Muhyiddin Ada Asas Kukuh Kekalkan Ltte Dalam Senarai Pengganas


BERITA

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata beliau ada asas kukuh untuk mengekalkan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dalam senarai pertubuhan pengganas.

Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas kenyataan Peguam Negara Tommy Thomas yang memintanya mengkaji semula senarai pertubuhan yang diwartakan sebagai pengganas.

Permintaan itu susulan keputusannya untuk menghentikan prosiding terhadap 12 individu yang didakwa terlibat dengan LTTE.

Muhyiddin berkata kerajaan telah menyenaraikan LTTE sebagai kumpulan pengganas sejak 12 November 2014.

"Berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada pihak berkuasa, saya selaku Menteri Dalam Negeri mempunyai asas yang kukuh untuk mengekalkan penyenarai LTTE sebagai kumpulan pengganas.

"Kumpulan ini dipercayai masih mempunyai ideologi yang boleh menimbulkan ancaman terhadap ketenteraman awam dan keselamatan negara. Justeru menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk mengambil tindakan bagi membendung sebarang penyebaran deiologi dan kegiatan yang berkaitan dengan kumpulan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin berkata antara negara yang turut mengekalkan LTTE sebagai kumpulan pengganas adalah India, Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Dalam kenyataan sepanjang 11 halaman, Thomas berkata, pengisytiharan Menteri Dalam Negeri bahawa sesebuah kumpulan itu adalah pengganas tidak dimaksudkan untuk kekal dan boleh disemak semula setiap enam bulan sama ada pengisytiharan itu masih ada asas.

Berkenaan pembebasan 12 indvidu itu pula, Thomas berkata tema umum kesemua 12 individu tersebut adalah mereka hanya memiliki gambar pemimpin LTTE, seperti Velupillai Prabhakaran yang terbunuh pada 2009, sama ada di telefon atau Facebook.

"Sekiranya perbuatan sedemikian boleh terjumlah sebagai satu kesalahan jenayah, ia akan meletakkan undang-undang ke tempat yang tidak dihormati," katanya.

Baca: Alasan penuh AG bebaskan 12 tertuduh berkaitan LTTE

Antara 12 yang ditangkap itu adalah dua Adun DAP - P Gunasekaran (Seremban Jaya) dan G Saminathan (Gadek).

LTTE dibubarkan pada 2009 selepas ditewaskan tentera Sri Lanka.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata beliau selaku menteri dalam negeri berkuasa menyenarai individu atau kumpulan yang terbabit dengan kegiatan keganasan sebagai "entiti yang ditentukan" (specified entity), berdasarkan Seksyen 66B (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Haram, Pencegahan Pembiayaan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

"Saya ingin menegaskan penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas adalah tertakluk kepada kuasa Menteri Dalam Negeri yang diperuntukan oleh undang-undang.

"Peguam negara tidak mempunyai apa-apa kuasa di bawah undang-undang untuk mencampuri urusan yang berada di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri," katanya lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/02/muhyiddin-ada-asas-kukuh-kekalkan-ltte.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mdn Mempunyai Asas Kukuh Untuk Kekalkan Penyenaraian Ltte Sebagai Kumpulan Pengganas Muhyiddin

Mdn Mempunyai Asas Kukuh Untuk Kekalkan Penyenaraian Ltte Sebagai Kumpulan Pengganas Muhyiddin

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 211 hits
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Mohd Yassin sebentar tadi mengeluarkan kenyataan mengenai keputusan peguam negara yang menghentikan prosiding terhadap individu individu yang menyokong kumpulan Liberation Tigers Of Tamil Eel...
Yoursay Muhyiddin S Grouses Against Ag S Ltte Decision Unfounded

Yoursay Muhyiddin S Grouses Against Ag S Ltte Decision Unfounded

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 177 hits
YOURSAY Charges filed upon the 12 individuals under Sosma does not hold water Kim Quek Instead of falsely accusing the attorney general Tommy Thomas of interfering with the jurisdiction of the Home Ministry Muhyiddin Yassin should justify h...
Thomas Agrees With Muhyiddin But Says Sunset Clause Could Hurt Ltte Case

Thomas Agrees With Muhyiddin But Says Sunset Clause Could Hurt Ltte Case

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 203 hits
Attorney General Tommy Thomas said his move to against 12 individuals over their alleged Liberation Tigers of Tamil Elam links was not meant to Home Affairs Minister Muhyiddin Yassin s authority The minister is absolutely correct He has the...
Ltte A Terrorist Group Ag Has No Say Insists Muhyiddin

Ltte A Terrorist Group Ag Has No Say Insists Muhyiddin

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 273 hits
Home Minister Muhyiddin Yassin has seemingly rebuked Attorney General Tommy Thomas for urging him to review the classification of the Liberation Tigers of Tamil Eelam as a terrorist organisation Muhyiddin said the home minister has the powe...
Tindakan Ag Langkau Kuasa Eksekutif Kdn Nyatakan Ltte Pertubuhan Pengganas

Tindakan Ag Langkau Kuasa Eksekutif Kdn Nyatakan Ltte Pertubuhan Pengganas

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 133 hits
1 PERSATUAN Peguam Peguam Muslim Malaysia sangat terkejut dan kecewa dengan keputusan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas yang menghentikan tiga puluh empat pertuduhan terhadap dua belas orang tahanan di bawah SOSMA yang dijadual akan dibica...
Ltte Peguam Negara Tiada Kuasa Muhyiddin

Ltte Peguam Negara Tiada Kuasa Muhyiddin

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 263 hits
Muhyiddin Yassin KUALA LUMPUR Penyenaraian Harimau Pembebasan Tamil Eelam sebagai kumpulan pengganas adalah tertakluk kepada kuasa Menteri Dalam Negeri yang diperuntukkan undang undang Lantaran itu kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddi...
Keputusan Ltte Buka Floodgate Pengganas Pakar

Keputusan Ltte Buka Floodgate Pengganas Pakar

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 184 hits
Professor Madya Dr Mizan Mohammad Aslam KUALA LUMPUR Kenyataan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berhubung kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam disifatkan sebagai satu satunya malapetaka undang undang menggunakan Perlembagaan ...
Pengganas Ltte Katadua Patuh Atau Lepas Jawatan Peguam Negara

Pengganas Ltte Katadua Patuh Atau Lepas Jawatan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 280 hits
Tommy memberhentikan prosiding undang undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas Astro AWANI Shahir Omar Peguam Negara lepas jawatan atau patuh dasar kerajaan Maszlee MalikKL Bekas Menteri Pe...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Bila Duit Nak Masuk

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Nak Tau 5 Langkah Menjadi Insan Hebat

Vanny Vabiola Sudahi Saja Chord

Ustadz Yang Membodoh Bodohi Jemaahnya Kata Frans Donal Di Bali By Dr H

Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

Lemas Tiga Beranak Ditemukan Tidak Lagi Bernyawa Selepas Mandi Manda Di Sungai Balak