Muslimat Pas Pahang Mahu Tindakan Undang Undang Di Kenakan Terhadap Darren Chan


 

KUANTAN - Muslimat PAS Negeri Pahang mahu tindakan undang-undang dikenakan terhadap Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sugarbook, Darren Chan kerana menawar kegiatan yang menjurus kepada persundalan elit.
Sehubungan itu, laporan polis telah digerakkan Dewan Muslimat PAS Kawasan-kawasan negeri ini menggesa kegiatan tidak bermoral dan menggadai maruah wanita terutama anak muda remaja tersebut dapat dihentikan segera.
Timbalan Ketua Muslimat PAS Kawasan Bentong, Faezah Mohammad berkata, aplikasi tersebut boleh menyebabkan kegiatan pelacuran mungkin terjadi semudah akses di hujung jari antara Sugar Daddy dan Sugar Baby.
“Pemilik dan seluruh aplikasi ini mesti disiasat dan diharamkan kerana menyedia ruang kepada rakyat Malaysia terlibat dalam perbuatan salah di sisi agama dan undang-undang,” ujarnya kelmarin.
Beliau yang menyuarakan kebimbangan terhadap keterlibatan anak-anak mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) itu diiringi Ketua Penerangan Muslimat PAS Bentong, Yusma Yusof membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.
Ketua Muslimat PAS Kawasan Jerantut, Ustazah Norasmah Idris mahu aplikasi tersebut dihapuskan sama sekali dari terus menyebabkan golongan kesempitan wang terjebak ke dalam kegiatan ditawarkan Sugarbook.
Tegasnya, kecanggihan teknologi yang berkembang pesat era millenia ini mesti dipantau dari perkara merosakkan akhlak dan menjerumus ke kancah maksiat serta menyelamatkan negara dari kemurkaan Allah.
Norasmah bersama Ahli Jawatankuasa Harian Muslimat PAS Jerantut menyuarakan perkara tersebut ketika hadir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Jerantut, kelmarin.
Manakala laporan oleh Muslimat PAS Kawasan Kuantan telah dibuat Ketua Penerangan, Maskhazila Ismail yang diiringi Ketua, Azizah Ali dan Timbalan, Ustazah Sakinah Mokhtar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, semalam.
Muslimat PAS Kawasan Temerloh pula menyifatkan Sugarbook terang-terang membawa kepada aktiviti penzinaan dan kegiatan tidak bermoral ke atas maruah kaum wanita khususnya generasi pemangkin negara di IPT.
Ketua Muslimat PAS Temerloh, Ustazah Alawiyah Kasdan berkata, ia bukan sahaja mencemarkan IPT, tetapi lebih utama adalah kesalahannya di sisi agama dan undang-undang yang mesti dipandang serius dan berat.
“Ia merosakkan imej masyarakat dan negara. Jalan-jalan dosa mengundang kemurkaan Allah seperti ini mesti ditutup. Islam melarang menghampiri zina, apalagi melakukan zina. Ia dosa besar wajib dijauhi.
“Tidak mustahil juga berlaku kelahiran tidak sah taraf dan mengambil jalan teruk seperti buang bayi dan sebagainya,” ujarnya yang hadir bersama Ketua Penerangan Muslimat PAS Temerloh, Suhaila Sahbudin di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, semalam.
Beliau menasihatkan pelajar yang terjebak agar kembali ke pangkal jalan dan bertaubat serta berharap pihak kementerian berkaitan mengambil langkah usahasama membanteras segera isu ini dengan tindakan sewajarnya.

Sementara Muslimat PAS Kawasan Indera Mahkota telah membuat laporan polis dengan turut bersama Pertubuhan Cakna Hal Ehwal Wanita (HELWA Care) Kuantan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, hari ini.
Ketua Penerangan Muslimat PAS Indera Mahkota, Habsah Ali menegaskan, laporan itu sebagai mempertahankan maruah wanita yang seolah dipijak-pijak dengan kegiatan dan pekerjaan dipromosikan Sugarbook.
Bidas beliau, pemilik platform ‘dating’ itu ternyata tidak sensitif dengan sentimen keagamaan, malah menyebabkan kegiatan dan perhubungan sosial bebas semata-mata untuk mendapat pulangan lumayan.
Manakala Timbalan Pengerusi HELWA Care, Salbiah Seeni Abdul memuji langkah diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang pantas membuka fail kes dan menggesa masyarakat tidak bimbang melaporkan anasir seperti ini.
Menurut Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Kuantan, Sarjan Hamie Abdullah, semua laporan berkenaan akan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan lanjut.
Ketua Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor menegaskan, sepatutnya golongan lelaki menjadi pelindung maruah wanita, tetapi aplikasi tersebut Sugar Daddy mencemarkan Sugar Baby.
Beliau mendesak siasatan pihak berkuasa akan dilakukan hingga akar umbi dan membanteras dan mengenakan hukuman sewajarnya ke atas pihak terbabit kerana melanggar undang-undang dan kemuliaan wanita. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/02/sugar-book-muslimat-pas-pahang-mahu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Pemimpin Muslimat Pas Pahang Perbaharui Syahadah

Bekas Pemimpin Muslimat Pas Pahang Perbaharui Syahadah

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 220 hits
Malaysiakini Calon PAS dalam pilihan raya umum lalu dilaporkan memperbaharui lafaz syahadahnya selepas didapati menyeleweng daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah Dr Wan Maseri Wan Mohd melafazkan kalimah syahadah itu selepas membuat pengak...
Hiburan Gambar Peribadi Disalah Guna Untuk Iklan Jana Duit Eyra Hazali Berang Dan Bakal Ambil Tindakan Undang Undang

Hiburan Gambar Peribadi Disalah Guna Untuk Iklan Jana Duit Eyra Hazali Berang Dan Bakal Ambil Tindakan Undang Undang

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 327 hits
Pelakon Eyra Hazali meluahkan rasa berang apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab telah menggunakan foto diri dan keluarganya untuk membuat iklan menjana kewangan palsu kepada pengguna Sumber Instagram Eyra Hazali Eyra atau nama seben...
Hiburan Sering Difitnah Ustaz Abu Syafiq Samakan Dirinya Dengan Janna Nick Sokong Tindakan Undang Undang Dilakukan

Hiburan Sering Difitnah Ustaz Abu Syafiq Samakan Dirinya Dengan Janna Nick Sokong Tindakan Undang Undang Dilakukan

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 254 hits
Pendakwah terkenal Ustaz Abu Syafiq menerusi ruangan Instagramnya tampil menitipkan pesanan khas buat pelakon Janna Nick berikutan kontroversi yang menimpanya baru baru ini Sumber Instagram Ustaz Abu Syafiq Menurut Abu dia simpati dengan na...
Tmj Akan Nego Dengan Sumareh Kurangkan Tuntutan Tunggakan Gaji Terhadap Pahang

Tmj Akan Nego Dengan Sumareh Kurangkan Tuntutan Tunggakan Gaji Terhadap Pahang

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 163 hits
JOHOR BAHRU Isu pembayaran tunggakan gaji dan pelanggaran kontrak Persatuan Bolasepak Negeri Pahang yang bernilai RM4 9 juta kepada bekas pemainnya Mohamadou Sumareh seakan nampak jalan penyelesaiannya Ini berikutan majikan baharu Sumareh y...
Naratif Pas Tidak Selari Dengan Tindakan

Naratif Pas Tidak Selari Dengan Tindakan

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 163 hits
Ekosistem di mana terlampau ramai orang yang terlibat dengan rasuah budaya memberi rasuah dan menerima rasuah dan budaya boleh terima rasuah InsyaALLAH kalau kita ada keikhlasan kesungguhan kita akan dapat bina Malaysia baharu dengan narati...
Pemuda Pas Kerah Buat Laporan Polis Terhadap Salahuddin Ayub

Pemuda Pas Kerah Buat Laporan Polis Terhadap Salahuddin Ayub

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 191 hits
MALAYSIA DATELINEDewan Pemuda Pas Malaysia mengerah anak buahnya agar membuat laporan polis ke atas bekas ketua mereka Datuk Seri Salahuddin Ayub kerana tidak membuat laporan ketika ditawarkan sogokan percutian mewah oleh kartel daging Menu...
11 Orang Pegawai Kanan Serta Anggota Polis Di Kenakan Tindakan Kerana Cuai Salah Laku

11 Orang Pegawai Kanan Serta Anggota Polis Di Kenakan Tindakan Kerana Cuai Salah Laku

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 207 hits
KUALA LUMPUR Dua anggota polis yang bertugas menjaga lokap dalam kejadian remaja perempuan dirogol tahanan lain di lokap Balai Polis Pusat Miri Sarawak 9 Januari lalu sudah ditahan kerja bermula 14 Januari lalu Pengarah Jabatan Integriti da...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan