Muka Anwar Sudah Tak Cerah 48 Jam Sebelum Hari Mengundi Sabtu


agendaily.com17/11/2022
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin merasakan sokongan terhadap Perikatan Nasional semakin meningkat dan yakin dapat menubuhkan Kerajaan Persekutuan selepas 19 November 2022.
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat serangan bertalu-talu Pakatan Harapan (PH) terhadap parti dipimpinnya disebabkan gabungan diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim telah kehabisan modal dan semakin goyah.

Pada masa sama Muhyiddin juga berasa pelik apabila Anwar ketika berkempen di kawasan Parlimen Bagan Datuk baru-baru ini tidak menyentuh atau menghentam penyandang kerusi yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bekas Perdana Menteri kelapan itu berkata sokongan pengundi kepada PH dalam keadaan tempoh mengundi berbaki tidak sampai 48 jam lagi, sudah berkurangan setelah rakyat membuat penilaian parti mana yang lebih baik.

“Saya tahu Anwar sudah cukup bimbang… muka dia dah tak cerah sekarang… sedih sahaja. Mungkin dia fikir nak jadi Perdana Menteri, manalah tahu.

“Bagi saya ini soal persaingan dalam sistem demokrasi, ada orang suka ada orang tak suka, itu biasalah. Anwar kata saya bapa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)… faham ke dia masalah PKP? Cuba Anwar fikir kalau negara ini sewaktu Covid-19 saya tak buat PKP… rakyat bebas ke mana sahaja… apa jadi?

“Dia patut bersyukur dia masih hidup, anak, isteri hidup, semua sihat. Tapi nak persoal kata saya bapa itu, bapa ini, tak mengapalah. Mungkin dia sudah tertekan bila dia tengok trend mutakhir ini menjurus kepada Perikatan Nasional… anak-anak muda dan orang ramai terus sokong.

“Saya pun bila lihat kenapa Anwar pergi ke Bagan Datuk (Selasa) di mana kawasan yang dia tahu hadapi Zahid Hamidi (Presiden UMNO), dia tak sentuh langsung (serang Zahid). Jadi, apakah pandangan setengah pihak seolah-olah wujud bentuk persefahaman atau kerjasama,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra dengan penduduk Kampung Jawa, Lenga, di Muar hari ini (Khamis, 17 November 2022).

Mengenai dakwaan Anwar berhubung Perikatan Nasional adalah parti terkaya, beliau sekali lagi meminta Anwar membuktikannya, sedangkan penyata akaun dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga berkata Perikatan Nasional menyedari pelbagai cara digunakan oleh pihak lawan untuk meraih undi pada saat akhir.

Oleh itu beliau menasihatkan pengundi supaya menetapkan tekad dengan hanya memilih calon yang prihatin menjaga kebajikan rakyat dalam keadaan susah dan senang.

“Tetapkan pegangan dan niat bahawa setiap undi anda itu penentu masa depan anak cucu kita. Undilah Perikatan Nasional (PN). PN terbukti berjaya menguruskan negara dengan memberi keutamaan semua rakyat tanpa mengira keturunan dan agama.

“PN juga terbukti berdaya tahan dalam menghadapi situasi pandemik yang menggegarkan dunia. Wabak terburuk abad ini mampu ditangani dengan baik.

“Renungkan semua siapa bersama anda ketika negara berhadapan krisis kesihatan dan, cabaran ekonomi sejagat.

