Mulai Sekarang Seeloknya Setiap Bulan Mesti Ada Menteri Menerjah Klia


 
Secara umumnya kita tentu boleh bersetuju dengan bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Bahri Mohamad Zin yang mengecam Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Tiong King Sing atas tindakannya menerjah KLIA bagi melepaskan seorang pelancong China adalah suatu perbuatan salah iaitu menghalang penjawat awam dalam menjalankan tugas mereka.
Katanya, dakwaan menteri berkenaan tentang wujudnya amalan rasuah di kalangan kakitangan Imigresen di KLIA menimbulkan banyak syak wasangka di sebaliknya.


“Jika saya jadi pegawai imigresen tu saya akan warning menteri tu dua kali agar jangan ganggu kerja saya.
“Jika kali ketiga dia masih tidak dengar, saya akan tangkap dia atas kesalahan mengganggu tugas penjawat awam,” ujar beliau.
Sehubungan itu, Bahri menggesa agar Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengambil tindakan terhadap Tiong yang perbuatannya itu telah menjadi liabiliti kepada kerajaan.
Ya, daripada sudut itu memanglah ternampak ada kesalahan telah dilakukan oleh menteri berkenaan.
Cuba orang biasa yang melakukan demikian, senang-senang dah kena tangkap dan kemudian pastilah akan didakwa di mahkamah.


Pun begitu, di sudut yang lain, terjahan Tiong, walau atas apa alasan dan kecenderungan sekali pun, ada juga kesan baik daripadanya.
Daripada terjahan beliau yang menjadi kontroversi dan bualan dalam masyarakat itu, ia menyebabkan Anwar turut tergerak hati untuk melakukan lawatan mengejut ke KLIA juga.
Dalam lawatan mengejut Anwar itu, baru terdedah bahawa hanya satu mesin pengimbas kastam yang boleh beroperasi, manakala enam lagi mengalami kerosakan.
Bagaimana mesin pengimbas di sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa hanya ada satu saja yang boleh digunakan?
Enam yang tidak boleh digunakan itu pula entah-entah sudah lama mengalami kerosakannya dan dibiarkan begitu saja tidak dibaiki.
Mujur Anwar buat lawatan mengejut yang didorong oleh terjahan mengejut Tiong ke KLIA, maka akhirnya terdedahlah enam mesin pengimbas kastam yang tidak berfungsi itu.
Kalau Tiong tidak menyerbu KLIA, sudah pasti Anwar pun tidak tergerak hati nak buat lawatan mengejut ke lapangan terbang itu dan tanpa lawatan mengejut Perdana Menteri, pastilah tidak terdedah adanya kerosakan enam mesin pengimbas kastam itu.
Susulannya, sebagai satu lagi tindakan mengejut, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan segera mengumumkan kerosakan enam mesin pengimbas yang rosak sudah entah berapa lama itu akan mula dibaiki hari ini.


Katanya, urusan pembaikan itu melibatkan kos lebih RM1 juta.


Tengok…boleh pula cepat membaiki dan meluluskan peruntukan untuk membaikinya?
Kenapa selama ini ia dibiarkan rosak dan sampai enam sekali rosak, tetapi tiada mana-mana pihak yang tercelik mata dan terbuka hati untuk membaikinya?
Maka, dalam kita marah-marah kepada Tiong, kita rakyat Malaysia sewajarnya juga mengucapkan terima kasih kepada beliau, walaupun terjahannya ke KLIA baru-baru ini menimbulkan pelbagai spekulasi dan kecaman berkaitan maksud dan tujuannya berbuat demikian.
Oleh kerana KLIA sebuah kompleks yang besar dan macam-macam jabatan serta agensi kerajaan beroperasi di situ, ditambah pelbagai perniagaan turut berjalan 24 jam tanpa henti, sudah pasti bersamanya juga timbul seribu satu macam masalah pada setiap hari.
Jika dengan terjahan Tiong telah menyebabkan kerosakan enam daripada tujuh mesin pengimbas kastam terdedah dan kemudian dapat segera dibaiki, ertinya untuk memastikan KLIA benar-benar sempurna segala kemudahannya sepanjang masa agar sesuai dengan kedudukannya bertaraf dunia, elok rasanya kalau tiap-tiap menteri melakukan terjahan yang sama pada setiap bulan atau dua minggu sekali ke lapangan terbang tersebut
Jika itu dapat dilakukan, bukan saja tiada lagi mesin yang rosak dan semua kemudahan jadi sempurna, bahkan “orang-orang yang rosak” barangkali juga tidak akan kelihatan lagi di KLIA.
Lagi pula, bersesuaian dengan kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bahawa setiap menteri memang diberikan pas khas untuk memasuki mana-mana ruang di KLIA pada bila-bila masa, walaupun tidak menaiki mana-mana penerbangan, makna kata, jika menteri membuat terjahan di KLIA, ia adalah sesuatu yang dibenarkan dan bukan suatu kesalahan.
Cuma, untuk melakukan terjahan itu, janganlah menteri-menteri guna alasan yang sama iaitu untuk melepaskan pelancong dari China juga. – ShahbudinHusin 03/07/2023.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/mulai-sekarang-seeloknya-setiap-bulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Buat Lawatan Mengejut Ke Klia Anwar Jamin Isu Menteri Dan Imigresen Akan Dibincang Rabu Ini

Selepas Buat Lawatan Mengejut Ke Klia Anwar Jamin Isu Menteri Dan Imigresen Akan Dibincang Rabu Ini

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 255 hits
URUSAN dan pengoperasian Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur adalah terkawal kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang mengadakan lawatan mengejut ke pintu masuk utama negara itu ...
Imigresen Buat Siasatan Serta Merta Kekecohan Libat Menteri Di Klia

Imigresen Buat Siasatan Serta Merta Kekecohan Libat Menteri Di Klia

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 262 hits
wartarakyat com myBy June 30 2023JABATAN Imigresen Malaysia telah memulakan siasatan serta merta berhubung insiden seorang menteri didakwa melakukan kekecohan supaya seorang pelawat dari China dibebaskan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kua...
Janji Menteri Korang Rasa Semua Barang Tak Naik Tak Turun Ke Sekarang Hahahaha

Janji Menteri Korang Rasa Semua Barang Tak Naik Tak Turun Ke Sekarang Hahahaha

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 405 hits
Rahmah betul korang ni Menteri ingat tokey semua nak layan ker dengan statement macam ni Hmmmm Tapi tulah janji sebelum PRN kan Kalau dah naik nanti alasan globalisasi
5 Sebab Kenapa Setiap Orang Perlu Memiliki Android Box Pada Zaman Sekarang

5 Sebab Kenapa Setiap Orang Perlu Memiliki Android Box Pada Zaman Sekarang

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 344 hits
Berikut adalah lima sebab perlu memiliki android box masa kini Anda boleh menikmati fungsi fungsi telefon pintar pada tv anda seperti melayari internet menonton Youtube Netflix Disney Plus Hotstar HBO GO bermain game dan sebagainya Anda han...
Patutlah Menteri Buat Kecoh Di Klia Rupanya Pegawai Imigresen Cuba Paw Pelancong Rm3000

Patutlah Menteri Buat Kecoh Di Klia Rupanya Pegawai Imigresen Cuba Paw Pelancong Rm3000

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 643 hits
Patutlah Menteri buat kecoh di KLIA rupanya Pegawai Imigresen cuba 8216 paw 8217 pelancong RM3000 Tiong King Sing berkata lawatannya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah mendedahkan kegiatan rasuah di pintu masuk utama negara...
Pm Isu Rasuah Klia Dibincang Dalam Mesyuarat Jemaah Menteri

Pm Isu Rasuah Klia Dibincang Dalam Mesyuarat Jemaah Menteri

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 279 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Dakwaan wujudnya amalan salah guna kuasa dan rasuah di pintu masuk negara akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu depan untuk dibincangkan dengan lebih lanjut kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Anwar jug...
Isu Lokar Tanyalah Menteri Pendidikan Sekarang Radzi Jidin

Isu Lokar Tanyalah Menteri Pendidikan Sekarang Radzi Jidin

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 661 hits
SHAH ALAM Bekas Menteri Kanan Pendidikan Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin membidas kenyataan Dr Maszlee Malik berhubung isu pembekalan lokar ke sekolah Ahli Parlimen Putrajaya itu berkata pelaksanaan inisiatif tersebut adalah mengikut f...
Tak Sangka Rupanya Bukan Calang Calang Tahap Ilmu Menteri Agama Sekarang Ramai Tak Tahu Pergi Kerja Pun Naik Axia Je

Tak Sangka Rupanya Bukan Calang Calang Tahap Ilmu Menteri Agama Sekarang Ramai Tak Tahu Pergi Kerja Pun Naik Axia Je

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 232 hits
Tak sangka Rupanya bukan calang calang tahap ilmu Menteri Agama sekarang ramai tak tahu Pergi kerja pun naik axia je Pengalaman luas Datuk Dr Mohd Na 8217 im Mokhtar dalam undang undang Syariah negara kerana menepati pelantikannya sebagai M...
Menteri Kecoh Di Klia Imigresen Minta Orang Ramai Jangan Spekulasi

Menteri Kecoh Di Klia Imigresen Minta Orang Ramai Jangan Spekulasi

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 365 hits
Imigresen meminta orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh ganggu siasatan ke atas kekecohan di KLIA membabitkan seorang menteri PETALING JAYA Imigresen meminta orang ramai tidak berspekulasi tentang kekecohan membabitkan seorang ment...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rambut Gugur Lepas Bersalin Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd