Mungkinkah Deep State Bukan Mitos Atau Realiti Tetapi Konspirasi




Pada awal pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan timbul soal “deep state” yang diterjemahkan kepada “negara terpendam.” Ia timbul apabila kerajaan baru itu sukar untuk melakukan reformasi selaras dengan manifesto dan fahaman Pakatan Harapan ketika itu
Tentunya “deep state” itu merujuk pada kakitangan-kakitangan kerajaan yang menghalang atau menyukarkan sebarang pembaharuan atau reformasi. Perkara ini dapat difahami memandangkan banyak kakitangan kerajaan yang menyokong Barisan Nasional. Sememangnya perkhidmatan awam tidak boleh berpihak pada mana-mana parti politik. Mereka mesti patuh pada kerajaan sedia ada. Namun budaya dan fahaman politik, lebih tepat lagi ideologi mereka tentu dibentuk oleh tradisi kerajaan memerintah selama 60 tahun, iaitu pimpinan Umno sejak negara mencapai kemerdekaan
Jadi sudah tentu melalui kursus-kursus dan pergaulan semasa kerja, perkhidmatan awam termasuk institusi-institusi negara seperti universiti tentulah secara keseluruhan berfahaman ideologi nasionalisme kanan Umno. Tetapi ini tidaklah bermakna tidak ada anggota perkhidmatan awam yang menyokong fahaman pihak pembangkang tetapi tentulah bilangan mereka kecil. Contoh nyata perkara ini kemenangan besar yang diperoleh oleh calon Barisan Nasional di Putrajaya pada setiap pilihan raya umum
Konsep “deep state” ini berasal dari Amerika Syarikat. Ia bermaksud ada sekumpulan orang dalam perkhidmatan awam dan institusi-institusi penting negara seperti CIA yang mengawal dan mempertahankan nilai-nilai nasional AS melangkaui apa yang diperjuangkan oleh mana-mana parti politik, sama ada Republikan dan Demokratik, walaupun mereka menang pilihan raya dan menjadi kerajaan
Pemegang fahaman politik nasionalisme kanan seperti Umno dalam PH adalah PPBM. Sementara parti yang menuntut digerakkan pembaharuan dan reformasi datang dari PKR, DAP dan Amanah. Maka sudah tentu berlaku pertembungan antara PPBM di satu pihak dan PKR, DAP dan Amanah di pihak lain. Dalam hal ini fahaman politik PPBM sehaluan dengan “deep state.” Maka apa yang dituntut oleh parti-parti pembaharuan itu dihalang PPBM. Kegagalan untuk menggerakkan pembaharuan ini bagaimanapun disalahkan pada “deep state” dalam perkhidmatan awam
Tentulah anggota perkhidmatan awam tidak senang dengan tuduhan seperti ini. Ia seolah-olah menyatakan sebahagian daripada mereka ada nelakukan sabotaj terhadap kerajaan pilihan rakyat. Apabila tidak pernah dinyatakan dengan jelas siapa itu “deep state”, penulis mengemukakan konsep “deep state of the mind”. Maknanya “deep state” itu hanya wujud dalam minda, bukan saja dalam kalangan anggota kerajaan tetapi sebahagian rakyat. Termasuk penulis sendiri
“Deep state of the mind” ini keadaan minda rakyat yang sudah terdidik melalui maklumat yang diterimanya sepanjang hayat. Bayangkan tentulah minda sebahagian besar rakyat negara ini dibentuk oleh media massa yang dikawal oleh kerajaan sejak sebelum merdeka lagi. Ataupun program-program Biro Tata Negara (BTN) yang dijalankan sejak tahun 1970-an lagi. Tentulah ia membentuk minda sebahagian besar rakyat
Tetapi minggu lalu apabila kerajaan PH tumbang akibat tindakan sebahagian daripada pemimpin PPBM dan PKR bergabung dengan BN dan PAS untuk menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional, maka ada tentulah terdetak dalam fikiran sebahagian pemimpin PH terutama dalam kalangan PKR, DAP dan Amanah yang memperjuangkan pembaharuan atau reformasi bahawa “deep state” itu sebenarnya tidak wujud
Apa yang wujud konspirasi dari sebahagian ahli politik PPBM dan PKR yang bukan saja menolak kepimpinan Anwar Ibrahim tetapi agenda reformasi itu sendiri
Malah dari awal lagi sudah bermula konspirasi untuk berpakat dengan parti-parti pembangkang ketika itu, khususnya Umno dan PAS bagi menubuhkan kerajaan baru yang bebas daripada Anwar, DAP dan agenda reformasi. Maka sebab itu selama pentadbiran PH, segala tuntutan reformasi oleh sebahagian daripada pemimpin PKR, DAP dan PPBM dihalang oleh mereka yang menolak agenda itu
Perlu diingat PH memasuki pilihan raya umum ke-14 atas platform menentang kleptokrasi. Yang menyuarakan agenda reformasi hanyalah PKR, DAP dan Amanah. Walaupun agenda reformasi terdapat dalam Manifesto Harapan tetapi ia tidak ditekankan oleh kerajaan PH apabila mentadbir. Malah manifesto itu dirasakan tidak akan dilaksanakan
Maka dari awal lagi sudah kelihatan ada hubungan antara sebahagian pemimpin PPBM dan PKR dari kumpulan Azmin Ali dengan Umno dan PAS. Malah PAS mengadakan pertemuan dengan Mahathir untu memberi jaminan sokongan pada beliau. Terdapat juga laporan yang menunjukkan terdapatnya pertemuan ahli-ahli politik yang melibatkan kalangan kumpulan Azmin dengan Umno dan PAS
Ia menjadi rahsia umum hinggakan seolah-olah apa yang dilakukan oleh penentang-penentang Anwar itu bukan lagi konspirasi tetapi merupakan langkah politik yang sampai pada kemuncaknya dalam bentuk pertemuan di Hotel Sheraton Petaling Jaya di mana gagasan Pakatan Nasional berubah kepada Perikatan Nasional
Proses ini memngambil masa sepanjang pentadbiran PH. Segala perkembangan politik PKR menjangkakan parti itu akan berpecah dengan kumpulan Azmin yang bersungguh-sungguh menghalang kemaraan Anwar. Tetapi tidak timbul pula PPBM akan keluar daripada PH dan menumbangkan kerajaan
Sememangnya dipercayai terdapat persediaan dilakukan untuk berdepan dengan keadaan di mana Mahathir tidak lagi mengetuai PPBM dan PH. Juga untuk menganggap PPBM boleh bersikap seperti Amanah dengan menerima kepimpinan Anwar adalah suatu yang naif
Namun begitu, apabila akhirnya kerajaan PH tumbang, timbul persoalan kemungkinannya dari awal lagi sebahagian pemimpin PPBM sudah merancang untuk mewujudkan keadaan begini. Juga persoalan kemungkinan berlaku sabotaj dalam PH sendiri. Adakah kekalahan calon PPBM dalam pilihan raya kecil merupakan sebahagian daripada proses sabotaj
Mungkin buat masa ini, post-mortem pun dilakukan oleh parti-parti PH yang berasa dikhianati. Untuk memulihkan kepercayaan antara satu sama lain khususnya dengan PPBM adalah suatu cabaran besar. Bagi ahli sains politik dan sejarah, tempoh seminggu yang bergelora merupakan bahan kajian menarik. Bagi penganalisis politik, mereka akan berusaha membongkar apa sebenarnya berlaku pada tempoh itu. Pada satu hari memoir akan ditulis menceritakan pengalaman mereka yang terlibat atau saksi
Kesimpulannya ialah Malaysia Baru tidak akan dapat ditegakkan kerana adanya “deep state” yang menghalang daripadanya terlaksana. “Deep state” itu bagaimanapun berupa “deep state of the mind” yang merupakan suatu naratif nasionalisme kanan dan dijadikan suatu suatu mitos. Mitos ini dijadikan realiti melalui konspirasi yang terserlah sebagai tindakan-tindakan politik
Apa yang berlaku selama hampir 2 tahun ini hanya merupakan “correction” atau pembetulan terhadap kepimpinan Najib Razak. Tetapi dengan Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri, beliau hanya meneruskan Malaysia Lama yang diwujudkan sejak Tunku Abdul Rahman memerintah. Sememangnya sepatutnya Muhyiddin yang menggantikan Najib sebagai perdana menteri kerana beliau pernah menjadi timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri
Walaupun Anwar pernah juga menjadi timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno, tetapi pemikiran dan sosok beliau bersama dengan partinya, PKR tidak dapat diterima “deep state of mind” Malaysia Lama
PKR dan DAP buat masa ini tidak akan dapat diterima oleh kebanyakan rakyat negara. Mereka dapat menjadi kerajaan hanya kerana rakyat menyokong Mahathir dan PPBM bagi menolak kleptokrasi
Amanah seperti juga PAS tidak akan dapat diterima oleh kebanyakan rakyat. Mereka akan sentiasa bergantung pada parti lain. Sebab itu GPS hanya menyokong Muhyiddin dan tidak menyertai Perikatan Nasional, sebabnya kerana ada PAS. - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/03/mungkinkah-deep-state-bukan-mitos-atau.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ltte Kerja Deep State

