Muhyiddin Bukan Lagi Perdana Menteri Yang Rasmi


 



A.KADIR YASIN
June 16, 2021 Saya pernah menulis cerita seakan-akan ini lama dulu mengenai seorang pemimpin politik Umno. Dia adalah antara pemimpin muda Umno ketika itu yang cukup efisyen dan kreatif tetapi terlibat dengan beberapa kontroversi yang sepatutnya tidak dilakukan oleh seorang pemimpin Melayu-Islam.
Oleh sebab saya menulis dalam bahasa Inggeris maka saya menggelarnya “accidental politician” – seorang ahli politik secara kebetulan.
Kalau dia merancang menjadi pemimpin politik, tentulah dia tidak melakukan perbuatan-perbuatan cela sebaliknya menjaga tingkat laku agar sesuai dengan kedudukannya yang tinggi. Akhirnya dia disingkirkan dan gagal memulihkan kerjaya politiknya walaupun beberapa kali mencuba.
Perdana Menteri Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang ini pun nampaknya daripada jenis yang sama. Kalau dia betul-betul merancang kerana dia bercita-cita tinggi hendak menjadi pemimpin nombor satu, dia tentulah telah mengambil tindakan menyelesaikan masalah berkaitan namanya.
Tidak ada masalah menukar nama supaya lebih sedap atau glamor kerana ia boleh dilakukan dengan sah dan mudah. Dia hanya perlu pergi ke Pejabat Pendaftaran dengan Surat Sumpah (SD) yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah untuk merasmikan pertukaran atau pembetulan namanya.
Banyak orang yang sezaman dengan saya, maksudnya sezaman juga dengan Perdana Menteri, berbuat demikian kerana masa itu nama kanak-kanak kerap disalah eja, mempunyai lebih daripada satu nama atau kerana kehilangan “Surat Beranak” – Sijil Kelahiran.
Saya pun ketika sudah bekerja membuat SD bagi menyeragamkan nama saya dalam Sijil Kelahiran dengan nama dalam Kad Pengenalan (sekarang MyKad) kerana berlaku sedikit perbezaan ejaan.

Mahiaddin Md Yasin pun boleh lakukan hal yang sama kalau dia berasa nama yang diberikan oleh ibu bapanya tidak sedap atau dia mahukan nama, yang pada anggapannya, lebih glamor seperti Muhyiddin Mohd Yassin.
Akhirnya kebanyakan orang kenal dia dengan nama Muhyiddin Mohd Yassin sehinggalah seorang pengedar dadah mendedahkan di Mahkamah yang nama sebenar Muhyiddin bukan Muhyiddin tetapi Mahiaddin. Akibat Mahiaddin mahu nama glamor dan tidak guna nama sebenar dalam urusan rasmi maka lelaki Sabah bernama Awang Sari Lasikan dibebaskan.
Sekarang dengan surat pekeliling Ketua Setiausaha Sulitnya sendiri, atas nasihat Jabatan Peguam Negara, sahlah yang nama Perdana Menteri Malaysia adalah Mahiaddin bin Md Yasin atau Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin. Selamat datang Mahiaddin. Selamat tinggal Muhyiddin.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/muhyiddin-bukan-lagi-perdana-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadi Nyatakan Pas Tetap Sokong Kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

Hadi Nyatakan Pas Tetap Sokong Kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 328 hits
KUALA LUMPUR Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus menyatakan sokongan parti itu terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Sokongan itu hadir selepas banyak spekulasi berlegar ketika Yang di Pertuan Agong menerima menghadap...
Pas Beristiqamah Bersama Perdana Menteri

Pas Beristiqamah Bersama Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 292 hits
PAS terlibat secara langsung dalam mengambil alih kerajaan Pakatan Harapan yang dibejati dengan krisis kepimpinan dan moral sehingga membosankan rakyat Setelah membentuk kerajaan Perikatan Nasional mengikut lunas demokrasi PAS yang diberika...
Perdana Menteri Selesai Menghadap Agong Dalam Pertemuan Lebih Sejam

Perdana Menteri Selesai Menghadap Agong Dalam Pertemuan Lebih Sejam

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 288 hits
Firdaus Azil Hasimi MuhamadMuhyiddin selesai menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negara jam 8 56 pagi Astro AWANI Hasimi Muhamad KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yas...
Surat Terbuka Untuk Perdana Menteri

Surat Terbuka Untuk Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 215 hits
YAB Perdana MENTERI LEGASI MALAYSIA dan RAJA RAJA Sesungguhnya dengan hati yang berat saya membawakann perkhabaran buruk ini Perkhabaran ini terkait dengan prestasi anda yang sangat mengecewakan dan meruntuhkan legasi anda mengancam kelangs...
Agong Wajar Bertindak Atas Nasihat Perdana Menteri Kabinet

Agong Wajar Bertindak Atas Nasihat Perdana Menteri Kabinet

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 298 hits
bharian comOleh Jun 21 2021 11 27pmGambar fail bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali Foto Fariz Iswadi IsmailKUALA LUMPUR Peruntukan Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan jelas menunjukkan Yang di Pertuan Agong perlu bertindak atas n...
Coming Soon The New Huawei Matepad 11 5 Papermatte Edition 2025

Resepi Ayam Sambal Tempoyak Petai

Terkini Kes Zara Pengetua Penolong Kanan Hem Warden Asrama Ditempatkan Sementara Di Jpn Sabah

Enam Orang Termasuk Empat Kanak Kanak Maut Api Terlalu Marak Sukar Untuk Selamatkan Mangsa

Belanda Minta Israel Beri Penjelasan Kematian Wartawan Al Jazeera Di Gaza

Kelantan Trw Kongsi Mata Dengan Imigresen Fc

Mic At A Crossroads Time To Reclaim Relevance

Flag Blunders Kapar Mp Suggests Audit On All Govt Agencies Schools


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Corak Bunga Alam Ini Menakjubkan Sesiapa Memandang

Buli Di Sekolah Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Dan Saluran Aduan Kpm

Naratif Baru Pn Ydp Agong Lantik Orang Tidak Sah Jadi Pm

Syamsul Haris Sering Diejek Diprovokasi Ibu Kadet Palapes Harian Metro 12 08 2025

Filem Magik Rompak

Makan Malam Di Kafe Kebun Dusun Pak Din Yang Baharu