Murid Di Malaysia Tidak Berminat Berpakaian Kasual Ke Sekolah Tinjauan


Imej hiasan

PETALING JAYA: Murid-murid di Malaysia tidak bersedia untuk menghentikan amalan lama memakai seragam ke sekolah.

Namun, mereka menyatakan bahawa mereka akan lebih gembira jika sekolah tidak terlalu ketat dengan gaya rambut.

Satu tinjauan ringkas oleh akhbar The Star menunjukkan bahawa mereka tidak begitu berminat untuk mengikuti rakan sebaya mereka di Bangkok, yang membenarkan 437 buah sekolah di ibu negara Thailand itu memakai pakaian kasual sekali seminggu.

(Selain daripada satu hari tiada seragam dalam seminggu yang diumumkan oleh Pentadbiran Metropolitan Bangkok bulan lalu, sekolah-sekolah di Bangkok ini juga diarahkan untuk melonggarkan peraturan berkaitan dengan gaya rambut pelajar.)

"Saya tidak pasti sama ada saya menyukai idea memakai pakaian kasual sekali seminggu kerana sesetengah orang akan berpakaian secara tidak sesuai, yang boleh menjadi tidak sopan kepada orang lain," kata Beanie Lee, 17.

Walaupun dia mengakui bahawa ianya satu tindakan baik untuk membenarkan pelajar-pelajar memakai pakaian kasual, dia rasa ini boleh menarik perhatian kepada perkara-perkata tidak diingini.

"Tetapi saya suka jika mereka melonggarkan peraturan berkaitan dengan gaya rambut. Ini kerana sesetengah sekolah terlalu ketat dengan gaya jambang atau rambut, yang akhirnya dipotong oleh guru-guru," katanya.

Sameerah Muhammad, 13, berkata bahawa memakai pakaian kasual sekali seminggu boleh mencipta kegembiraan untuk pergi ke sekolah.

Katanya, ini juga boleh meningkatkan keyakinan diri.

"Seragam sekolah tidak praktikal pada hari yang panas," katanya.

Namun, dia berpendapat bahawa langkah ini boleh mencetuskan rasa dengki atau persaingan di kalangan pelajar, "terutamanya di kalangan gadis kerana mereka mahu kelihatan memakai pakaian yang tercantik".

"Tetapi saya suka idea untuk menggayakan rambut kerana kadang-kadang rambut saya menjadi tidak terurus dan peraturan sekolah terlalu ketat mengenai perkara ini. Saya sering dimarahi kerana rambut semulajadi saya berwarna coklat," katanya.

Muhammad Luth Adam, 16, berkata memakai pakaian kasual tidak penting baginya atau rakan-rakannya.

Kebanyakan murid lelaki, katanya, tidak terlalu mengikuti perkembangan fesyen.

"Tetapi jika mereka membenarkan kami menggayakan rambut, saya suka kerana pada masa sekarang, budak lelaki mementingkan penampilan diri," katanya.

Bagi ibu bapa di Malaysia, kebanyakan dari mereka lebih suka kanak-kanak memakai seragam sekolah sepanjang minggu.

Seragam sekolah adalah tentang disiplin dan mempromosikan rasa keadilan di mana semua orang diperlakukan sama, kata eksekutif kanan Afzam Adenan, 42.

"Ibu bapa dan institusi seperti sekolah dan badan-badan pengurusan, patut diberikan hak untuk memutuskan apa yang perlu diikuti oleh murid, kecuali jika amalan tersebut melanggar kod moral atau budaya," kata bapa kepada empat orang anak.

"Ini adalah tanggungjawab orang dewasa untuk mendidik anak-anak," tambahnya.

Penolong kanan Siti Norfazilah Ismail, 33, juga lebih suka kanak-kanak memakai seragam sepanjang minggu untuk mengelakkan masalah yang timbul.

Selain itu, katanya, lencana sekolah adalah keperluan sebagai bentuk pengenalan.

"Kalau tidak, boleh timbul kekeliruan ketika kanak-kanak diambil oleh bas sekolah kerana mereka tidak mempunyai lencana sekolah untuk mengenal pasti diri mereka," katanya.

Seragam sekolah dan lencana juga penting sebagai bentuk pengenalan dalam kes-kes kehilangan atau penculikan, tambahnya.

Surirumah Astrid Lye, 40, berkata peraturan semasa yang membenarkan pelajar memakai pakaian sukan dengan sesekali pakaian kasual semasa perayaan khas sudah mencukupi.

"Saya fikir itu sudah cukup. Kita tidak perlu hari lain untuk membenarkan pelajar hadir dengan pakaian kasual. Mereka mempunyai kebebasan untuk melakukannya apabila mereka sudah dewasa."

"Memakai pakaian kasual di dalam kelas - jika tidak dilakukan dengan betul - boleh menjadi saluran yang menggalakkan persaingan dalam penjenamaan dan gaya," kata Lye.

Dalam hal kebebasan dan menghormati hak kanak-kanak, katanya, sudah ada pilihan yang diberikan kepada mereka seperti aliran pengajian dan kelas tuisyen yang mereka inginkan.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page), Datin Noor Azimah Abdul Rahim, juga memilih status quo mengenai seragam pelajar.

"Walaupun mungkin kelihatan menggalakkan kreativiti dan mungkin meningkatkan sektor tekstil tempatan, pelajar bandar terutama golongan miskin bandar, mungkin merasa tidak memadai atau tercicir jika pelajar yang berada dalam keadaan lebih baik mempamerkan kemewahan mereka."

"Biarlah mereka yang mempunyai segala-galanya ketika mereka di luar waktu sekolah," katanya.

"Terdapat perkara yang lebih penting yang perlu ditangani seperti kualiti pendidikan, pengajaran Bahasa Inggeris, dan kecukupan kelas DLP (program dwibahasa)," tambahnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/07/murid-di-malaysia-tidak-berminat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Murid Tahun Tiga Cedera Dihempap Tangki Pam Tandas Sekolah

Murid Tahun Tiga Cedera Dihempap Tangki Pam Tandas Sekolah

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 253 hits
IPOH Seorang murid perempuan tahun tiga Sekolah Kebangsaan Perpaduan di sini cedera dihempap tangki pam tandas jenis seramik yang tercabut dalam kejadian pada Selasa lalu Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pengajian Ting...
Tentang Blogger Malaysia Bicara Mummy Azlindaalin Com

Tentang Blogger Malaysia Bicara Mummy Azlindaalin Com

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 344 hits
Rakan blogger kali ini yang ingin diperkenalkan ialah Blogger Malaysia Bicara Mummy azlindaalin comDi Bloglah detik perkenalan kami selain bertukar pendapat perkongsian cerita dan komen kami aktif di media sosial lain disitulah tempat kami ...
Demi Cinta Gadis Malaysia Sanggup Terbang Ke Bangladesh Kahwini Kekasihnya

Demi Cinta Gadis Malaysia Sanggup Terbang Ke Bangladesh Kahwini Kekasihnya

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 165 hits
SEORANG gadis dari Malaysia sanggup terbang ke Bangladesh untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang berasal dari Noakhali pada 24 Jun lalu lapor laman berita Tribune Desk Gadis tersebut Smriti Ayesha Ramasamy 22 berkahwin dengan Farhad Hos...
Manjakan Kulit Wajah Dengan Sheet Mask Dari Mediheal Malaysia

Manjakan Kulit Wajah Dengan Sheet Mask Dari Mediheal Malaysia

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 146 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Mediheal memang menjadi salah satu sheet mask asal Korea yang banyak digemari Hal ini disebabkan karena Mediheal dapat menghasilkan sheet mask berkualiti tinggi dan terbuat dari bahan yang selesa untuk ku...
Selama 23 Tahun Jadi Pm Mahathir Sendiri Tak Pernah Pertikai Status Berbilang Bangsa Malaysia

Selama 23 Tahun Jadi Pm Mahathir Sendiri Tak Pernah Pertikai Status Berbilang Bangsa Malaysia

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 161 hits
Kenyataan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa mempromosikan negara berbilang bangsa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berasas dari segi undang undang kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Mente...
Saya Nak Pakai Baju Kebaya Lee Sungkyung Akui Suka Budaya Malaysia

Saya Nak Pakai Baju Kebaya Lee Sungkyung Akui Suka Budaya Malaysia

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 152 hits
Dah lama rasanya Lee Sung kyung tak datang Malaysia kan ARTIKEL BERKAITAN Nampaknya pelakon wanita itu juga mungkin merindui Malaysia apabila dia meluahkan rasa cinta buat budaya tempatan dalam video terbaru jenama Bio Essence Menerusi akau...
Sudah Tiba Masa Sistem Pilihan Raya Di Malaysia Perlu Berubah Ke Arah E Voting

Sudah Tiba Masa Sistem Pilihan Raya Di Malaysia Perlu Berubah Ke Arah E Voting

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 174 hits
KUANTAN Sudah sampai masanya negara melakukan pembaharuan segera dalam sistem pilihan raya dengan melaksanakan proses mengundi secara elektronik atau secara dalam talian Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin ber...
Corruption Is General All Over Malaysia

Corruption Is General All Over Malaysia

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 249 hits
In the ending passage of his short story The Dead James Joyce writes with delicious detail that the newspapers were right The snow was general all over Ireland falling everywhere on the bogs the hills the Shannon the church steeples the gra...
Salahkah Saya Kata Malaysia Tanah Melayu

Salahkah Saya Kata Malaysia Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 239 hits
ismaweb net 06 07 2023Dr Mahathir pelik dakwaan dipertikai meski nyatakan yang benarBANGI 17 Zulhijjah 1444H Khamis Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan sama ada menjadi kesalahan apabila menyebut Malaysia adalah Tana...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Petua Cara Membersihkan Hati

Tragedi Pilu Anak Lelaki 6 Tahun Mati Akibat Didera Ibu Sendiri

Umur Berkurang Setiap Masa

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino