Munkar Kisah Mangsa Buli Asrama
MUNKAR.. KISAH MANGSA BULI DI ASRAMA. Sekarang kembali hangat berita dan cerita tentang kes buli bila Mahkamah akhirnya sebulat suara menjatuhkan hukuman kepada 6 orang yang terlibat dalam menyebabkan kematian Zulfarhan. Majoriti berpuas hati dengan keputusan yang menjatuhkan hukuman mati kepada ke enam enam tertuduh. Alhamdulillah.. nasib Allahyarham akhirnya terbela. Kejadian sebegini moga iktibar kepada pelajar atau pelatih di mana mana pusat pengajian agar tidak menormalisasi buli & ragging yang melampau. Dalam kes Zulfarhan ni juga pengajaran yang kita boleh ambil jangan sesekali percaya kepada bomoh. Penyiksaan keatas Zulfarhan ni bermula apabila Laptop salah seorang tertuduh hilang dan mereka mendapatkan khidmat konon perawat alternatif untuk mendapatkan semula laptop dan nama Zulfarhan di petik sebagai pelaku menyebabkan beliau di hukum dengan kejam sehingga mati.
Filem yang aku nak review ni pun kisahnya berkaitan dengan buli juga. Filem munkar ni mengisahkan pelajar pondok yang membuli seorang pelajar yang lemah tentang agama. Tak pandai solat, tak pandai mengaji di hantar ke pondok pengajian Islam untuk mendalami ilmu agama malangnya di menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar lain. Semasa dia cuba melarikan diri dari di buli dia di langgar kereta. Setelah di rawat beberapa ketika di hospital akhirnya di sahkan meninggal dunia tapi ayahnya tidak dapat menerima kenyataan dan takut ibunya tak boleh menerima kematian anaknya.. meminta doktor yang mengesahkan kematian anaknya dan membawa anaknya berjumpa dengan seorang pawang untuk menghidupkan kembali jasad anaknya. Bila jasad anaknya kembali hidup dengan roh jin di hantar kembali ke asrama pondok pengajian di situ. Disitulah bermula segala gangguan aneh dan pembunuhan. Mereka yang pernah membuli di bunuh oleh jin yang menumpang jasad tersebut.
Tiada siapa yang tahu pada mulanya mangsa buli tersebut sudah meninggal di hidupkan kembali dengan ritual khurafat menggunakan perantaraan jin sehinggalah jasad yang di pengaruhi jin itu bertindak ganas dan seorang pengamal rawatan Alternatif di panggil untuk membantu dan pada waktu yang sama ibu bapa kepada anak tersebut datang membongkar apa yang berlaku barulah dapat di keluarkan jin dari jasad dan akhirnya jasad yang sebenarnya sudah mati itu, kembali tidak bernyawa.
Filem ni bagi aku menarik juga di tonton. Kita takkan tahu pada awalnya budak mangsa buli tu sebenarnya dah mati semuanya kita tahu di babak babak akhir, Di pertengah cerita tu kita akan tertanya tanya kenapa budak tu lepas kemalangan tiba tiba jadi aneh. Tiba tiba jadi menyeramkan dan membalas dendam. Semua tu kita takkan tahu sehingga kita tonton di babak akhir. Tapi sapa yang belum tonton dah baca review ni mungkin jadi spoil la kan.. Sebab tu aku review lambat sikit. Supaya tak jadi spoiler sangat.
Jadi pada yang belum menonton dan nak tonton boleh saja tonton seisi keluarga sebab tak banyak adengan berkaitan ritual khurafat atau syirik. Cuma sikit sangat babak tu di hujung cerita selain para pelakon semua berpakaian menutup aurat. Sebab berkisahkan di pondok pengajian Islam kan.. Tak ada adengan romantis ke apa. Memang sesuai untuk tontonan umum
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.lekatlekit.com/2024/07/munkar-kisah-mangsa-buli-asrama.html