Mukhriz Patut Tahu Islam Menyeru Umatnya Bersatu Dr Ahmad Fakhruddin




‘Mukhriz, Islam menyeru umatnya bersatu’
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir perlu sedar piagam UMNO dan Pas merupakan wadah menyatukan umat Islam ketika negara berada dalam keadaan ekonomi dan politik yang terumbang-ambing.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata, Menteri Besar itu juga perlu tahu keresahan umat Islam dengan gelagat kepemimpinan DAP yang sentiasa campur tangan dalam urusan hal ehwal orang Islam atau aktiviti yang ada unsur Islam.
Menurutnya, gelombang muafakat itu bukan bersifat politik semata-mata kerana ia adalah manifestasi keyakinan orang Islam kepada Allah SWT serta kepercayaan terhadap Islam yang merupakan tali yang mengeratkan ikatan penyatuan ummah.
“Mukhriz juga perlu sedar bahawa Islam sememangnya menyeru umatnya supaya bersatu dan menjauhi pecah belah dan penyatuan ini tidak hanya terbatas kepada politik semata-mata.
“Biarkan sahaja DAP yang meroyan kerana mereka tidak meyakini al-Quran, sedangkan Allah SWT berulang kali menyebut perkataan ‘Ummah’ dalam firman-Nya. Apakah salah kita mengamalnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Mukhriz dilaporkan berkata, Piagam Muafakat Nasional yang akan dimeterai antara Pas dengan UMNO pada 14 September ini hanya bertujuan politik semata-mata selain cubaan untuk mengalih perhatian rakyat daripada masalah yang dihadapi kedua-dua parti itu.
Mengulas lanjut, Ahmad Fakhruddin yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri berkata, sekretariat Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) juga telah memaklumkan mengenai jemputan kepada wakil-wakil parti politik termasuk kerajaan ke majlis itu bagi mendapatkan maklumat sahih tentang piagam berkenaan.
“Bahkan, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Teknikal HPU, Idris Ahmad yang juga Naib Presiden Pas telah mengulangi pendirian bahawa matlamat himpunan itu adalah untuk memperkasa kedudukan politik Islam tanpa mengkesampingkan realiti masyarakat majmuk.
“Maka, hadir dan sahutlah seruan ke HPU dan jadikan kehadiran kita sebahagian daripada sejarah penyatuan ummah dalam politik Malaysia,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/05/mukhriz-patut-tahu-islam-menyeru-umatnya-bersatu-dr-ahmad-fakhruddin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Tidak Senang Duduk Lihat Melayu Islam Bersatu

Dap Tidak Senang Duduk Lihat Melayu Islam Bersatu

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 353 hits
Melihatkan perkembangan semasa kemantapan muafakat antara Pas dan UMNO yang sekali gus menyaksikan penyatuan umat Islam melalui dua parti terbesar orang Melayu itu Pas percaya Pakatan Harapan terutamanya DAP kini pastinya tidak senang duduk...
Rukun Iman Dan Rukun Islam

Rukun Iman Dan Rukun Islam

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 456 hits
Assalamualaikum Hi Semua Sekadar perkongsian moga kita sama sama sentiasa mengingati Sebagai seorang muslim wajib untuk kita ketahui tentang rukun Iman dan rukun Islam Semoga dengan itu aqidah dan keimanan kita sentiasa terpelihara Sebelum ...
5190 Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam Mengelirukan Utusan Malaysia 22 08 2019

5190 Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam Mengelirukan Utusan Malaysia 22 08 2019

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 638 hits
KUALA LUMPUR 22 Ogos Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyokong penuh gesaan melarang penggunaan tulisan Jawi pada bungkusan produk bukan Islam Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata langkah itu perlu bagi mengelakkan pengguna keliru deng...
Dr Mahathir Terjebak Politik Peras Ugut Provokasi Anti Melayu Islam

Dr Mahathir Terjebak Politik Peras Ugut Provokasi Anti Melayu Islam

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 359 hits
ARIF ATAN Bekas Ahli Dewan Negara Datuk Dr Firdaus Abdullah berpendapat kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sedang berdepan tekanan politik peras ugut dan provokasi yang bersifat anti Melayu Islam Menurutnya hal tersebut dapat dilihat pada d...
5192 Produk Bukan Islam Guna Tulisan Jawi Kelirukan Pengguna Ppim Indahnya Islam 22 08 2019

5192 Produk Bukan Islam Guna Tulisan Jawi Kelirukan Pengguna Ppim Indahnya Islam 22 08 2019

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 603 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia senada dengan Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia yang mahu satu akta digubal bagi melarang penggunaan tulisan Jawi pada bungkusan produk bukan Islam Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan ...
Tulisan Jawi Produk Bukan Islam Kelirukan Pengguna

Tulisan Jawi Produk Bukan Islam Kelirukan Pengguna

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 459 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyokong penuh gesaan melarang penggunaan tulisan Jawi pada bungkusan produk bukan Islam di negara ini Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata langkah itu perlu bagi mengelakkan pengguna keliru dengan syar...
Hpu914 Dituntut Dalam Islam Dan Tepat Masanya Mashitah

Hpu914 Dituntut Dalam Islam Dan Tepat Masanya Mashitah

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 340 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Di Mekah Tidak Ada Parti Itu Tetapi Islam Terjaga

Di Mekah Tidak Ada Parti Itu Tetapi Islam Terjaga

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 303 hits
Di Mekah tidak ada parti itu tetapi Islam terjaga Oleh August 23 2019Tidak semua kenyataan pemimpin parti berlabel Islam adalah benar kata Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Ustaz Zolkharnain Abidin Menurut beliau fokus...
Video Lawas Ceramah Uas Ajak Umat Islam Mencintai Non Muslim

Video Lawas Ceramah Uas Ajak Umat Islam Mencintai Non Muslim

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 278 hits
Penggalan video ceramah Ustadz Abdul Somad tentang sikap menghargai kepada pemeluk agama lain beredar di media sosial Hal itu menyusul beredarnya video ceramah UAS tentang simbol salib yang berujung pada pelaporan ke polisi karena diduga me...
Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia

7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Cikbunga Menunaikan Umrah

Adakah Emas Dikenakan Cukai Di Malaysia Ini Jawapannya

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu

Your Next Airbnb May Include Room Service And Tamale Making

Pasu Kosong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Ets Generasi Ketiga Kelas 94

Cendol Jam Besar

Masjid Al Alami Mitc

Ahmad Al Sharaa Masuk 100 Orang Paling Berpengaruh Versi Time 2025

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders