...
Kalau Kereta Rosak Nampak Lelaki Ni Datang Jangan Bagi Dia Towing Mangsa

Kalau Kereta Rosak Nampak Lelaki Ni Datang Jangan Bagi Dia Towing Mangsa

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 450 hits
The ReporterKecewa dikenakan caj harga mahal lelaki ini menasihatkan orang ramai agar berhati hati jika mahu menggunakan khidmat towing baiki kereta di kawasan Sungai Petani Menurut Alif Farhan keretanya hanya mengalami kerosakan kecil saha...
Kemenhub Pembebasan Lahan Kereta Cepat Jakarta Bandung Sudah 98 Persen

Kemenhub Pembebasan Lahan Kereta Cepat Jakarta Bandung Sudah 98 Persen

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 186 hits
Direktur Jenderal Perkeretaapian Kementerian Perhubungan Zulfikri menyebut bahwa progres pembebasan lahan proyek Kereta Api Cepat Jakarta Bandung sudah mencapai 98 persen
Northrop Grumman Dan Raytheon Akan Membina Senjata Laser Untuk Kereta Perisai Stryker

Northrop Grumman Dan Raytheon Akan Membina Senjata Laser Untuk Kereta Perisai Stryker

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 544 hits
Penggunaan senjata laser oleh tentera tidak lagi menjadi fantasi sejak 2014 dengan pembangunan Kesemua cabang tentera Amerika Syarikat kini mempunyai senjata laser mereka sendiri yang dibangunkan sebagai sistem pertahanan menangkis serangan...
Kcj Operasional Kereta Tidak Terdampak Gempa

Kcj Operasional Kereta Tidak Terdampak Gempa

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 225 hits
Saat gempa berlangsung sekitar pukul 19 03 WIB operator di sebagian stasiun langsung menerapkan standar operasional prosedur dengan mengarahkan penumpang kereta berkumpul di titik aman
Dua Maut Tercampak Ke Luar Kereta

Dua Maut Tercampak Ke Luar Kereta

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 242 hits
DUA penumpang Perodua Myvi tercampak beberapa meter keluar dari kereta itu sebelum disahkan maut dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara di Kilometer 56 8 Lebuhraya Senai Desaru dekat Kota Tinggi 3 pagi hari...
Taktik Baru Penjenyah Tunjuk Tayar Kereta Mangsa Kononnya Ada Masalah Bila Berhenti Terus Samun

Taktik Baru Penjenyah Tunjuk Tayar Kereta Mangsa Kononnya Ada Masalah Bila Berhenti Terus Samun

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 316 hits
Seperti yang kita tahu penjenayah biasanya mempunyai pelbagai teknik dan taktik licik untuk menjalankan kegiatan mereka Antara jenayah yang sering dikaitkan dengan pelbagai taktik berbeza ialah samun Baru baru ini laman FB Polis Kedah telah...
Ingat Kelakaaa Ke Kereta Double Park Tinggal Nota Lu Pikir Sendiri

Ingat Kelakaaa Ke Kereta Double Park Tinggal Nota Lu Pikir Sendiri

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 332 hits
Ingat Kelakaaa Ke Kereta Double Park Tinggal Nota Lu Pikir Sendiri Selebriti Nabil Ahmad sangat dikenali dengan perwatakkan yang ceria dan rileks Tetapi sesempoi mana pun seseorang itu mood baik tetap boleh berubah buruk kerana setiap orang...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025