Muhyiddin Memalukan Agong


 
Tindakan warga maya menyuarakan rasa tidak puas dan menyerang Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di ruangan komen laman Facebook Istana Negara pada hakikatnya bukanlah suatu tindakan biadap atau tidak sopan terhadap Yang Dipertuan Agong.
Jauh sekali ia juga bukanlah suatu bentuk penderhakaan kepada Agong kerana tiada pun kata-kata tidak manis diungkapkan terhadap baginda.
Semua luahan itu, walaupun dalam bentuk serangan kepada Muhyiddin, ia adalah jelas untuk menarik perhatian baginda terhadap tingkah laku Muhyiddin yang dianggap tidak layak lagi duduk di kerusi Perdana Menteri.
Selain terlalu banyak sebab tentang kelemahan dan tidak mampunya beliau menjadi Perdana Menteri, ia diburukkan lagi dari segi keabsahannya yang semakin terang tiada lagi majoriti.
Sebelum ini, dalam ruang komen Facebook Muhyiddin sendiri, tidak kira apa juga hantaran yang dikongsinya, semuanya penuh dengan kata-kata penolakan, tidak puas hati, marah dan gesaan agar beliau meletakkan jawatan.
Jika Muhyiddin sedia meluangkan masa meneliti segala komen-komen tersebut, pastilah bellau insaf dan sedar diri bahawa rakyat Malaysia tidak lagi suka atau menyokongnya.
Malangnya, oleh sebab Muhyiddin ini diketahui mempunyai ego besar sejak dulu lagi dan ini diakui oleh ramai mereka yang pernah bekerja dengannya, maka beliau mungkin memandang sepi saja segala komen-komen negatif terhadapnya itu.


Dalam hal ini, seharusnya Muhyiddin sedar, semua komen itu adalah petunjuk atau isyarat yang tidak baik buat dirinya serta boleh dijadikan sebagai sempadan untuk memperbaiki segala kelemahannya atau jika tidak mampu lagi untuk berubah, sebaiknya berundurlah dengan baik.
Apakah Muhyiddin lupa, ketika menjadi Timbalan Presiden UMNO dulu, beliau sering mengingatkan – berubahlah sebelum rebah?
Kini, dengan luahan tidak puas hari dan serangan rakyat terhadap Muhyiddin sudah merebak hingga ke laman Facebook Istana Negara, ia menunjukkan keadaan sudah benar-benar parah.
Ia bermakna rakyat mahu Agong dan Istana Negara berbuat sesuatu terhadap apa yang mereka luah dan sampaikan itu dengan sesegara yang boleh.
Rakyat akan terus bersuara dan selepas ini apa saja hantaran di laman Facebook Istana Negara yang ada kaitan dengan Muhyiddin, pasti tidak terlepas daripada komen-komen tidak puas hati, marah, menolak serta inginkan beliau diganti segera.
Wujud dan berkembangnya luahan tidak puas hati rakyat di laman Facebook Istana Negara itu juga, baik secara langsung atau tidak langsung, menunjukkan keberadaan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri telah mengaib dan memalukan Agong sendiri.
Keadaan ini tidak pernah berlaku sebelum ini, malah tidak mungkin berlaku jika Muhyiddin lebih awal sedia meletakkan jawatan atau lebih awal daripada itu turut berlapang dada membenarkan usul undi tidak percaya dibentangkan terhadapnya di Parlimen.
Ini tidak, sudahlah tak sudah-sudah mendatangkan kesusahan dan kebencian rakyat, sedar tak sedar, Muhyiddin turut meletakkan Agong dalam keadaan turut sama menanggung beban kepada masalah yang dibawanya.
Tidakkah ini benar-benar memalukan Agong sebenarnya?
Maka, sebagai ketua dan payung negara yang disayangi rakyat, tiada salahnya untuk Agong meneliti segala komen-komen tersebut, sambil memahami suara rakyat yang sedang derita serta merana, seterusnya dipohon agar dapatlah baginda sendiri berbuat sesuatu untuk menyelesaikannya.
Harapan rakyat kini hanya kepada Agong saja kerana bagi rakyat, Muhyiddin tidak diterima lagi sebagai Perdana Menteri, malah tiada apa-apa pergantungan yang rakyat akan harapkan daripadanya. 


(Shahbudindotcom 05/02/2021)














Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/muhyiddin-memalukan-agong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Baik Ts Muhyiddin Segera Lakukan Perkara Yang Sepatutnya Dia Lakukan Jangan Sampai Ydp Agong Hilang Sabar

Lebih Baik Ts Muhyiddin Segera Lakukan Perkara Yang Sepatutnya Dia Lakukan Jangan Sampai Ydp Agong Hilang Sabar

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 483 hits
YANG SEDANG MENDERHAKA ADALAH MUHIDIN DAN KONCO KONCO PPBM NYA Siapa sebenarnya yang sedang menderhaka Untuk menjawabnya perlu kita fahami dahulu tentang DARURAT TS Muhidin memohon proklamasi darurat kpd YDP Agong selepas menyedari dirinya ...
Muhyiddin Letak Jawatan Titah Agong Tetap Terpelihara

Muhyiddin Letak Jawatan Titah Agong Tetap Terpelihara

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 192 hits
mykmu netBERDASARKAN kepada Perlembagaan Persekutuan titah Yang di Pertuan Agong terhadap penguatkuasaan Perintah Darurat tetap berjalan walaupun Perdana Menteri meletakkan jawatan Justeru tidak ada kebimbangan terhadap pentadbiran negara a...
Apa Pandangan Najib Zahid Muhyiddin Kempen Sinar Rasuah Busters

Apa Pandangan Najib Zahid Muhyiddin Kempen Sinar Rasuah Busters

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 332 hits
Isu korup Jangan sampai umno khususnya yang dituduh sebati dengan isu ini tidak bangkit untuk kuat menyokong sebagai satu usaha membersihkan imej walaupun mungkin ada segelintir pemimpin AKAN tergagap dan rasa tidak SELESA untuk bercakap le...
Muhyiddin Istihar Tidak Campurtangan

Muhyiddin Istihar Tidak Campurtangan

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 417 hits
Perancangan manusia sangat lemah dan banyak kekurangan
Zahid Hamidi Sindir Kerajaan Minoriti 109 Muhyiddin

Zahid Hamidi Sindir Kerajaan Minoriti 109 Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 286 hits
Sindir saja tak jadiMalam tadi ada sikit masa terluang sempat menonton game EPL Southampton lawan Arsenal Dengar cerita tahun 2003 masa ada Therry Henry dulu Arsenal hebat Tapi apa pasal makin lama makin landur je ni yob Saya berharap betul...
Tindakan Pas Bagus Atau Tidak Buat Muhyiddin

Tindakan Pas Bagus Atau Tidak Buat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 263 hits
Mohsin AbdullahPerdana menteri menyarankan Asean mengambil sikap yang lebih tegas terhadap ucapan berunsur kebencian atau hate speech termasuk gangguan berdasarkan jantina kecenderungan seksual serta promosi keganasan melalui platform digit...
Seumpama Arsenal Presiden Umno Sindir Kerajaan Minoriti 109 Muhyiddin

Seumpama Arsenal Presiden Umno Sindir Kerajaan Minoriti 109 Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 286 hits
Malam tadi ada sikit masa terluang sempat menonton game EPL Southampton lawan Arsenal Dengar cerita tahun 2003 masa ada Therry Henry dulu Arsenal hebat Tapi apa pasal makin lama makin landur je ni yob Saya berharap betul Arsenal menang kala...
Najib Zahid Setakat Mana Tidak Akan Akur Kepada Muhyiddin

Najib Zahid Setakat Mana Tidak Akan Akur Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 281 hits
Muhyiddin mempunyai senjata yang PALING ampuh Satu call satu kata dua sudah cukup sesiapa Saja membuat pilihan Sekurang kurangnya ITU lah bayangan Lokman yang sudah tidak ceria dan tidak yakin untuk menentang Muhyiddin Tanpa berani jenik PA...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas