Muhyiddin Perlu Pandang Secara Menyeluruh Kata Saifuddin








Presiden Bersatu itu sepatutnya mengambil kira keadaan keseluruhan ekonomi, yang ‘pada asasnya kukuh’, kata Saifuddin Nasution Ismail.


Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin agar menumpukan perhatian pada usaha memperkukuh partinya.

PETALING JAYA: Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin ditegur atas kritikan terpilihnya terhadap kerajaan semasa, dengan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, Muhyiddin sepatutnya mempunyai pandangan yang lebih menyeluruh.

Saifuddin, seorang menteri dalam kerajaan Anwar Ibrahim berkata, Muhyiddin tidak patut hanya fokus kepada kemerosotan ringgit, kadar faedah yang tinggi dan peningkatan kos sara hidup ketika melabel kerajaan Anwar sebagai “tidak boleh diharap”.

Muhyiddin sepatutnya mengambil kira keadaan keseluruhan ekonomi, yang “pada asasnya kukuh”, kata Saifuddin.


“Muhyiddin wajar melihat aspek mengurus ekonomi secara menyeluruh … kadar inflasi, kadar pengangguran, imbangan dagangan, kestabilan politik,” katanya kepada FMT.

Saifuddin berkata, kerajaan Anwar melaksanakan kawalan ekonomi yang berkesan, dengan dasar menjurus ke arah kebajikan, walaupun mewarisi hutang yang ditanggung sejak Muhyiddin menjadi perdana menteri (dari 2020 hingga 2022).

“Muhyiddin semoleknya beri ruang untuk Anwar dan kerajaan perpaduan mentadbir,” kata Saifuddin.

Semalam, Muhyiddin mengkritik Anwar dengan berkata, perdana menteri itu tidak menguruskan ekonomi dengan baik, walaupun meminta 100 hari untuk berbuat demikian. Anwar kini telah berkuasa selama tujuh bulan.

Muhyiddin berkata, kerajaan tidak menemui cara untuk menangani peningkatan kos sara hidup, dengan ramai orang telah terjerumus ke dalam kelompok berpendapatan rendah sejak wabak melanda.

Beliau turut mendakwa kerajaan Anwar tidak kukuh, sambil mengulangi spekulasi pembangkang tentang rancangan menjatuhkan kerajaan.

Saifuddin membidas Muhyiddin dengan berkata, Muhyiddin patut menumpukan perhatian pada usaha “membina kekuatan partinya”, bukan bergantung selama-lamanya kepada PAS, rakan gabungannya dalam Perikatan Nasional.

“Sebagai pengerusi PN, mengharap kekuatan parti lain adalah satu tanda kelemahan,” kata Saifuddin.


 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/muhyiddin-perlu-pandang-secara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Panggil Ustaz Zainul Asri Tidak Direman Kata Saifuddin

Polis Panggil Ustaz Zainul Asri Tidak Direman Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 331 hits
POLIS telah membuka kertas siasatan terhadap bekas timbalan ketua Dewan Ulama PAS Kedah Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli berhubung ucapannya yang didakwa berbaur hasutan dalam program Himpunan Kedah Berselawat pada Sabtu lepas Menteri Dal...
Gambar Kj Muhyiddin Tunggu Pengumuman Kata Pemimpin Bersatu

Gambar Kj Muhyiddin Tunggu Pengumuman Kata Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 227 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Tunggu pengumuman presiden kata Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris berhubung spekulasi penyertaan bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ke Bersatu Instagram bekas menteri kesihatan itu hari ini memaparkan g...
Look At The Big Picture Saifuddin Tells Muhyiddin

Look At The Big Picture Saifuddin Tells Muhyiddin

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 385 hits
PKR secretary general Saifuddin Nasution Ismail said Muhyiddin Yassin should focus on strengthening his party instead of relying on PAS PETALING JAYA Bersatu president Muhyiddin Yassin has been told off for making selective criticisms of th...
30 Kata Kata Islamik Untuk Inspirasi Dan Panduan Hidup

30 Kata Kata Islamik Untuk Inspirasi Dan Panduan Hidup

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 408 hits
Pada saat saat sukar dalam kehidupan ada kalanya kita memerlukan kata kata Islamik yang mampu memberikan kita kesedaran dan inspirasi untuk meneruskan kehidupn yang semakin mencabar ini Dalam hidup kita sentiasa akan menghadapi pelbagai cab...
Mat Said Poster Boy Hanya Pandangan Peribadi Kata Ph Terengganu

Mat Said Poster Boy Hanya Pandangan Peribadi Kata Ph Terengganu

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 270 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Kenyataan Ahli Majlis Pimpinan PKR Terengganu Azan Ismail sedia menyokong Ahmad Said sebagai poster boy negeri itu pada PRN akan datang dianggap hanya pandangan peribadinya Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu Raj...
Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Menteri Kesuma Umum 4 Perkara Berkait Keselamatan Sosial

Juruteknik Didakwa Melakukan Amang Seksual Merakam Video Terhadap 3 Kanak Kanak