“Suka saya ingatkan lagi, PRU-15 ini sangat penting, undi anda menjadi penentu hala tuju negara. Pilih pemimpin yang layak, amanah, bersih dan stabil. Keluar beramai-ramai supaya peratusan mengundi melebihi 95 peratus,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/muka-anwar-sudah-tak-cerah-48-jam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Dakwa Ada Tentera Mengundi Hari Ini Dibayar Rm300

Anwar Dakwa Ada Tentera Mengundi Hari Ini Dibayar Rm300

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 159 hits
Shakira BuangPresiden PKR Anwar Ibrahim hari ini mendakwa ada anggota tentera khususnya dalam kawasan parlimen Bera di Pahang sudah mengundi untuk PRU kali ini Berucap di majlis ramah mesra di Kuala Terengganu hari ini pengerusi PH itu turu...
2 Jam Tunggu Anak 8 Tahun Sedih Hanya 2 Orang Datang Majlis Hari Jadi

2 Jam Tunggu Anak 8 Tahun Sedih Hanya 2 Orang Datang Majlis Hari Jadi

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 189 hits
Bayangkan di majlis hari jadi anak namun hanya dua orang sahaja yang hadir daripada 30 jemputan Baru berusia 8 tahun tentu sekali kejadian ini memberikan kesan mendalam kepada anak ini di hari yang sepatutnya menjadi kenangan indah namun se...
80 Peratus Keluar Mengundi Hari Ini Harapan Boleh Menang 85 Hingga 93 Kerusi

80 Peratus Keluar Mengundi Hari Ini Harapan Boleh Menang 85 Hingga 93 Kerusi

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 205 hits
NASUHA RAHMANLebih 80 peratus pengundi yang keluar mengundi hari ini HARAPAN dijangka boleh menang kerusi paling banyak di Semenanjung iaitu 85 hingga 93 kerusi Manakala BN boleh memenangi antara 40 hingga 50 kerusi Perikatan Nasional boleh...
Nasi Goreng Sambal Belacan Dengan Ikan Bilis Di Hari Mengundi

Nasi Goreng Sambal Belacan Dengan Ikan Bilis Di Hari Mengundi

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 223 hits
Assalamualaikum WBTRAMALAN cuaca menyatakan pagi ini cuaca cerah di Johor Bahru Walaupun begitu manusia hanya mampu meramal tapi Allah swt jua yang menentukan Celik biji mata hujan membasahi bumi Hari ini pula merupakan hari Pilihanraya Umu...
Kitaboleh Anwar Trending Di Twitter Kurang 48 Jam Pru15

Kitaboleh Anwar Trending Di Twitter Kurang 48 Jam Pru15

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 186 hits
FAZLI RADZITanda pagar KitaBoleh dan Anwar muncul trending di Twitter kurang 48 jam sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke 15 Setakat jam 1 petang tadi slogan Pakatan Harapan KitaBoleh mencatatkan kira kira 12 000 ciapan di Twitter Dal...
Tatacara 10 Langkah Pengundian Pada Hari Mengundi Tidak Dibenarkan Membawa Telefon Bimbit

Tatacara 10 Langkah Pengundian Pada Hari Mengundi Tidak Dibenarkan Membawa Telefon Bimbit

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 288 hits
Tarikh mengundi 2022 pada 19 November 2022 Ada yang tak sabar nak memangkah ke tu Lain macam Pilihan Raya 2022 kali ni Dapat Bendera pun meriah dengan warna biru merah pelbagai warna Walaupun baru je lagi mengundi masa haritu Tetap balik ka...
Hari 5 Anwar Pm10 Angkat Sumpah 5 Petang Ini

Hari 5 Anwar Pm10 Angkat Sumpah 5 Petang Ini

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 277 hits
malaysiakini comHARI 5 Usaha menentukan perdana menteri yang kesepuluh diteruskan dengan Istana Negara mahu parti parti politik menubuhkan kerajaan perpaduan Malaysiakini membawakan berita terkini secara langsung selepas pilihan raya umum 1...
Agong Titah Anwar Muhyiddin Menghadap Jam 4 30 Petang

Agong Titah Anwar Muhyiddin Menghadap Jam 4 30 Petang

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 367 hits
Malaysiakini Yang di Pertuan Agong bertitah perkenan untuk ketua ketua gabungan Pakatan Harapan Anwar Ibrahim dan Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin menghadap pada jam 4 30 ini di Istana Negara Menerusi kenyataan daripada Datuk Pengelola B...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri