Mungkin Kebetulan Ini Antara 5 Idola K Pop Tinggalkan Dunia Seni Hiburan Selepas Kahwin
Sebenarnya, tidak senang untuk kekalkan kerjaya dalam dunia seni hiburan.
ARTIKEL BERKAITAN
Sudah Jodoh, Ini 7 Pasangan Selebriti Korea Dengan Jarak Umur Agak Jauh
Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 idola K-Pop yang memutuskan untuk meninggalkan kumpulan selepas berkahwin.
Sunye Wonder Girls
Sunye berkahwin dengan pasangan Korea-Kanada, James Park. Pasangan itu bertemu buat kali pertama di Haiti, tempat James Park bekerja sebagai sukarelawan. Pada masa itu, James Park berpendapat bahawa keputusannya untuk berkahwin dengan Sunye adalah perkara yang betul untuk dilakukan, walaupun sesetengah orang di sekeliling Sunye tidak begitu gembira mengenainya. Hal ini kerana Sunye berada di puncak popularitinya dengan Wonder Girls.
Sunye secara rasmi meninggalkan Wonder Girls pada Januari 2013. Ia telah disahkan oleh agensinya, JYP Entertainment pada masa itu. Walaupun Sunye terkenal sebagai idola yang tidak mempunyai pembenci, namun ramai menganggap Sunye mementingkan diri sendiri kerana dia meninggalkan Wonder Girls semata untuk berkahwin. Tidak lama selepas itu orang ramai mula menerima keputusannya.
Soyul Crayon Pop
Soyul mengejutkan peminatnya dengan pengumuman perkahwinannya pada tahun 2017. Sebelum berita ini keluar, Soyul memutuskan untuk keluar daripada kumpulan Crayon Pop secara tiba-tiba. Soyul berkahwin dengan Moon Hee-jun iaitu ketua kumpulan H.O.T.
Setelah berkahwin, mereka dikurniakan seorang anak perempuan pada tahun sama yang diberi nama Heeyul. Walaupun Soyul mengandung sebelum perkahwinan mereka, Moon Hee-jun tetap menyokongnya dan memutuskan untuk berkahwin secepat mungkin. Anak perempuan mereka juga sering muncul dalam rancangan “The Return of Superman”.
Yulhee LaBoum
Sebelum dia berkahwin, agensi Laboum, NH Entertainment membuat pengumuman bahawa Yulhee memutuskan untuk meninggalkan kumpulan itu pada November 2017. Selain itu, dia juga telah menamatkan kontraknya dengan NH Entertainment.
Sementara itu, Yulhee berkahwin dengan Minhwan FT ISLAND pada Oktober 2018. Perkahwinan mereka diadakan secara tertutup. Yulhee telah melahirkan anak pertamanya pada Mei 2018. Walaupun pada mulanya dia merahsiakan kehamilannya, akhirnya dia memberitahu keluarga dan kekasih hatinya sebelum perkahwinan mereka dilangsungkan.
Dongho U-Kiss
Dia berkahwin dengan Kim See-hee pada tahun 2015. Sebelum mereka berkahwin, Dongho telah pun memutuskan untuk meninggalkan kumpulan itu pada Oktober 2013, yang disahkan oleh agensinya, NH Entertainment. Dia juga memutuskan untuk meninggalkan industri hiburan, secara keseluruhan pada tahun yang sama.
Malangnya, Dongho dan isterinya memutuskan untuk bercerai pada 2018, tiga tahun selepas perkahwinan mereka. Walaupun begitu, Dongho dan bekas isterinya masih menjaga anak mereka dengan baik, kerana mereka tidak mahu perceraian mereka menjejaskannya apabila dia dewasa. Dia mengeluarkan kenyataan tentang perceraiannya serta membuat permohonan maaf dan meminta sokongan baik untuk keluarga mereka.
Sungmin Super Junior
Sungmin mengejutkan peminat dengan berita bahawa dia sedang bercinta dengan pelakon Kim Sa-eun, dan mereka akan berkahwin pada 2014. Majlis perkahwinan mereka dilakukan secara tertutup dan hanya orang rapat sahaja dijemput. Sebenarnya, Sungmin masih belum meninggalkan kumpulan itu, tetapi dia tidak aktif dalam aktiviti terbaharu Super Junior sejak perkahwinannya.
Malangnya, beberapa peminat Super Junior telah menuntut Sungmin untuk meninggalkan kumpulan itu. Kemarahan peminat mungkin disebabkan perkahwinan Sungmin yang tidak dijangka. Hal ini kerana kumpulan itu mempunyai jadual yang sangat sibuk pada masa itu dan mereka tidak nampak penglibatan Sungmin.
Hmm…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Mungkin Kebetulan, Ini Antara 5 Idola K-Pop Tinggalkan Dunia Seni Hiburan Selepas Kahwin first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/mungkin-kebetulan-ini-antara-5-idola-k-pop-tinggalkan-dunia-seni-hiburan-selepas-kahwin/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mungkin-kebetulan-ini-antara-5-idola-