Muhyiddin Tidak Salah Guna Kuasa Untuk Meluluskan Sebarang Projek



Marzuki Mohamad
Perdana Menteri semasa menjawab soalan YB Datuk Dr Radzi Jidin di Parlimen beberapa hari lalu ada menyebut mengenai projek JANAWIBAWA. Kononnya ini satu lagi penyelewengan kerajaan PN selepas penyelewengan dana RM600 bilion, RM92.5 bilion, perolehan vaksin dan berbilion-bilion yang lain. Saya pun dah tak ingat berapa banyak bilion.
Beberapa akhbar dan portal berita memetik sumber kononnya kontraktor-kontraktor yang diberikan kontrak JANAWIBAWA telah menyumbang RM300 juta kepada BERSATU. Sumber mana yang dipetik saya pun tak tahu. Baling batu sembunyi tangan.
Semasa menjawab soalan Parlimen tempohari, Perdana Menteri kata akan ada berita baik mengenainya untuk rakyat beberapa hari lagi.
Sekarang, saya nak beritahu berita baiknya.
Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (JANAWIBAWA) adalah satu program yang dicadangkan oleh Kementerian Kewangan dan diluluskan oleh kabinet pada tahun 2020. Program ini bertujuan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek-projek fizikal yang terjejas akibat pelaksanaan PKP semasa wabak COVID-19 melanda.
JANAWIBAWA tiada kaitan dengan dana Pakej Rangsangan Ekonomi COVID-19 bernilai RM530 bilion. Ia adalah projek-projek yang telah tersedia di bawah Rancangan Malaysia yang diluluskan oleh Parlimen. Program ini dikhususkan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
Pada bulan November 2020, saya sebagai Ketua Setiausaha Sulit Kepada Perdana Menteri pada ketika itu telah menerima cadangan daripada Kementerian Kewangan supaya Pejabat Perdana Menteri membuat semakan ke atas keupayaan syarikat-syarikat yang memohon projek JANAWIBAWA dan memperakukannya kepada Kementerian Kewangan.
Saya bab-bab projek ni terus terang saya cakap saya tak minat.
Pertama, Pejabat Perdana Menteri tidak mempunyai kepakaran atau keupayaan untuk membuat semakan ke atas keupayaan syarikat. Mana kita tahu sesebuah syarikat itu ada keupayaan atau tidak. Tidak ada unit atau bahagian di PMO yang melakukan kerja tersebut.
Kedua, membuat semakan dan seterusnya menilai keupayaan syarikat adalah bidang tugas Kementerian Kewangan. Mereka ada kepakaran dan keupayaan untuk melakukannya. Ada Jawatankuasa Penilaian Kontraktor di MOF. Penilaian syarikat, samada dari segi keupayaan kewangan atau teknikal, mesti dibuat secara teliti dan rapi supaya apabila sesebuah syarikat dianugerahkan kontrak untuk melaksanakan projek kerajaan, projek tidak terbengkalai.
Mana-mana syarikat yang diperaku oleh Jawatankuasa Penilaian Kontraktor, akan dipertimbangkan pula oleh Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) di MOF. Keputusan akhir akan dibuat oleh JPMK. Inilah proses biasa perolehan kerajaan.
Saya merujuk perkara ini kepada Tan Sri Muhyiddin dan beliau beritahu saya, “No. PMO should not be involved at all. We don’t have the authority to do so”.
READ MORE HERE: Muhyiddin Refused MoF Move To Pass Vetting Process To PMO For Projects Under Post-Pandemic Scheme Jadi, atas arahan Perdana Menteri Ke-8, saya telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan memberitahu supaya semakan dan penilaian syarikat dibuat oleh Kementerian Kewangan. Maka dengan itu, segala urusan berkaitan perolehan projek JANAWIBAWA telah dijalankan melalui proses dan tatacara perolehan kerajaan sepertimana biasa yang diurus oleh Kementerian Kewangan.
Pejabat Perdana Menteri atau Perdana Menteri sendiri tidak ada kuasa untuk membuat penilaian ke atas syarikat atau memberikan kelulusan projek. PMO juga tidak campurtangan dalam urusan MOF.
Jadi, berita baiknya ialah tiada salah guna kuasa oleh Perdana Menteri Ke-8 dalam perolehan projek JANAWIBAWA. Macamana nak salah guna kuasa kalau kuasa pun tidak ada. Kuasa itu ada di Kementerian Kewangan.
Surat saya kepada KSP adalah buktinya. Saya bersedia untuk memberikan keterangan kepada SPRM berhubung surat saya itu.
Inilah berita baik untuk rakyat. Tan Sri Muhyiddin ketika menjadi Perdana Menteri tidak salah guna kuasa untuk meluluskan sebarang projek. Mungkin inilah juga sebabnya Tan Sri Muhyiddin memilih untuk tidak menjadi Menteri Kewangan ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/02/16/muhyiddin-tidak-salah-guna-kuasa-untuk-meluluskan-sebarang-projek/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akibat Takut Kena Dakwa Muhyiddin Pesan Jangan Salah Guna Kuasa Kepada Anwar

Akibat Takut Kena Dakwa Muhyiddin Pesan Jangan Salah Guna Kuasa Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 17/2/2023 - jumlah : 227 hits
Oleh Adam MalikPenghujahan di dalam dewan Parlimen menjadi bertambah menarik semalam Paling menarik apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin memperingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar jangan salah guna kuasa BacA SINI
Salah Guna Kuasa Pengerusi Pertubuhan Belia Johor Direman 4 Hari

Salah Guna Kuasa Pengerusi Pertubuhan Belia Johor Direman 4 Hari

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 145 hits
Salah guna kuasa pengerusi pertubuhan belia Johor direman 4 hari Dikemas kini 42 minit yang lalu Diterbitkan pada 12 Feb 202
3 Naskhah Dalam Krisis Termasuk Hellbound 2 Netflix Beri Respon Isu Yoo Ahin Salah Guna Dadah

3 Naskhah Dalam Krisis Termasuk Hellbound 2 Netflix Beri Respon Isu Yoo Ahin Salah Guna Dadah

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 140 hits
Semalam industri hiburan Korea digemparkan dengan berita mengenai Yoo Ah in yang sedang disiasat atas tuduhan salah guna dadah ARTIKEL BERKAITAN Sedang menjalani siasatan kini pihak pelakon itu berjanji akan memberikan kerjasama sepenuhnya ...
Minta Maaf Dituduh Salah Guna Dadah Yoo Ahin Disiasat Polis

Minta Maaf Dituduh Salah Guna Dadah Yoo Ahin Disiasat Polis

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 143 hits
Tak semena mena nama seorang pelakon Korea popular menjadi bualan ramai kerana dituduh mengambil dadah ARTIKEL BERKAITAN Menerusi laporan media seorang pelakon lelaki telah melawat beberapa hospital untuk mendapatkan propofol Susulan itu Ke...
Banyak Jenama Buang Yoo Ahin Dari Iklan Dek Isu Salah Guna Dadah Apakah Nasibnya

Banyak Jenama Buang Yoo Ahin Dari Iklan Dek Isu Salah Guna Dadah Apakah Nasibnya

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 180 hits
Berita mengenai pelakon Yoo Ah in mengambil dadah pastinya mengejutkan ramai orang sehingga kini ARTIKEL BERKAITAN Bagi yang belum tahu beberapa hari lepas Yoo Ah in telah disiasat polis mengenai preskripsi dadah jenis propofol Kini pelakon...
5 Resepi Best Guna Rice Cooker Tefal Delirice Plus

5 Resepi Best Guna Rice Cooker Tefal Delirice Plus

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 230 hits
Hai semua Korang ada rice cooker atau tengah planning nak beli rice cooker Jom Kekny share review mengenai rice cooker paling AI pernah Kekny ada yang sangatlah best bila gunanya Review ni dibuat lepas satu bulan lebih guna dah cuba pelbaga...
Lukisan Sumi E Guna Berus Dakwat Atas Kertas Yang Superb

Lukisan Sumi E Guna Berus Dakwat Atas Kertas Yang Superb

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 266 hits
Lukisan dakwat Jepun atau sumi e adalah penjelmaan estetika Jepun Hanya menggunakan dakwat hitam ringkas dan ruang putih yang disusun dengan teliti sumi e merakam keindahan dan kerumitan alam semula jadi yang abadi Sumi e biasanya digambark...
Masak Sendiri Tauhu Isi Guna Resipi Ni Sedap Mudah Lebih Jimat

Masak Sendiri Tauhu Isi Guna Resipi Ni Sedap Mudah Lebih Jimat

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 246 hits
Tercari cari menu mudah untuk dinikmati bersama keluarga Jom buat Tauhu Isi guna resipi perkongsian saudari Rozmaliza Omar Nampak sangat sedap dan membuka selera Tauhu Isi ini enak dimakan bersama sos thai ataupun sambal kicap Wow Sangat me...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever