Mung Mung Halal Chinese Food Pekan Nanas
Semalam, peperiksaan habis pukul 4, Mengaji pula ditunda ke pukul 5.Jadi masing masing ajak pergi minum minum dulu.Haus sangat katanya.Dua jam tu ada 10 minit je rehat. Tapi tak boleh pergi kantin.Boleh minum air bekal dan pergi toilet sahaja.huh.. tak kesian pun. Biasalah tu.. sebab tu mamanya sentiasa suruh bawa botol air tiap hari.
Diorang ni cakap aje nak minum-minum,tapi biasanya itu adalah ayat ayat scam semata-mata.Kalau dah duduk kat kedai,mesti nak makan-makan sekali.Tapi layan ajelah.Masa ni je anak-anak bersama kita.Nanti bila dah dewasa,nak dapat peluang makan bersama, entah entah kena buat temujanji 6 bulan awal.
Tempat yang paling mudah untuk parking adalah di Mung Mung Halal Chinese Food,belakang Petronas tuMama Yan memang malas nak bersesak sesak, nak cari parking, dan nak parking sempit sempit tu..stress tau.Jadi kat sini banyak kawasan lapang. Suka hati nak park melintang ke, menegak ke, senget ke,takde sapa peduli.
Mama Yan masih lagi selesema dan sakit tekak.Jadi, makan roti bakar cicah teh o cukuplah.Belum ada selera makan.Makan untuk alas perut je.Takut gastrik dan angin.
Ni Aril punya sup daging.dia nak makan nasi lauk sup daging.Padahal kul 1 tadi dah makan nasi kat rumah.Ni pukul 4 makan nasi lagi.Habis licin pulak tu.Manalah tak makin bulat.Sup daging ni guna kuah yang sama dengan bakso rasanya.Ada rasa pedas merica (lada hitam) yang kuat
Ni pulak megi sup Ucid.Ada fish cake, ayam, taugeh dan mi megi.Sedap sangat kuahnya.cukup rasa masin dan MSGnya...hahaha..Sesekali sahaja ya anak anak...
Kta nak ambil gambar makanan dia dalam mangkuk, sibuk dia nak menyelit sama.Hah ye lah.. cepat.. senyum!Begitulah pula aksinya budak Ucid ni.
Erkkhh.... Dak Aril makan taugeh?Ini luar biasaaaa!!Anak anak Mama Yan sorang pun takde yang makan taugeh.Hari tu ayah dia paksa sorang makan tiga tangkai taugeh.Masing-masing telan tak kunyah.Rupanya yang seketul ni, boleh je makan taugeh lepas cuba makan sekali.
Gambar makanan Sarah takde kat sini,Sarah makan nasi ayam.Masa makanan dia sampai, dia tengah merajuk.Malas nak simbah minyak...hahaha. Macam biasa... Sarah makan mana pernah habis.Dan tak perlu risau...Kembar dia sentiasa sudi habiskan.Semua orang dah dapat makanan,boleh pulak makanan dia orang kedai lupa.Apa lagi, panjanglah muncung rajuknya.Bila Mama Yan ingatkan akak kedai tu,Akak kedai tu boleh pulak mengusik dia..Memang makan panjanglah muncungnya.Aduhai.. tak sporting betul anak dara sorang ni.Kembarnya tak pernah serius, dia pulak 24 jam serius.Macam macam ragam anak anak ni kan...
Yang ni cuba makan kat sini,boleh la berkunjung ke :
Mung Mung Halal Chinese FoodKedai Makan Cina Muslim di belakang Petronas Pekan Nanas,Jalan Masjid Pekan Nanas,
Kalau tak jumpa kedai, cuba call nombor telefon di bawah ni:-No tel : 010-983 1930
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2023/09/mung-mung-halal-chinese-food-pekan-nanas.html