Mundurnya It Di Malaysia Kerana Pembudayaan Yang Terkebelakang


Tahun 2020 telah berlalu. Satu wawasan dan visi kononnya kita akan muncul sebagai negara maju hanya tinggal kenangan dan angan-angan. Jangankan kata menuju negara maju, malahan kita masih lagi digelumangi dengan masalah dan beban sebuah negara yang mundur dan terkebelakang. Capaian teknologi maklumat yang lemah, pengetahuan teknologi yang rendah di kalangan rakyat, kurangnya pengetahuan tentang hak dan penjagaan privasi, serta betapa parahnya sistem pengurusan data keselamatan.
Ini dapat dilihat dengan jelas apabila murid sekolah terpaksa mendaki bukit dan gunung, meredah ranjau dan duri, memanjat pokok dan lereng hanya semata-mata ingin mendapatkan capaian asas internet bagi pembelajaran dalam talian. Sangat sedih dan tragis melihat rakyat di sebuah negara yang begitu gah dan bangga dan pencapaian golongan elit tetapi rakyat biasa masih lagi merana untuk mendapatkan kemudahan asas dan teknologi.
Tahun 2020, masih ada lagi pelajar perlu mendaki bukit untuk mendapatkan internet. Lebih menyedihkan, ini bukan “kes terpencil”. Kes-kes penipuan pembelian gajet dan peralatan elektronik juga semakin meningkat. Apabila kerajaan memperkenalkan inisiatif teknologi baharu seperti pembayaran tanpa sentuh dan juga penjagaan kesihatan, ada pula golongan yang mempersenda malah mengaitkan pula ia dengan teori konspirasi. Jika sebilangan kecil, boleh lah kita katakan sebagai isu kecil. Tetapi, bilangan mereka ramai dan membimbangkan. Malah semakin bertambah dan didoktrinkan pula kepada anak-anak mereka yang masih kecil!
Malaysia tidak ketinggalan dalam menerima capaian teknologi pembayaran tanpa sentuh. Sama juga halnya dengan agensi kerajaan. Penjawat awam khususnya. Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif pentadbiran secara tanpa kertas dan tanpa wayar. Dimulakan dengan perubahan besar melalui portal 1GovUC. Kini perkhidmatan ini telah dinaiktaraf pula kepada MyGovUC. Setiap penjawat awam telah diberikan satu emel dan akaun MyGovUC.
IceWarp dilengkapi dengan fungsi sembang, panggilan dan sidang video, serta klien emel yang selamat dan privasi. MyGovUC juga dilengkapi dengan sistem emel daripada IceWarp, satu servis yang selamat, privasi, malah dilengkapi dengan fungsi panggilan video dan simpanan data di atas awan. Saya tidak rasa servis ini murah untuk ditanggung kerajaaan. Namun, masih ramai pegawai-pegawai atasan berdegil untuk melaksanakan mesyuarat dan kursus sewaktu PKP menggunakan laman awam seperti Facebook, Zoom dan Google Meet. Apa guna kerajaan menanggung kos IceWarp sekiranya tidak digunakan pun? Pegawai-pegawai dan penjawat seharusnya celik IT dan mendokong tinggi aspirasi kerajaan ke arah memacu perkembangan teknologi kerajaan, bukan sebaliknya.
Kita lihat pula kepada kes-kes melibatkan privasi dan hak-hak kita sebagai seorang individu bebas. Percaya atau tidak, Malaysia masih lagi tidak mempunya akta yang khas dan spesifik untuk menjaga hak privasi. Kita ada Personal Data Protection Act 2010 (PDPA), tapi akta ini hanya menggariskan panduan untuk keselamatan data di persekitaran komersil.
Selain PDPA, kita juga ada Communications and Multimedia Act 1998 yang menghalang penyiaran sebarang media dengan tujuan untuk menimbulkan kekacauan ataupun sebarang kandungan yang bersifat untuk mendatangkan bahaya kepada seseorang. Tetapi akta ini juga lebih kepada pengawalan terhadap kandungan penyiaran, bukannya untuk menjaga hak privasi secara khusus.
Masyarakat secara mudah menerima dan menjadikan kelakuan mengganggu dan mengacau privasi itu sesuatu yang normal dan norma. Apabila ada pegawai, pekerja, atau penguatkuasa mencuri nombor telefon daripada pelanggan dan orang awam pula, itu adalah perkara biasa dan tidak perlu diperbesarkan atas alasan “itu usaha cari jodoh“. Sedarkah anda, ini adalah satu pelanggaran etika kerja dan pencerobohan hak privasi yang serius? Anda sudah masuk ke kategori stalker. Jika benar ingin mencari jodoh, minta sahajalah secara berdepan. Tidak perlu menggunakan kuasa dan kedudukan sebagai seorang pekerja untuk mencuri data dan maklumat orang lain.
Tidak kiralah sama ada anda lelaki atau wanita, pegawai bank atau penghantar makanan, anda tidak boleh sesekali menggunakan data dan maklumat yang anda perolehi melalui kerja dan kedudukan anda untuk tujuan peribadi. Walaupun individu yang anda ingin berkenalan itu bekerja sebagai GRO sekalipun, itu tidak boleh menjadi hak dan alasan anda untuk menceroboh privasi mereka. Ingin berkenalan, berkenalanlah sebagai seorang manusia yang ingin mengenali manusia yang lain. Bukannya menyalahgunakan kuasa dan akses anda kepada maklumat peribadi orang lain.
Beralih kepada isu melibatkan pengendalian data peribadi dan keselamatan dalam penyimpanan data. Kita dapat lihat menerusi #OpsWakeUp21 yang telah menceroboh pelbagai laman dan database kerajaan dan juga komersil. Mereka tidak melakukan sebarang aktiviti yang berisiko setakat ini tetapi cuma memaparkan bukti pencerobohan sistem.
Anonymous Malaysia juga telah berkali-kali memberi amaran kepada keselamatan data di Malaysia. Namun setakat ini, apa tindakan daripada pihak yang telah “diuji” oleh #OpsWakeUp21 ini? Sekadar menyalahkan dan marah-marah. Walhal, mereka seharusnya berasa malu dan bersyukur kerana kelemahan sistem mereka telah didedahkan malah diberi peluang pula untuk membuat penambahbaikan. Bayangkan pula jika yang menceroboh mereka itu adalah penggodam yang berniat jahat?
Lebih parah lagi, apabila ada saja laporan daripada media mengenai penggodaman, pihak yang terlibat menyerang pula media dengan gelaran-gelaran yang tidak sopan dan sombong. Sedangkan, media adalah media. Tugas media adalah melaporkan dan menerima maklumat. Penggodam juga biasanya akan menghantar maklumat secara kaedah hantar dan bakar kepada media untuk tujuan hebahan dan cabaran kepada pihak yang digodam.
Akan tetapi, bendul sekali langkah di Malaysia kerana apabila ada sahaja berita penggodaman, maka media lah yang akan dijadikan watak jahat kononnya ingin menjatuhkan organisasi dan individu yang digodam. Seharusnya, langkah awal mereka apabila menerima berita adalah siasat dahulu dakwaaan yang didakwa oleh penggodam dan lakukan langkah pemulihan sekiranya benar ada godaman. Sekiranya tidak benar, buat penafian rasmi dan hantarkan siaran media kepada media. Ini adalah isu yang sama dan berulang-ulang dan antara faktor yang saya secara peribadinya, merasakan #OpsWakeUp21 ini juga akan menemui jalan buntu dan gagal mencapai matlamat mereka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/mundurnya-it-di-malaysia-kerana-pembudayaan-yang-terkebelakang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nur Athirah Memperoleh Tempat Pertama Di Malaysia Dan Kedua Di Dunia Bagi Kertas Maintaining Financial Records

Nur Athirah Memperoleh Tempat Pertama Di Malaysia Dan Kedua Di Dunia Bagi Kertas Maintaining Financial Records

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 471 hits
Nur Athirah memperoleh tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi kertas Maintaining Financial Records Anak jati Pahang Nur Athirah Mohamad Zaini 19 berjaya menjulang nama negara apabila disenarai pada kedudukan kedua dunia selepas ...
Malaysia Darknet Bertindak Lagi Laman Perak Gov My Pula Dicerobohi

Malaysia Darknet Bertindak Lagi Laman Perak Gov My Pula Dicerobohi

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 274 hits
Baru sahaja menerima maklumat mengenai serangan oleh Malaysia Darknet terhadap laman rasmi kerajaan negeri Kelantan Kini mereka tampil lagi dengan serangan lain Maklumat serangan telah disampaikan kepada kami oleh seorang pemberi maklumat M...
Porsche Bakal Buka Kilang Pemasangan Kenderaan Di Malaysia

Porsche Bakal Buka Kilang Pemasangan Kenderaan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 263 hits
February 7 2021 Syarikat pengeluar kenderaan sports mewah Jerman Porsche AG diberitakan akan membuka sebuah kilang pemasangan kenderaan bertempat di Kulim Kedah pertama seumpamanya yang dibuka di luar negara asal Menurut laporan daripada Th...
Taylor S University Launches The First Robotic Design Development Degree Programme In Malaysia

Taylor S University Launches The First Robotic Design Development Degree Programme In Malaysia

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 588 hits
The degree combines multiple disciplines in engineering amp computer science producing in demand graduates for the fast changing market The university will be hosting its first nationwide Sumo Robot Open Competition open to all pre U and un...
B4u Trades Investment Merupakan Syarikat Pelaburan Yang Kukuh Di Malaysia

B4u Trades Investment Merupakan Syarikat Pelaburan Yang Kukuh Di Malaysia

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 291 hits
B4U Trades Investment Merupakan Syarikat Pelaburan Yang Kukuh Di MalaysiaJika anda mahu menjana pendapatan pasif secara harian mingguan atau bulanan terbaik dan selamat jom buat investment di syarikat pelaburan yang kukuh di Malaysia B4U Tr...
Jokowi Patut Dtg Malaysia Untuk Meluahkan Kebimbangan

Jokowi Patut Dtg Malaysia Untuk Meluahkan Kebimbangan

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 380 hits
BUKANNYA membebel bila PM Malaysia ke sana Pintu masuk negara mereka yang patut kawal ITU bukan masalah Malaysia dan yang balik pun rakyat mereka sendiri
9 Sebab Kenapa Jenama Perodua Disukai Rakyat Malaysia

9 Sebab Kenapa Jenama Perodua Disukai Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 196 hits
Kenapa Rakyat Malaysia Suka Perodua Kita mula berbangga apabila akhir 80 an Malaysia mula mengeluarkan kereta jenama sendiri Menjadi kebanggaan apabila sebuah negara membangun mampu memiliki kereta jenama sendiri Perodua Jenama Kegemaran Ma...
Honour Tunku S Life By Realising His Dream For Malaysia Says Kit Siang

Honour Tunku S Life By Realising His Dream For Malaysia Says Kit Siang

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 224 hits
Tunku Abdul Rahman served as prime minister from 1957 to 1970 PETALING JAYA On what would have been the 118th birthday of Malaysia s founding father DAP veteran Lim Kit Siang says the best way to honour Tunku Abdul Rahman s life would be by...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever