Musa Aman Perlu Serah Semula Pasport Kepada Mahkamah


tyrazalhe Bekas Ketua Menteri Sabah boleh dirawat di dalam negara


KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman perlu memulangkan semula pasportnya kepada Mahkamah Sesyen selepas Mahkamah Tinggi hari ini mengetepikan arahan Mahkamah Sesyen yang membenarkan beliau mendapatkan semula pasport sementaranya untuk mendapatkan rawatan di Singapura dan London.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pendakwaraya agar dikaji semula perintah itu yang dibuat oleh hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob yang membenarkan Musa, 68, dibebaskan pasport antarabangsanya daripada ditahan bagi membolehkan beliau mendapatkan rawatan ke luar negara.
Dalam penghakimannya, Mohd Zaini berkata, adalah tidak dipertikaikan bahawa Musa mengalami beberapa penyakit sebaliknya koronori semulajadi sahaja di samping tiada cadangan oleh tertuduh yang beliau hanya boleh dirawat di Singapura dan United Kingdom, London sahaja.
“Isu berkaitan di sini ialah sama ada beliau perlu diberi kebebasan untuk mendapatkan rawatan dan ujian di luar negara. Tidak terdapat cadangan oleh tertuduh bahawa beliau hanya boleh dirawat di Singapura dan United Kingdom. Ia bergantung kepada beliau untuk menunjukkan bahawa dia memerlukan perhatian perubatan khas yang mana tidak terdapat di negara ini.
“Pada fikiran saya, tertuduh hanya mahu dirawat oleh doktor pilihan beliau. Andaiannya ialah beliau boleh dirawat dalam negara dan penyakit yang dialaminya boleh dirawat oleh doktor dalam negara. 
Malahan surat-surat yang dikemukakan dalam afidavit menunjukkan rumusan yang sama,” katanya.
Hakim berkenaan seterusnya berkata, dalam melaksanakan semakan kuasa, beliau sepatutnya berpuashati dengan pembetulan, perundangan atau kewajaran perintah yang dibuat oleh hakim Mahkamah Sesyen dan isu utamanya ialah pembetulan kepada perintah berkenaan.
Mohd Zaini berkata, perintah yang dibuat itu tidak betul kerana pada pandangan beliau, hakim Mahkamah Sesyen telah gagal untuk menghargai sepenuhnya kenyataan itu.
“Kenyataan bahawa pasport beliau (Musa) diarah supaya diserahkan apabila jaminan kali pertama ditetapkan, bermakna beliau adalah satu risiko untuk melakukan penerbangan, dan ada keperluan untuk membendung kebebasan pergerakan untuk penerbangan di luar negara,” katanya bagi pembatalan arahan Mahkamah Sesyen itu.
Hakim itu turut menjelaskan bahawa mengikut kes-kes lepas bahawa kebebasan pergerakan seseorang tertuduh yang menghadapi tuduhan jenayah adalah terikat, lebih-lebih lagi apabila pertuduhan adalah serius seperti kes yang ini.
“Perlu ada syor sebab yang menyakinkan, sebelum tertuduh boleh dibenar ke luar negara. Ini tidak berlaku dalam kes ini.
“Oleh itu, saya mengetepikan perintah Mahkamah Sesyen bertarikh 7 Januari, 2019. Namun syarat bagi jaminan asal akan dikekalkan,” katanya.
Dengan perintah ini, Musa perlu memulangkan semula pasport beliau kepada Mahkamah Sesyen hari ini.
Timbalan pendakwaraya awam, Datuk Salim Shoib mewakili pendakwaan manakala peguam Amer Hamzah Arshad dan Ridha Abdah Subri mewakili Musa.
Semalam, Salim memohon kepada Mahkamah Tinggi agar mengkaji semula keputusan Mahkamah Sesyen pada 7 Januari, yang membenarkan permohonan Musa agar pasportnya tidak ditahan untuk membolehkan beliau mendapatkan rawatan ke London.
Salim dalam hujahnya berkata asas untuk mendapatkan rawatan di luar negara yang digunakan oleh Musa, bagi diserahkan pasport adalah bukan sesuatu yang istimewa, tidak kukuh dan tidak memaparkan kecemasan.
Pada 7 Januari, Rozina membenarkan permohonan Musa bagi pasportnya tidak ditahan dari 15 Januari hingga 10 Februari dengan syarat ahli politik Sabah itu akan hanya boleh pergi ke Singapura dan London sahaja.
Beliau juga memberi arahan agar Musa memulangkan semula pasportnya selewat-lewatnya pada 11 Februari dan menambah kata, jaminan itu pula diperlukan sebagai akuan kepada tertuduh dan bagi mengetahui di mana dia berkata dalam tempoh itu.
Pada 5 November, 2018, Musa minta dibicarakan atas 35 pertuduhan rasuah membabitkan US$63.3 juta (RM263 juta) melibatkan kontrak konsesi balak di Sabah. Dia dibenar ikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin. – Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/musa-aman-perlu-serah-semula-pasport.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rayuan Ditolak Musa Aman Diarah Serah Pasport

Rayuan Ditolak Musa Aman Diarah Serah Pasport

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 203 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan bekas Ketua Menteri Sabah Musa Aman agar menyerahkan semula pasportnya Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwa agar keputusan membenarkan Musa memegang pa
Permohonan Pasport Musa Aman Diketahui Isnin

Permohonan Pasport Musa Aman Diketahui Isnin

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 166 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 7 Januari ini untuk memutuskan permohonan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman untuk mendapatkan semula pasportnya dari mahkamah bagi mendapatkan rawatan di luar negara Hakim Rozin...
Akhirnya Anak Musa Aman Angkat Sumpah Hari Ini

Akhirnya Anak Musa Aman Angkat Sumpah Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 227 hits
KUALA LUMPUR Setelah lapan bulan menghilangkan diri selepas PRU14 yang berlangsung 9 Mei 2018 lalu akhirnya Ahli Parlimen Sipitang Yamani Hafez Musa mengangkat sumpah jawatannya hari ini Tepat jam 10 05 pagi Yamani Hafez mengangkat sumpah d...
Court Orders Musa Aman To Return His Passport

Court Orders Musa Aman To Return His Passport

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 158 hits
The High Court in Kuala Lumpur today ordered former Sabah chief minister Musa Aman to return his international passport after granting a review sought by the prosecution This came after the Sessions Court had last week Musa s passport to be...
Lelaki Ini Kuburkan Diri Sendiri Untuk Dilahirkan Semula Sebagai Tuhan

Lelaki Ini Kuburkan Diri Sendiri Untuk Dilahirkan Semula Sebagai Tuhan

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 384 hits
Seorang lelaki dari India diselamatkan oleh polis tempatan selepas menguburkan dirinya selama kira kira 8 jam Apabila disoal siasat beliau berkata tindakan itu dilakukan untuk dilahirkan semula sebagai Tuhan Kejadian ini bermula ketika Deer...
Alam Semula Jadi

Alam Semula Jadi

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 286 hits
Keindahan alam semula jadi Bukankah alam ini Dia yang menjadikan
Cuepacs Setuju Cola Dikaji Semula

Cuepacs Setuju Cola Dikaji Semula

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 452 hits
KUALA LUMPUR Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam mengalu alukan cadangan kerajaan mengkaji semula elaun kos sara hidup bagi pegawai kerajaan berikutan kos sara hidup yang makin meningkat Presidennya Datuk Azih Muda berk...
Bilakah Perlu Tukar Bateri Kereta Dan Perlukah Dicas Semula

Bilakah Perlu Tukar Bateri Kereta Dan Perlukah Dicas Semula

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 415 hits
Bateri kenderaan akan mengalami susut kuasa selepas kerap digunakan untuk menghidupkan enjin mengaktifkan segala perkakasan elektronik kenderaan menyalakan lampu dan pelbagai sistem lain lagi Bagaimanapun bateri kenderaan juga sentiasa dica...
Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Nepal Haram Produk Rempah Dari India Selepas Hong Kong Singapura

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

2 Pegawai Polis Johor Terbunuh Suspek Dikaitkan Dengan Kumpulan Pengganas Jemaah Islamiyah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Spring Harbor House By Johnsen Schmaling Architects In Madison Wisconsin

Pengukus Lubang Tepi

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

New Environment