Muhyiddin Ahmad Faizal Menang Tanpa Bertanding


Mohd Anwar Patho Rohman
[email protected]
Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU akan diadakan pada 27 September ini. Gambar dirakam pada 2018. - Foto NSTP/AHMAD IRHAM MOHD NOOR
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu masing-masing menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Berdasarkan senarai calon layak bertanding dalam Pemilihan BERSATU yang dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) hari ini, hanya nama Muhyiddin yang juga Perdana Menteri dan Ahmad Faizal, Menteri Besar Perak menjadi calon bagi mengisi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Pengerusi JPP, Tan Sri Syed Hamid Albar ketika mengulas senarai pencalonan itu bagaimanapun berkata, pengumuman rasmi untuk kedua-dua jawatan itu akan dibuat selepas semua bahagian bersidang pada 22 Ogos ini.

"Secara prinsip, kedua-duanya sudah memenangi jawatan masing-masing tetapi akan diumum secara rasmi selepas semua Bahagian BERSATU selesai bersidang.

"Senarai pencalonan yang dikeluarkan JPP hari ini untuk memberi peluang kepada calon menyemak dan mengesahkan nama serta gelaran darjah kebesaran dan gelaran akademik, sebelum dicetak untuk diedarkan ke semua bahagian," katanya kepada BH, hari ini.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) sebelum ini memutuskan persidangan peringkat bahagian pada 22 Ogos, ARMADA Bahagian pada 15 Ogos dan Srikandi pada 26 September. Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU pula ditetapkan pada 27 September ini.

Syed Hamid turut berkata, senarai nama yang dikeluarkan JPP hari ini muktamad dan calon yang dipecat atau terhenti keahliannya tidak layak bertanding.

Sebelum ini, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut merebut jawatan Presiden, namun namanya tergugur selepas keahliannya terhenti pada 28 Mei lalu kerana melanggar peraturan parti apabila duduk di blok pembangkang ketika Sidang Rakyat pada 18 Mei.

Turut terhenti keahlian BERSATU sebelum ini ialah bekas Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; bekas Ahli MPT, Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.

Bekas Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Marzuki Yahaya yang sebelum ini mahu merebut jawatan Timbalan Presiden, turut tergugur daripada pencalonan selepas beliau dipecat daripada parti pada 2 Jun lalu.

Pemilihan BERSATU kali ini juga menyaksikan jawatan Pengerusi BERSATU tidak dipertanding selepas bekas penyandangnya, Dr Mahathir yang sebelum ini diumum menang tanpa bertanding, tidak lagi menjadi ahli parti.

Sementara itu, bagi perebutan tiga jawatan Naib Presiden, seramai 17 calon layak bertanding antaranya Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Turut layak bertanding ialah Menteri di JPM (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof serta Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Datuk Abdul Rashid Asari dan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang juga penyandang jawatan itu turut layak bertanding.

Pertandingan bagi merebut 15 kerusi MPT pula menyaksikan seramai 163 orang layak bertanding antaranya Mustapa, Timbalan Menteri di JPM (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Shabudin Yahaya dan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz.

Perebutan jawatan Ketua ARMADA pula menyaksikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dicabar Exco ARMADA, Mohd Muzzamil Ismail.

JPP turut menyenaraikan empat nama yang layak bagi merebut jawatan Ketua Srikandi, iaitu Menteri Pembangunan, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, Datin Izza Ismail, Datuk Zuhuraina Makmur dan Datuk Azlina Mehtab Mohd Ishaq.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/07/muhyiddin-ahmad-faizal-menang-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lokman Adam Sindir Muhyiddin Mahu Bertanding Di Pagoh

Lokman Adam Sindir Muhyiddin Mahu Bertanding Di Pagoh

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 235 hits
Muhyiddin mungkin bukan sahaja tidak wajar dijadikan calon PM selepas PRU 15 malah tidak wajar bertanding pun kerana didakwa hanya mampu bekerja 4 jam sahaja dalam sehari Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam semalam menda...
Menang Atau Kalah Benarkah Ada Mp Umno Dan Pas Tolak Usul Muhyiddin Pagi Ini

Menang Atau Kalah Benarkah Ada Mp Umno Dan Pas Tolak Usul Muhyiddin Pagi Ini

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 314 hits
Pagi ini merupakan hari penentuan bagi masa depan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Cubaannya membawa usul menukar Speaker Parlimen Mohamad Ariff Md Yusof bakal menjadi perhitungan hidup mati kepada masa depan politiknya Jika menang ...
Muhyiddin Menang Undi Percaya Hari Ini

Muhyiddin Menang Undi Percaya Hari Ini

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 523 hits
Speaker dan Timbalan Speaker hari ini telah ditukar dengan undi 111 lawan 109 iaitu majoriti dua undi Yang penting bukanlah majoriti dua undi itu Apa yang penting ialah tentang Pakatan Harapan berkata bahawasanya Perdana Menteri Muhyiddin Y...
Tiada Calon Bertanding Pengerusi Ppbm Muhyiddin Calon Tunggal Presiden

Tiada Calon Bertanding Pengerusi Ppbm Muhyiddin Calon Tunggal Presiden

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 225 hits
July 16 2020 2 43 PMMuhyiddin Yassin merupakan calon tunggal bagi jawatan presiden PPBM dalam pemilihan parti itu 27 September ini PETALING JAYA Jawatankuasa pemilihan PPBM mengumumkan hari ini bahawa tiada calon yang bertanding bagi merebu...
Pn Government Is Palace Door Government Not Back Door Government Ahmad Maslan

Pn Government Is Palace Door Government Not Back Door Government Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 261 hits
The palace door government issue raised by Pontian MP Datuk Seri Ahmad Maslan was among the hot topics of debate among the backbenchers and opposition lawmakers at the Dewan Rakyat today When tabling the motion of thanks for the royal addre...
Slot Samarinda Terbaru Drama Syurga Untukmu Gandingan Diana Danielle Fahrin Ahmad

Slot Samarinda Terbaru Drama Syurga Untukmu Gandingan Diana Danielle Fahrin Ahmad

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 1485 hits
Slot Samarinda Terbaru Drama Syurga Untukmu Gandingan Diana Danielle Fahrin Ahmad Berita baik drama terbaru yang akan menggantikan drama Tuan Daniel Bersiaran menerusi slot samarinda tv3 Untuk makluman peminat drama drama Syurga Untukmu ini...
Pn Kerajaan Pintu Istana Bukan Pintu Belakang Ahmad Maslan

Pn Kerajaan Pintu Istana Bukan Pintu Belakang Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 412 hits
Isu kerajaan pintu istana yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan mengundang perdebatan hangat antara penyokong kerajaan dan pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat hari ini Ketika mencadangkan usul ucapan menjunju...
Syair Kehidupan Ahmad Albar

Syair Kehidupan Ahmad Albar

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 214 hits
Syair Kehidupan Ahmad AlbarDi saat ini ingin kuterlena lagiTerbang tinggi di awanTinggalkan bumi di siniDi saat ini ingin ku mencipta lagi Kan kutuliskan laguSambil kukenang wajahmuMalam panjang remang remangDi dalam gelap aku dengarkanSyai...
Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Urban Renewal Not A Dirty Term

Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Tarikh 16 Mei Yang Diingati

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways

Masuk Ke Muzium Tak Perlu Bayar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel

Seruan Kepada Penyokong Hiruk Dan Damai

Wanita Warga Emas Maut Kereta Terbabas Tepi Longkang

Kerajaan Pahang Akan Perluaskan Lagi Penganjuran Program Mara Lasak Ke Seluruh Daerah Di Negeri Ini

Pemilihan Bukan Hanya Untuk Pru 16 Tetapi Parti Perlu Cari Jalan Agar Pkr Terus Hidup Dan Menjadi Lebih Kukuh

Kelahiran Isa Menurut Agama Islam Dan Urgensinya Bagi Umat Islam