Muhammad Kekuatan Dr Atiyah Biarpun Hospital Jadi Rumah Kedua Allah Uji Sebab Dia Sayang
Diuji dengan anak sakit tidak sesekali mematahkan semangat Dr Atiyah Azmi yang juga anak kepada Prof Dr Muhaya untuk terus sentiasa positif. Menganggap ujian yang Allah berikan ini tandanya Dia sayang pada hambanya sentiasa buatkan dirinya bersyukur dengan ketentuan ilahi.
Berkongsi perasaan sebagai ibu yang mempunyai seorang anak istimewa, Dr Atiyah menganggap Muhammad adalah anugerah yang tak ternilai buatnya sekeluarga.
Walaupun sejak lahir boleh dikatakan hospital adalah rumah keduanya, Dr Atiyah yakin akan ada ganjaran yang Allah nak beri padanya.
View this post on Instagram
Buat ibu yang sedang mengandung dan diberitahu anak yang dikandung mempunyai masalah kesihatan.
mama Tiyah dan Muhammad berkongsi pagi Ahad ni.
A post shared by Atiyah Azmi (@dratiyahazmi) on Dec 22, 2018 at 6:57pm PST
Dr Atiyah juga turut menasihati ibu-ibu yang sedang mengandung dan apabila diberitahu doktor anak dalam kandungan mungkin mengalami masalah fizikal sedangkan kita belum bersedia menerimanya jangan terus menyalahkan takdir.
Ingatlah kita kena sentiasa positif, carilah orang yang baik-baik, soleh dan solehah untuk berikan kita semangat dengan ujian yang Allah beri serta dekatilah diri dengan al-Quran dan agama.
View this post on Instagram
Inilah realiti kehidupan kami, ibubapa yang dianugerahkan anak-anak istimewa dan diuji dengan sakit pasti memahami. Hidup boleh dirancang tapi Allah sentiasa menjadi Penentu apa yang akan terjadi. Minggu ini sahaja, Muhammad dikejarkan ke hospital dan selamat menjalani pembedahan pulang ke rumah dan sekali lagi perlu ke hospital dan operate lagi. Biarlah memori kami bersama sentiasa menjadi kenangan yang bermakna, bukan indah di mata tapi indah di hati. Kehadiran Muhammad mengajar erti belajar terima apa Allah berikan. Maka diri ini tertanya, apa yang aku inginkan dari semua ini? Hanyalah pengampunan Allah dan keredhaanNya. Hidup dunia ini terlalu sekejap, sudahkan aku bersedia? Baru pagi tadi, melihat kereta kemalangan dan pemandunya masih di tempat memandu sambil tangan memegang dada. Allahuakbar. Semoga beliau mendapat rahmat Allah. Kebahagiaan hakiki hanyalah di syurga abadi. Sungguh aku seorang hamba yang lemah dan berdosa. Semoga Muhammad ingat dan teman Mama Baba di akhirat nanti ya sayang. InsyaAllah. Akal manusia tak akan pernah dapat menggapai apa sebenarnya itu kehidupan yang kekal abadi dan alam selepas ini. Allahuakbar. Mohon semua doakan baik-baik buat Muhammad, keluarga kami dan semua dijauhkan dari segala keburukan dan agar kami lebih mendekatiNya dan hati kami bergetar kerana cintakan Allah yang Maha Esa. Allahumma La Taj’ali Dunia Akbara Hammina.
A post shared by Atiyah Azmi (@dratiyahazmi) on Dec 5, 2018 at 6:18pm PST
Ibu ayah juga perlu ingat dunia ini hanya sementara dan semua ujian yang Allah berikan dia nak tengok kita sabar atau tidak.
Melalui perkongsian Dr Atiyah di instagramnya selagi diberi kekuatan dia akan buat yang terbaik untuk Muhammad.
View this post on Instagram
Minta semua doakan cucunda Muhammad dalam keadaan kritikal sekarang. Allah Maha Baik
A post shared by Muhaya Mohamad (@profmuhaya) on Dec 23, 2018 at 5:11pm PST
Prof Muhaya Mohon Doakan Kesihatan Cucunya
Bagaimanapun, menerusi posting yang dimuat naik oleh Prof Muhaya, beliau memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuk cucunya yang kini sedang dalam keadaan kritikal.
Ditimpa dengan ujian yang besar sekalipun, sikap positif dalam keluarga ini cukup buatkan semua kagum.
Diharapkan adik Muhammad terus kuat dan cepat sihat serta dapat terus memberi kegembiraan kepada orang disekelilingnya terutama kakak-kakak yang sangat menyayanginya.
Sumber: ig dratiyahazmi/prof muhaya
The post Muhammad Kekuatan Dr Atiyah. Biarpun Hospital Jadi Rumah Kedua, Allah Uji Sebab Dia Sayang appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/muhammad-kekuatan-dr-atiyah-biarpun-hospital-jadi-rumah-kedua-allah-uji-sebab-dia-sayang/