Ltte Kerja Deep State

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 215 hits
Ipohmali Semalam aku puji tindakan Peguam negara batalkan pertuduhan kepada 12 tahanan LTTE aku ada sebut tindakan peguam negara itu sebenarnya akan mengagalkan usaha menjatuhkan kerajaan PH angkara kerja dari dalam PH sendiri Tapi mungkin ...
Banyak Minum Air Kelapa Saat Hamil Bisa Bikin Kulit Bayi Putih Dan Bersih Sejak Dalam Kandungan Mitos Atau Fakta Ya

Banyak Minum Air Kelapa Saat Hamil Bisa Bikin Kulit Bayi Putih Dan Bersih Sejak Dalam Kandungan Mitos Atau Fakta Ya

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 371 hits
Banyak Minum air Kelapa saat hamil bisa bikin Kulit bayi putih dan bersih sejak dalam kandungan Mitos atau Fakta ya Air kelapa muda dikenal baik bagi kesehatan karena banyak mengandung elektrolit dan nutrisi yang diperlukan tubuh Rasanya ya...
Halal Atau Tidak Orang Islam Makan Ulat Sagu Mulong

Halal Atau Tidak Orang Islam Makan Ulat Sagu Mulong

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 1114 hits
Halal atau tidak orang islam makan ulat sagu Mulong Assalamualaikum dan salam sejahtera Al kisahnya semalam tengok video di youtube Video dari seorang Vlogger Malaysia dia ajarkan cara untuk survive jika tersesat di dalam hutan Salah satuny...
Tidak Cepat Atau Lewat Walaupun Sesaat

Tidak Cepat Atau Lewat Walaupun Sesaat

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 319 hits
AssalamualaikumTidak Cepat Atau Lewat Walaupun Sesaat Apabila ajal menjelma tidak akan pernah cepat atau lewat walaupun sesaat Besar atau kecil banyak atau sedikit amalan dan pahalanya apabila sampai ajalnya tetap pergi jua Pergi meninggalk...
Anak Tonsil Bengkak Disebabkan Oleh Bakteria Atau Virus Dan Perlukah Antibiotik

Anak Tonsil Bengkak Disebabkan Oleh Bakteria Atau Virus Dan Perlukah Antibiotik

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 424 hits
Tonsil bengkak selalunya dialami oleh kanak kanak dan apabila besar dah kurang jarang atau hilang terus penyakit tonsil bengkak ni Oleh tu memang menjadi kerisauan ibubapa apabila anak alami tonsil bengkak ni kerana ianya adalah akibat jang...
Skim Fund My Home Skim Atau Scam

Skim Fund My Home Skim Atau Scam

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 168 hits
Skim Fund My Home terkandung dalam pembentangan belanjawan 2019 Pertanyaan apa itu Skim Fund My Home yang dasarnya Apa keuntungan pada kerajaan dan kita sebagai rakyat Pakar Wang akan bongkar Skim
Doa Wirid Agar Suami Atau Istri Semakin Sayang

Doa Wirid Agar Suami Atau Istri Semakin Sayang

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 1656 hits
Doa Agar Dicintai Pasangan Jika kita bisa hidup dengan mengikuti tuntunan Islam pastilah akan sangat menyenangkan Dalam hal apapun Islam sudah mengaturnya Termasuk dalam rumah tangga Bagaimana mewujudkan rumah tangga yang SAMAWA sudah ada a...
Nak Tahu Keropok Lekor Ori Power Atau Tak Cek Samada Ada Rasa Extra Ikan Yang Sedap

Nak Tahu Keropok Lekor Ori Power Atau Tak Cek Samada Ada Rasa Extra Ikan Yang Sedap

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 330 hits
Keropok lekor atau keropok batang adalah sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia khususnya di Terengganu yang popular Perkataan Lekor bermaksud Lingkar dalam bahasa Melayu Terengganu yang menggantikan ejaan ar kepada o...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah