Musuh Mu Musuh Ku


 

Tengok kisah sekarang teringat kisah lama. Saya bercakap mengenai politik, tentunya. Kisah sekarang ialah perang Umno-PAS. Kisah dulu perang Umno lawan Umno.
Imbau dulu kisah lama. Pemilihan Umno 1987. Perang saudara meletup. Besar perangnya. Pada satu pihak Dr Mahathir Mohamad dan Abdul Ghafar Baba yang dipanggil Tim A. Ramai lagi pemimpin dalam Tim A tetapi dalam konteks artikel ini memadai dinamakan “top two”.
Mahathir ketika itu presiden Umno dan perdana menteri . Ghafar pula timbalan perdana menteri setelah dilantik Mahathir untuk menggantikan Musa Hitam yang letak jawatan kerana berkelahi dengan Mahathir.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Oleh itu pada pemilihan Umno 1987, Ghafar bertanding jawatan timbalan presiden untuk memberi mengesahkan kedudukannya, kerana ikut tradisi timbalan perdana menteri juga timbalan presiden Umno.
Musa walaupun letak jawatan timbalan perdana menteri tidak melepaskan jawatan timbalan presiden Umno yang disandang. Lalu pada pemilihan 1987, beliau mempertahankan jawatan. Berganding dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang mencabar Mahathir untuk jawatan presiden Umno. Regu Razaleigh atau Ku Li dengan Musa bersama ramai nama besar ketika itu dikenali sebagai Tim B.
Apabila Musa mengumumkan keputusan untuk bersama Tengku Razaleigh, bukan sahaja Umno gempar negara turut terkejut. Sebab Musa dan Ku Li musuh ketat dalam Umno. Masing-masing dengan kekuatan dan kebolehan, serta mempunyai ramai penyokong.
Kedua-dua dilihat sebagai mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk menjadi presiden Umno sekali gus perdana menteri suatu hari nanti.
Pada Pemilihan Umno 1981, Musa dan Ku Li bertembung untuk jawatan timbalan presiden. Pertandingan sengit yang akhirnya dimenangi Musa. Tiga tahun kemudian iaitu pada pemilihan Umno 1984, Tengku Razaleigh sekali lagi bertarung dengan Musa untuk jawatan timbalan presiden. Kempen pertandingan lebih sengit. Sekali lagi Ku Li tewas. Musa kekal timbalan presiden Umno.
Selepas pemilihan parti masalah mereka tidak selesai. Meskipun kedua-dua duduk dalam Kabinet Mahathir, bukan lah rahsia besar mereka saling tidak mempercayai dan mencurigai satu sama lain. Ertinya “intensed political rivalry” antara mereka berterusan.
Lantas itulah sebabnya ramai terkejut apabila Musa dan Razaleigh berbaik dan bergabung dalam satu pasukan untuk menentang Mahathir dan pasukannya pada pemilihan Umno 1987. Persoalan yang timbul dalam kalangan orang Umno, pemerhati politik, juga rakyat biasa ketika itu ialah adakah benar perdamaian sudah terjalin antara kedua-dua pemimpin.
Saya berkesempatan bertanya seorang anggota Tim B yang amat rapat dengan Musa. Adakah sengketa lama sudah dilupai? Tuduh menuduh antara kedua-dua pemimpin waktu itu disifatkan amat keras dan pedih.
Jawab orang kuat Musa ringkas: “Kita kalahkan Mahathir dulu. Lepas itu kita ‘take care of Ku Li'”. Maksudnya ditakdirkan Tim B Berjaya menumpaskan Mahathir, perang Musa-Razaleigh akan terjadi semula. Begitu yang saya faham daripada apa yang dikatakan orang kuat Musa kepada saya menjelang pemilihan Umno 1987.
Mengambil kira kata-kata itu, jelas orang kuat Musa itu dan pasukannya berpegang kepada pendapat “the enemy of my enemy is my friend”. Musuh kepada musuh aku ialah kawan aku. Yakni musuh bersama mereka ialah Mahathir. Maka bereskan dulu masalah dengan Mahathir dan apabila berjaya bereskan masalah sesama sendiri. Saya tidak tahu sama ada Musa mahupun Ku Li berpendirian sedemikian ketika mereka berdamai.
Itu kisah lama dan ini kisah zaman sekarang. Apa yang sedang dipertontonkan kepada kita masa kini kebelakangan ini. Kisah Umno dengan PAS.
Sejak berzaman kedua-dua parti itu bersengketa dengan cukup sengit sehingga pernah ‘difatwakan’ apa yang digelar Amanat Hadi. Tidak perlu saya menjelaskannya. Anak muda yang mungkin tidak berapa tahu sila Google dan akan terhurailah apa itu Amanat Hadi.
Serangan Umno ke atas PAS tidak kurang kasar dan dan tajam walaupun diakui Amanat Hadi menyentakkan.
Untuk pendekkan cerita yang panjang apabila BN yang diterajui Umno tewas pada PRU14, terbitlah usaha untuk kedua-dua parti berbaik-baik demi “perpaduan ummah”. Lahirlah Muafakat Nasional.
Semua maklum tujuannya untuk merampas pemerintahan negara daripada genggaman Pakatan Harapan. Namun apabila PAS “mandi dalam beberapa kolam” (ini kata pemimpin tertinggi Umno) maka MN dilihat terbarai. Meskipun Umno kata MN sudah ditalkinkan, realitinya riwayat MN belum ditamatkan secara rasmi.
Oleh itu kita saksikan sekarang kata-kata pedih, bertikam lidah, dan serang menyerang antara Umno-PAS dan pada masa yang sama ada juga kata-kata terutama daripada PAS yang nyata dirancang untuk memberi gambaran MN masih atau boleh terus hidup.
Lihat apa yang diperkatakan oleh presiden PAS dan pemimpinnya pada muktamar parti tempoh hari. Tidak perlu saya ulangi.
Perkembangan terbaharu ialah kenyataan Naib Presiden Umno, Mahdzir Khalid semalam bahawa pimpinan partinya akan menilai cadangan PAS agar Umno bekerjasama dengan PAS bagi 27 kerusi Parlimen (yang dikatakan “kritikal”) pada PRU15.
“Umno sudah mula berlembut,” kata seorang pemerhati politik yang berpengalaman luas mengikuti perkembangan Umno khususnya.
Mahdzir bagaimana pun tidak memaklumkan respon partinya, sekadar memperincikan prosedur lazim seperti cadangan perlu melalui biro politik dan majlis kerja tertinggi yang mempunyai kuasa membuat keputusan. Namun menurut laporan media, Ismail Sabri Yaakob, yang seperti Mahdzir dan Khaled Nordin juga naib presiden, dilihat “menerima” untuk mempertimbangkan cadangan itu.
“Itu satu cadangan yang perlu diberi perhatian supaya tidak berlaku pertembungan (Umno-PAS) di 27 kerusi kritikal itu kerana kalau berlaku pertembungan mungkin boleh memenangkan parti pembangkang,” Ismail dilapor berkata.
Saya tidak dapat elak bertanya adakah PAS mengutarakan cadangan “kerjasama untuk 27 kerusi” sebagai langkah awal untuk terlebih dahulu menjaga air muka setelah kata-kata kesat dilemparkan ke atas Umno? Begitu juga Umno. Kerana mahu jaga air muka maka menyatakan kesediaan mempertimbangkan cadangan setelah pelbagai tuduhan keras dilontar terhadap PAS?
Apa pun persoalan utama adakah ini benar-benar hanya membabitkan 27 kerusi kritikal atau cadangan kerjasama menyeluruh akan menyusul?
Saya tidak terperanjat jika Umno dan PAS berbaik-baik semula jika kedua-dua parti yakin langkah itu boleh memberi kemenangan pada PRU15. Ertinya untuk menang mereka boleh dan akan berbuat apa sahaja. Ini soal kemenangan dan kelangsungan hayat politik, bukan soal ideologi. Bermaaf-maafan atau buang yang keruh ambil yang jernih.
Jika MN yang sedang tenat diberi nafas baharu, bagi saya Umno dan PAS juga berpegang kepada pendirian “the enemy of my enemy is my friend”. Berbaik untuk menewaskan musuh bersama atau “common enemy” – Pakatan Harapan. Tetapi adakah Umno dan PAS juga berpendirian sama dengan apa yang dikatakan kepada saya oleh orang kuat Musa Hitam 35 tahun lalu? Kalahkan “common enemy” dulu kemudian bereskan masalah lama Umno-PAS?
Adakah ia sekadar gencatan senjata yang bersifat sementara, dan perang Umno-PAS akan disambung setelah menang PRU? Atau memang kedua-dua parti ikhlas berbaik dan menjalin perdamaian? Saya tidak berhasrat menjawab segala teka teki itu. Tidak adil saya buat kesimpulan pada waktu ini. Biar masa menentukan.
Lagi pun belum ada keputusan muktamad dibuat terutama Umno. Tetapi jika (diulangi jika) ada satu isu yang boleh mencetuskan perbalahan dan persengketaan, ia tentulah membabitkan jawatan perdana menteri.
Umno memang mahu jawatan itu diduduki pemimpinnya. Ini semua sudah maklum. PAS pula sejak sekian lama yakin dan percaya Abdul Hadi Awang layak jadi perdana menteri. Kepercayaan dan keyakinan itu tidak pernah luntur. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/09/musuh-mu-musuh-ku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Musuh Islam Cuba Hapuskan Kesedaran Berpolitik Golongan Muda Melayu Hadi

Musuh Islam Cuba Hapuskan Kesedaran Berpolitik Golongan Muda Melayu Hadi

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 127 hits
ALOR SETAR Terdapat usaha yang dilakukan oleh musuh Islam untuk menghapuskan kesedaran berpolitik dalam kalangan Melayu Islam khususnya generasi muda Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata ketika ini dapat disaksikan kejayaan peranca...
Awani Ringkas Agong Titah Waspada Musuh Dalam Selimut

Awani Ringkas Agong Titah Waspada Musuh Dalam Selimut

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 153 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Jangan Terlalai Musuh Sebenar Rakyat Dan Negara

Jangan Terlalai Musuh Sebenar Rakyat Dan Negara

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 220 hits
IA BUKAN soal vediosex atau buku itu lebih kepada moral seorang dua pemimpin dan jika benar mereka LAYAK dicampak KE sarang buaya NEGARA Tak rugi APA Musuh sebenar adalah mereka yang sedang DIDAKWA dengan tuduhan Jenayah melingkupkan NEGARA...
Hiburan Dah Tua Kalau Nak Musuh Sharnaaz Fattah Kekok Berganding Di Pentas Mls3

Hiburan Dah Tua Kalau Nak Musuh Sharnaaz Fattah Kekok Berganding Di Pentas Mls3

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 150 hits
Pelakon kacak telah dijemput sebagai artis undangan untuk berganding bersama kumpulan Ubi di pentas minggu ke 8 Muzikal Lawak Superstar 3 baru baru ini Minggu itu menyaksikan kumpulan Ubi yang dianggotai oleh Fad Bocey Sharif Zero dan Namie...
Video Kapolri Jenderal Listyo Tegaskan Musuh Polri Juga Musuh Kostrad

Video Kapolri Jenderal Listyo Tegaskan Musuh Polri Juga Musuh Kostrad

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 161 hits
Kapolri Jenderal Listyo Sigit Prabowo dikukuhkan sebagai warga kehormatan keluarga besar Kostrad Ia dikukuhkan langsung oleh Panglima Kostrad Letjen Maruli Simanjuntak
Azi Sangat Baik Tiada Musuh Komited Dalam Kerja

Azi Sangat Baik Tiada Musuh Komited Dalam Kerja

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 245 hits
The ReporterRosnazirah Mohd Naim 36 yang diculik sekumpulan lelaki pada 13 September lalu dari kediamannya dan dibawa ke negara jiran sehingga kini masih belum ditemui Polis Diraja Malaysia juga telah meminta bantuan dari pihak berkuasa Tha...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba