Musim Panas




Assalammualaikum..
Bulan March 2019.
Dah sampai ke Minggu pertengahan bulan 3.
Alhamdulillah semuanya sihat.
Minggu ke dua dalam March, anak-anak saya dan saya tak sihat.
Yang saya tetiba malam demam. Pastu pagi sakit tekak yang amat, pakej suara pun yilek.
Anak anak saya demam batuk sakit tekak. Sama je la penyakitnya.
Bila 3 beranak sekali pergi klinik, 3-3 dapat MC.

Ingatkan yang sulung (Haziq) dah sihat, lepas berehat MC 2 hari.
Tetiba baru pergi sekolah sehari,
Received call dari sekolah, inform anak saya Haziq sakit perut dan pakej cirit birit.
Burst berderai keluar.. kesian anak saya..
Kelam kabut hari tu saya ambil EL ½ day terus ke sekolah menjemput anak.
Pergi klinik lagi sekali, sebeban lagi ubat dapat untuk haziq.

Susut dah badan anak bila tak sihat ni..
Hari cuti minggu 2 hari lepas memang tak keluar rumah kami anak beranak.
Ibu jadi nurse la untuk anak-anak. Suami pula tukang pemantau masa makan ubat.
Kejap-kejap kang terjerit la remind pasal ubat.
Makan pun saya suap ya anak-anak saya 2 orang tu.
walau anak dah besar dah nak sama tinggi saya pun,
kalau tak di suap memang tak selera la mereka-mereka ni makan masa tak sihat ni.

Bila lepas makan ubat, mereka akan baring-baring sambal tengok tv,
Saya yang duduk sebelah pun ikut teman berbaring.
Bila dah berbaring tu saya menyambil la godek-godek Instagram.

Tengok sana orang konflik
Tengok sini pun konflik
Bila tengok whatsapp group pun gaduh gak
Whatsapp group yang ni pula kes gaduh bini orang kacau laki orang.
Mostly ramai betul orang bergaduh.
Huhuhuhu macam musim orang bergaduh pulak lately ni ya.
Takyah cakap orang lain la hai
kami sendiri ni pun tengah konflik dengan orang terdekat..
(bukan darah daging mahupun sedara mara)
konflik ni pun sebenarnya berpunca dari  si polan ni meracun habis hasil tanaman kebun kecil belakang rumah saya. Agaknya masa kami takde kat rumah gaknya dia buat kerja.

Bukan di luar pagar ya.. beliau meracun tanaman saya yang berada di dalam pagar rumah saya.
Hebat kan beliau!
Bukan bangsa dan agama lain pun dari kita, sama bangsa dan agama ya..
Tapi itulah, perasaan negative tu tak mengenal bangsa dan agama pun.
Boleh je jadi pada semua orang. Tak kira bangsa ataupun agama.

Alasan dari dia, pokok-pokok tanaman saya memberi punca lipan datang rumah dia..
Hahahahaha.. kelakau nau alasan beliau!
Memang mungkin salah kami tak trim pokok-pokok kami sampai naik lalang..
tapi maaf ya kawan, walaupun lalang yang ada tu pun
sama sekali tidak masuk ke dalam rumah kamu.
Tiap hari, saya pantau keadaan kebun saya tu, jangan sampai masuk kawasan orang.
Walau tak sempat saya nak cabut lalang/rumput padang tu masa weekday.

Perbuatan kamu yang sesuka hati meracun tanpa kebenaran tuan rumah itu
adalah sama sekali salah ya!!
Kot ya pun kamu bengang sangat dengan kebun kami yang ada lalang tu,
Bagi je tahu kami suruh potong@trim.
Kami boleh buat sendiri! sebab itu kawasan rumah kami! Halaman kami! dan tanah kami!.
So di hari kejadian, kami laki bini dah voice out kan ape yang patut di cakap
pada beliau di masa hari face to face itu.
Beliau minta kami list kan harga untuk dia bayar pampasan,
wahh mudahnya nak settle kan dengan duit.
Ni ikut style mana ni ya segala problem perlu duit untuk jalan penyelesaian masalah.

Pokok limau purut yang merendang siap dengan buah yang merimbun

Pokok nenas 4 rumpun
Pokok pandan berumpun rumpun
Pokok kunyit 3 pokok
Pokok Kari


Semua pokok-pokok ni saya guna untuk masak.. huwaaaa!!!😢

Selama ni kalau nak guna je ada je kat belakang boleh petik-petik.
Sekarang ni semua kena beli😠😠
Sedih! Ralat! Kesal! Sakit hati! Semua terbit.


Lepas pada kejadian tu kami satu family isytihar kan,
they are stranger to us & not need to  care and ignore them. FULLSTOP!!
Kita perlu jauhi orang negative macam tu yang takde timbang rasa dan mementingkan diri sendiri.
Kita tak perlukan aura negative macam tu merosakkan hari-hari positif kita.

Bila sembang-sembang kosong dengan suami,
Saya tanya suami kenapa lately ni sana sini ramai orang konflik dan bergaduh..
“Musim panas sekarang ni.. semua orang pun PANASSS je..” jawab suami.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zulieta.com/2019/03/musim-panas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berjaga Jaga Di Musim Panas

Berjaga Jaga Di Musim Panas

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 454 hits
Sekarang cuaca sekarang tidak menentu tambahan pula sudah masuk musim kemarau Cuaca di utara terutama di Kedah Paling tinggi adalah 37 Celcius Oleh itu lebih baik kita berhati hati di musim panas ini
Ini Resepi Air Yang Terbaik Untuk Musim Panas

Ini Resepi Air Yang Terbaik Untuk Musim Panas

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 460 hits
Musim panas Dapat air kosong sejuk pun dah nikmat kan Tapi kalau terasa nak air yang ada perisa dan manis Apa kata kita pakat buat 5 jenis air ni Bukan sahaja melegakan tekak Tapi terbaik untuk detox dan boleh kuruskan badan kalau amalkan H...
Tnb Dedah Cara Jimat Aircond Ketika Musim Panas

Tnb Dedah Cara Jimat Aircond Ketika Musim Panas

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 736 hits
KUALA LUMPUR Tenaga Nasional Berhad menasihatkan pengguna mengamalkan penggunaan pendingin hawa secara bijak ketika cuaca panas ini yang dijangka sehingga Mei kerana ia boleh mengakibatkan atau menjurus kepada penggunaan tenaga yang tinggi ...
Hiburan Bentuk Badan Tidak Sama Itu Bukan Saya Aiman Tino Nafi Terlibat Dalam Video Panas

Hiburan Bentuk Badan Tidak Sama Itu Bukan Saya Aiman Tino Nafi Terlibat Dalam Video Panas

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 589 hits
Sejak beberapa hari lalu viral video lucah seorang lelaki sedang melakukan aksi ghairah yang dikatakan mirip penyanyi Aiman Tino Baru sahaja berpeluang untuk menonton video panas tersebut Aiman hari ini tampil menafikan bahawa lelaki didala...
Sentiasa Sokong Amp Nasihat Video Panas Tersebar Ibu Aiman Tino Beri Kenyataan

Sentiasa Sokong Amp Nasihat Video Panas Tersebar Ibu Aiman Tino Beri Kenyataan

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 372 hits
Semalam telah tular di media sosial mengenai video panas penyanyi remaja Aiman Tino yang didakwa tidak berpakaian dan keadaan seperti itu dirakam olehnya Aiman Tino 20 yang sebelum ini dikatakan bebas kontroversi telah mengejutkan ramai pih...
Hujan Sekian Lama Panas

Hujan Sekian Lama Panas

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 293 hits
Hujan sekian lama AlhamdulillahBersyukur atas kurniaan Ilahi
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar