Muhyiddin Berdepan Dengan Undi Tidak Percaya



Muhyiddin Berdepan Dengan Undi Tidak Percaya? SELEPAS selesai sesi perbincangan khas antara Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Raja-Raja Melayu pada Rabu lalu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan, sesi persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli Dewan Rakyat.
Kepada wartawan Utusan Malaysia, MOHAMAD SHOFI MAT ISA, Pengarah Institut Tamadun dan Kajian Strategik, Universiti Malaysia Pahang, PROFESOR MADYA DATUK DR. WAN AHMAD FAUZI WAN HUSAIN merungkai beberapa persoalan dan polemik berhubung perkara itu.
UTUSAN: Terdapat ulasan sarjana dan tokoh masyarakat yang seolah-olah mempertikai dan meremehkan titah YDPA. Komen?
WAN AHMAD FAUZI: Tafsiran yang meremehkan kuasa dan titah YDPA berlaku kerana kaedah yang mereka gunakan tidak berlandaskan falsafah Perlembagaan Persekutuan yang bersifat watan Malaysia.
Umumnya, sistem politik negara dipopularkan sebagai raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen, sebaliknya Datuk mengete­ngahkan frasa ‘kedaulatan raja-raja dan ‘keluhuran perlembagaan.’ Apa legitimasi kepada frasa tersebut?
Pada hakikatnya, Malaysia ialah sebuah Persekutuan yang mendukung prinsip kedaulatan raja-raja dan keluhuran perlembagaan. Kedudukan itu termaktub dalam Perkara 181(1) dan Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan. Istilah raja berperlembagaan tidak semestinya membataskan kuasa seorang raja, sebaliknya menunjukkan bagaimana sebuah pemerintahan perlu berfungsi kerana apabila ada kerajaan maka sekali gus ada Perlembagaan. Perlembagaan itu menunjukkan identiti diri sebuah kerajaan dan bagaimana sistem berkaitan sepatutnya beroperasi. Dalam konteks Malaysia, pentafsiran kuasa YDPA yang mewakili raja-raja Melayu untuk memerintah tidak boleh diabaikan undang-undang sedia ada termasuklah adat Melayu kerana prinsip itu dilindungi oleh Perkara 181(1) dan Perkara 162.
Bagaimana dengan demokrasi berparlimen, bukankah itu prinsip pemerintahan utama di negara kita?
Masih ramai sarjana yang terkhilaf apabila menganggap demokrasi berparlimen sebagai prinsip kedaulatan negara sekali gus mengagungkan amalan Westminster sebagai rujukan utama. Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia tidak mutlak serta hanya dilaksanakan dalam kerangka undang-undang yang tertakluk pada sekatan-sekatan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kedudukan sistem demo­krasi berparlimen kita berbeza dengan amalan Westminster di England walaupun sebaha­gian bentuknya diguna pakai di sini. Perlembagaan Persekutuan hanya mengan­dungi beberapa struktur yang menyerupai sistem Westminster tetapi dari sudut pemakaian prinsip kedaulatan adalah berbeza sama sekali.
Di sisi Perlembagaan Persekutuan, YDPA sebagai Ketua Pemerintahan Perse­kutuan mewakili Majlis Raja-Raja bertanggungjawab untuk memelihara ketinggian Perlembagaan Persekutuan berdasarkan prinsip kedau­latan yang tersimpul dalam Sumpah YDPA.
Apa kepentingan sumpah itu?
Sumpah YDPA meletakkan kewajipan buat Seri Paduka untuk memelihara agama Islam, melaksanakan pemerintahan yang adil, menjamin keamanan dalam Persekutuan dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimana Datuk kaitkan sumpah itu dengan kenyataan Istana Negara pada 16 Jun lalu?
Dalam konteks ini, pandangan YDPA perlu dihormati oleh semua pihak kerana objektifnya untuk mengembalikan amalan semak dan imbang yang terjumlah dalam inti pati prinsip keluhuran Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, pandangan itu bukanlah hanya hasrat YDPA tetapi adalah bersifat nasihat kerana objektifnya merupakan salah satu kewajipan di sisi perlembagaan.
Seri Paduka boleh menggu­nakan kuasa prerogatif, misal­­nya untuk menggantung Per­ka­ra 40(1) jika keengganan jemaah menteri mendengar nasihat Seri Paduka itu boleh memprejudiskan kewajipan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimana Perkara 40(1) boleh digantung?
Penggantungan Perkara 40(1) boleh berlaku melalui penggubalan Ordinan Daru­rat. Darurat ialah satu kea­da­an yang memberikan sumber kuasa kepada YDPA di bawah Perkara 150 untuk melaksanakan kuasa prerogatif di luar amalan biasa.
Penggantungan Perkara 40(1) boleh dijadikan langkah interim untuk membolehkan Parlimen kembali bersidang dalam tempoh secepat mungkin selaras semangat Perkara 150(9) dan titah YDPA.
Adakah nasihat YDPA itu masih perlu dikaji kewajarannya?
Nasihat yang dititahkan Seri Paduka untuk dipanggil sidang Parlimen ialah hasil respons daripada pelbagai pihak yang telah menyampaikan taklimat kepada YDPA dan Raja-Raja Melayu. Oleh demikian, tidak wajar perkataan ‘secepat mungkin’ ditakwilkan dengan maksud masih ada keperluan untuk menimbangkan faktor-faktor seperti keadaan penularan wabak, prosedur Parlimen dan sebagainya yang sudah pun dalam makluman Seri Paduka.
Untuk mengelakkan res­pons kerajaan disalaherti oleh rakyat, ada baiknya pentafsiran ‘secepat mungkin’ tidak dibahaskan di media sebaliknya Perdana Menteri (PM) menghadap YDPA untuk menentukan tarikh secepat mungkin untuk memanggil sidang Parlimen seperti nasihat Seri Paduka.
Sebagai pelaksana fungsi kuasa YDPA di bawah Perkara 39, PM dan jemaah menteri perlulah menghormati hasrat dan nasihat pemilik kuasa eksekutif Persekutuan iaitu YDPA kerana kuasa itu merupakan satu amanah besar yang dipertanggungjawab di bawah Sumpah YDPA.
Kuasa YDPA untuk menyam­paikan nasihat kepada PM dan jemaah menteri merupakan prerogatif raja-raja berlandaskan prinsip syura yang diwarisi daripada sistem politik tradisional Melayu sebelum merdeka.
Dari sisi sama, Parlimen merupakan majlis syura bagi YDPA untuk membereskan perkara-perkara yang jatuh di bawah pertimbangan dan bidang kuasanya.
Selain menggantung Perkara 40(1), adakah YDPA mempunyai pilihan lain untuk mengembalikan kestabilan politik di dalam negara?
Tidak dapat dinafikan penangguhan sidang Parlimen dikaitkan dengan dakwaan PM tidak lagi mempunyai undi kepercayaan ahli-ahli Dewan Rakyat.
Justeru, untuk berlaku adil dan tidak hanya bergantung pada surat akuan bersumpah, YDPA boleh menitahkan ultimatum kepada PM, sama ada sidang Parlimen diadakan untuk menguji undi kepercayaan dalam tempoh tertentu, atau Seri Paduka memutuskan isu kepercayaan di luar Dewan Rakyat mengikut kaedah yang Seri Paduka perkenan.
Dalam erti kata lain, kegagalan PM menasihati YDPA tarikh secepat mungkin untuk memanggil sidang Parlimen, membolehkan Seri Paduka menimbangkan Perkara 43(4), sama ada PM dan jemaah menteri perlu meletakkan jawatan, atau atas permintaan PM, YDPA membubarkan Parlimen.
Jika ini berlaku dan Parlimen dibubarkan, YDPA berkuasa melantik jemaah menteri interim di bawah Perkara 43(2)(b) sehingga pilihan raya umum (PRU) selesai dilaksanakan.
PRU perlu dilaksanakan selewat-lewatnya 1 April 2022 jika tempoh darurat tidak dilanjutkan, dan Seksyen 12(5) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Khas) 2021 tidak terlebih dahulu dibatalkan.
Ini kerana menurut Perkara 150(7), apa-apa ordinan yang dimasyhurkan menurut suatu proklamasi darurat hendaklah terhenti berkuat kuasa apabila habis tempoh enam bulan bermula tarikh tamat proklamasi darurat itu.
Nasihat Datuk?
Kesempitan hidup dan ancaman kepada kesihatan rakyat perlu menjadi fokus jemaah menteri dan ahli Parlimen. Persidangan Parlimen perlu dimanfaatkan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik demi kesejahteraan rakyat serta memberi penekanan kepada perkara-perkara yang dibutirkan dalam Kenyataan Media Istana Negara dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Dalam tempoh darurat sehingga 1 Ogos ini, ahli Parlimen diharapkan untuk mengelakkan keadaan-keadaan yang boleh mensia-siakan baki tempoh darurat. Gunakanlah masa yang ada ini sebaik-baiknya.
Muhyiddin Berdepan Dengan Undi Tidak Percaya? Baca Artikel Menarik :
SPRM tahan eksekutif sebuah pasar raya Lekas daftar ambil vaksin COVID-19 – Azizulhasni Potong gaji CEO bank, bukan buang pekerja Kerana sebungkus bihun, warga emas disamun ISU STAFF DILANGGAR LARI – SHUIB NEKAD TUNTUT KEADILAN Resepi udang rangup salut wantan Layari Laman Facebook MYKMU
10 syarat pembukaan segera Parlimen

The post Muhyiddin Berdepan Dengan Undi Tidak Percaya? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/06/22/muhyiddin-berdepan-dengan-undi-tidak-percaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Undi Tidak Percaya Boleh Dibuat Di Luar Parlimen

Undi Tidak Percaya Boleh Dibuat Di Luar Parlimen

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 139 hits
Oleh Hassan Abdul KarimULASAN Yang di Pertuan Agong ada kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk melantik Perdana Menteri Malaysia Perkara 43 Tetapi Yang di Pertuan Agong tidak ada kuasa untuk singkir Perdana Menteri Ini adalah di anta...
Tajuddin Gesa Parlimen Bersidang Tiada Undi Tak Percaya Pada Pm

Tajuddin Gesa Parlimen Bersidang Tiada Undi Tak Percaya Pada Pm

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 188 hits
malaysiakini comDiterbitkan 20 Jun 2021 9 56 amDikemaskini 12 48 pmMemandangkan Umno dan parti pembangkang telah memberi jaminan untuk tidak mengemukakan usul undi tidak percaya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin maka parlimen boleh bersidang...
Hanya Empat Ahli Parlimen Umno Sokong Undi Tidak Percaya Jika Ada

Hanya Empat Ahli Parlimen Umno Sokong Undi Tidak Percaya Jika Ada

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 180 hits
Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menjangkakan hanya empat ahli Parlimen UMNO akan menyokong usul undi tidak percaya kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya usul itu dikemukakan dalam sidang Par...
Umno Tidak Menyokong Usul Undi Tidak Percaya

Umno Tidak Menyokong Usul Undi Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 166 hits
Ahli ahli Parlimen daripada parti UMNO BN menjunjung kasih di atas titah Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong susulan Perbincangan Khas Raja Raja Melayu yang telah diadakan pada 16 Jun 2021 lalu berhubung keperluan mengadakan persidang...
Minggu Pks 2021 Pupuk Semangat Bantu Usahawan Berdepan Cabaran Covid 19

Minggu Pks 2021 Pupuk Semangat Bantu Usahawan Berdepan Cabaran Covid 19

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 241 hits
Di era pandemik Covid 19 ketika ini tidak dinafikan ramai usahawan yang terjejas sepanjang menjalankan perusahaan secara kecil kecilan dalam tempoh jangka masa yang belum menemui noktahnya Sektor perusahaan kecil dan sederhana terutamanya p...
Krisis Kecederaan Tidak Resahkan Deschamps Perancis Masih Pasukan Pilihan Berdepan Switzerland

Krisis Kecederaan Tidak Resahkan Deschamps Perancis Masih Pasukan Pilihan Berdepan Switzerland

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 190 hits
Juara Dunia Perancis berdepan dengan krisis kecederaan menjelang aksi pusingan 16 terakhir Euro 2020 bertemu Switzerland pada Isnin ini membuatkan ketua jurulatih Didier Deschamps bergelut untuk menyenaraikan kesebelasan terbaiknya Pasukan ...
Muhyiddin Selesai Mengadap Ydp Agong

Muhyiddin Selesai Mengadap Ydp Agong

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 156 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negara jam 8 56 pagi di sini hari ini Pertemuan Perdana Menteri yang juga Preside...
Mekanik Maut Terkena Besi Majikan Berdepan Tindakan

Mekanik Maut Terkena Besi Majikan Berdepan Tindakan

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 200 hits
Mekanik maut terkena besi majikan berdepan tindakan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Perak akan mengambil tindakan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran peraturan susulan insiden seorang pekerja maut ...
Deposit Haram Bekas Tunang Artis Pemimpin Ppbm Johor Bahru Berdepan Denda Rm50 Juta

Deposit Haram Bekas Tunang Artis Pemimpin Ppbm Johor Bahru Berdepan Denda Rm50 Juta

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 220 hits
SHAH ALAM Bekas tunang kepada seorang pelakon drama tanah air berdepan denda sehingga RM50 juta selepas didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menerima deposit haram bernilai RM132 900 empat tahun lalu Tertuduh Razrul Anwar Ros...
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Nostalgia Bedak Sejuk

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Adira Suhaimi Kasih Chord

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Prm Denies Being Sponsored To Split Malay Vote In Kkb