Musim Durian Dah Tiba Jom Kenali 5 Raja Buah Malaysia


 


Musim durian dah tiba! Jom kenali 5 Raja Buah Malaysia! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Musim durian dah tiba! Bagi pengemar buah durian, ini sememangnya waktu yang di tunggu-tunggu. Bagi aku sekeluarga, yang memang hantu durian ini, memang boleh kata setiap hari jugalah ada durian dekat rumah. Ada duit lebih, dapatlah makan yang sedap-sedap sikit macam Musang King atau Durian Udang merah. Kalau duit tak berapa nak banyak, kita makan durian kampung sahaja, janji durian! Hehehe.

Jenis-jenis durian di Malaysia.

Sebenarnya kita sangat bertuah kerana terdapat pelbagai jenis pilihan durian di Malaysia. Ada orang yang tak suka makan durian kampung tapi suka makan “durian mahal” sahaja. Ada pula orang-orang lama, tak suka makan durian kacuk, “tekak” mereka lebih selesa dengan durian kampung. Apa pun, kita tetap bertuah dengan kepelbagaian jenis durian yang ada di Malaysia.

Bila bercerita tentang durian ini, bukan semua rakyat Malaysia yang suka makan durian. adik beradik aku sendiri ada yang tak suka makan durian, katanya rasa tak sedap! Anak sulung aku pun tak suka makan. Apa yang mampu aku cakap pada dia,

“Rugilah kamu sebab tak merasakan nikmat dunia ini. Belum pasti akan datang kamu akan rasa lagi buah ini”

Yang sebenarnya aku geram sebab anak sulung aku tak suka makan durian. Berbanding dengan anak yang lain, mereka memang hantu durian! kerana mereka jugalah, aku kena cari durian hari-hari dan pastikan paling kurang kena ada 2 biji durian dekat rumah.

Di kawasan tempat aku tinggal sekarang, dikelilingi dengan pokok-pokok durian yang sedang mengeluarkan hasil. Ada beberapa pokok di tepi jalan besar (yang penuh dengan buah). Kalau ikutkan, boleh sahaja nak kutip pagi-pagi. Tapi disebabkan wife aku tak izinkan (walhal setiap pagi aku tengok orang datang kutip), aku ikutkan sahajalah dan “terpaksalah” pergi beli setiap hari, hehehe.

Oklah! Apa kata jom kita sama-sama belajar mengenai jenis-jenis raja buah di Malaysia!



#1. Durian Musang King.

Ini boleh dikatakan raja segala buah durian. Musang king berasal daripada Tanah merah Kelantan dan ia merupakan buah kegemaran disebabkan rasa yang lemak manis namun ada sedikit pahit. Isi buah durian musang king berwarna kuning keemasan dan mempunyai isi yang tebal serta biji yang kecil berbanding buah durian yang lain.



#2. DurianTekka.

Baik, seterusnya adalah durian Tekka. Buah ini berasal daripada banting Selangor. Sebenarnya ada banyak nama bagi buah durian ini namun tekka juga yang paling dikenali. Isi tekka berwarna krim kekuningan dan biji pula bersaiz sederhana. Rasanya pula sedikit pahit dan berlemak.



#3. Durian Udang merah.

Durian ini berasal daripada balik pulau,pulau pinang. Isinya berwarna kuning jingga kemerahan. Dan dikatakan banyak negeri yang tanam pokok durian udang merah ini namun rasa asli dan padu pastinya datang daripada pokok yang di tanam di balik pulau. Rasa durian udang merah ini lemak manis dan isinya sedikit lembik.



#4. Durian black thorn.

Seterusnya adalah durian duri hitam. Kenapa durian ini tidak berada di tempat teratas walaupun harganya adalah lebih mahal daripada musang king adalah kerana kesukaran nak jumpa durian ini di dalam market Malaysia. Pernah baca di dalam laman sosial, ada yang kata sebatang pokok durian duri hitam hanya mengeluarkan 2-3 biji sahaja. Mungkin sebab itu harga lebih mahal.

Walaupun isi duri hitam tidak setebal isi musang king, namun rasa lemak manis durian duri hitam mempunyai keunikkannya yang tersendiri.



#5. Durian kampung.

Ahha! Ini adalah jenis durian yang dicari ramai rakyat Malaysia! Selain rasanya yang “ori durian”, harganya juga menjadi faktor penting menjadi pilihan utama. Apa yang menariknya mengenai durian kampung ini adalah kerana rasa bagi setiap buah adalah berbeza.

Ada yang rasa pahit, ada rasa manis, ada yang rasa tawar, yang tiada rasa langsung pun ada! Hahaha. Orang kata ikut nasib la!

Oklah! Itulah 5 jenis durian terkenal yang boleh aku kongsikan dengan korang. Sebenarnya ada banyak jenis lagi tapi aku kongsikan yang ini dahulu sebab jenis-jenis ini yang terkenal dan paling banyak disebutkan. Baiklah, dah cerita pasal durian ni, aku nak keluar kejap lah! keluar buat apa? Cari durian lah! hahahahaha.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrejoy.com/2021/06/musim-durian-dah-tiba-jom-kenali-5-raja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Kuiz Jom Teka Filem Malaysia Melalui Emoji

Hiburan Kuiz Jom Teka Filem Malaysia Melalui Emoji

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 304 hits
Seperti sedia maklum sudah hampir sebulan kerajaan mengumumkan total lockdown Ramai yang sudah ketandusan idea untuk menghilangkan kebosanan duduk di rumah Sebenarnya banyak aktiviti yang dapat kita lakukan bagi mengisi masa lapang antarany...
Harga Durian Premium Di Singapore Lebih Murah Daripada Durian Tepi Jalan Malaysia

Harga Durian Premium Di Singapore Lebih Murah Daripada Durian Tepi Jalan Malaysia

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 444 hits
Setiap kali musim buah durian aka raja buah pasti isu harga buah menjadi topik utama rakyat Malaysia Selain isu harga Durian timbang kilo yang kulitnya lebih berat daripada isi isu buah tidak primium dijual harga lebih mahal berbanding duri...
Surviving Covid 19 Siege Malaysia Needs A Lockdown Exit Strategy Raja Ahmad Iskandar Fareez

Surviving Covid 19 Siege Malaysia Needs A Lockdown Exit Strategy Raja Ahmad Iskandar Fareez

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 243 hits
Imagine the joy of embracing our loved ones Schoolchildren returning to classes University students going back to campuses Restaurants and stalls bustling with customers hanging out with their friends or co workers These are some of the pic...
145 Pekerja Migran Dari Malaysia Tiba Di Bandara Soekarno Hatta

145 Pekerja Migran Dari Malaysia Tiba Di Bandara Soekarno Hatta

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 200 hits
Daerah asal para TKI itu Bengkulu Kalimantan Barat Kalimantan Selatan Sulawesi Selatan Sulawesi Utara masing masing satu orang lalu masing masing dua orang berasal dari Jambi Jawa Tengah Sulawesi Tenggara Sumatera Barat serta Sumatera Selat...
Kenali 25 Mommy Bloggers Malaysia 2020 Yang Best Untuk Di Follow

Kenali 25 Mommy Bloggers Malaysia 2020 Yang Best Untuk Di Follow

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 285 hits
Kenali 25 Mommy Bloggers Malaysia 2020 Yang Best Untuk Di Follow Pembahagian masa antara Dunia blogging dan Dunia kerjaya bukan lah sesuatu yang mudah ya Tak kira lah kalau anda merupakan wanita berkerjaya sepenuh masa atau pon Surirumah ta...
Senarai Harga Buah Durian Popular Dari Pulau Pinang

Senarai Harga Buah Durian Popular Dari Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 700 hits
Musim durian kembali lagi di tahun 2021 Desas desus mengatakan disebakan oleh Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 harga jualan buah durian jatuh merudum disebabkan kesukaran untuk menjual selain berlaku lambakan bekalan Tetapi daripada peneliti...
Sempena Bulan Kemerdekaan Jom Tabik Hormat Frontliner Malaysia

Sempena Bulan Kemerdekaan Jom Tabik Hormat Frontliner Malaysia

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 864 hits
Sempena bulan kemerdekaan Riss nak buat kelainan sedikit Nak menghargai pengorbanan frontliner yang bertukus lumus dalam memakmurkan negara kita Untuk Entry Tabik Fronliner Malaysia kali ini Riss akan bahagi kepada 4 Edisi iaitu Tabik Horma...
Pkr Kata Pandangan Hadi Mengenai Musuh Islam Di Malaysia Janggal

Pkr Kata Pandangan Hadi Mengenai Musuh Islam Di Malaysia Janggal

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 296 hits
PKR kata pandangan Hadi mengenai musuh Islam di Malaysia janggal Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang semalam dilihat agak janggal dan mengelirukan apabila dimulakan dengan memetik hadis yang lari daripada konteks yang ingin disampaikan ...
Michael Ang Bagi Cadangan Genius Kepada Yb Khairy Istimewa Buat Kayangan Malaysia

Michael Ang Bagi Cadangan Genius Kepada Yb Khairy Istimewa Buat Kayangan Malaysia

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 343 hits
Kontroversi mengenai quota vaksin semakin menjadi bualan hangat di sosial media ramai yang mempersoalkan quota yang diperuntukkan oleh kerajaan
Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

Ju Haknyeon Didepak Dari The Boyz Oleh Agensi Begini Kronologinya

Biodegradable E Textiles Weaving Sustainability Into Wearable Tech

High Court Discharges Najib In Rm27m Src Case Stalled Since 2019 Does Not Acquit

Maxwel Franklin Saran Chelak Jari Tua Chord

Elmegheny Feat Reham Husen Eshna Ad Eih Chord

Hiburan Pernah Ke Kami Bertindak Kosong Caprice Dakwa Ada Bukti Naim Daniel Terlibat Kes Amang Seks Al

Editing Tools For Drawing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iran Serang Kilang Penapisan Minyak Haifa Di Hari Ke 4

Beli Iphone Murah Bawah Rm2000 Di Malaysia Refurbished Vs Second Hand Mana Lebih Berbaloi

Serawa Buah Bachang

Iddin Ramli Sembang Dari Imam Masjid Ke Empayar Naseehat Trauma Kejayaan

Compartment Food Box Custom Solusi Ideal Untuk Makanan Seimbang Menarik

Ustaz Azhar Idrus Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia Pesan Jangan Letak Harapan Tinggi Tiada Yang Sempurna