Muhaizar Pertahan Gelaran Di Standard Chartered Marathon 2019


KUALA LUMPUR, 12 Sept — Pelari maraton negara Muhaizar Mohamad akan kembali untuk mempertahankan kejuaraannya di kejohanan Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2019 (KLSCM2019) hujung bulan ini.
Muhaizar yang memenang pingat gangsa untuk Malaysia buat julung kalinya pada sukan SEA di Kuala Lumpur 2017 bagaimanapun berkata beliau tidak akan terlalu memaksa diri untuk saingan kategori maraton penuh lelaki Malaysia dalam kejohanan itu nanti, memandangkan Sukan SEA Filipina 2019 akan tiba dalam tempoh sekitar dua bulan sahaja lagi.
“Keutamaan saya adalah mewakili Malaysia di Sukan SEA, namun KLSCM2019 akan menjadi penampilan maraton saya yang terakhir sebagai persediaan untuk hadapi Sukan SEA, saya tidak mahu menjejaskan latihan saya bagi tujuan itu.
“Saya masih menyasarkan untuk menjadi lebih kompetetif dan berharap untuk mempertahankan kejuaraan KLSCM kerana ia satu acara yang memang dekat di hati saya selepas memenanginya empat kali berturut-turut,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur acara, Dirigo Events Sdn Bhd, di sini hari ini.
Ketika ini Muhaizar adalah pelari maraton kedua terpantas negara, di belakang pemegang rekod kebangsaan Leo Tan Huong Leong.
KLSCM2019 yang dijadualkan berlangsung pada 28 dan 29 Sept bakal menyaksikan penyertaan sekitar 40,000 pelari, termasuk 1,900 pelari dari 73 negara luar.
Acara larian utama di Malaysia itu menawarkan hadiah tunai yang berjumlah US$125,000 (RM521,037).
Empat kategori utama akan dipertandingkan, yakni Individu (empat jarak berbeza: Maraton 42.2km, Separuh Maraton 21.1km, 10km dan 5km); Run For A Reason (Maraton 42.2km, Separuh Maraton 21.1km, 10km dan 5km) bagi mengumpul dana untuk kebajikan menerusi sumbangan derma dalam talian; Cabaran Korporat (10km) bagi syarikat-syarikat mendaftar dan bertanding sebagai satu pasukan korporat, dan Kids Dash (3km dan 1km) bagi mengalakkan kanak-kanak dalam sukan dan acara lari.
— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ligakampung.com/blog/muhaizar-pertahan-gelaran-di-standard-chartered-marathon-2019/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Goh V Shem Tan Wee Kiong Rangkul Gelaran Terbuka Taiwan 2019

Goh V Shem Tan Wee Kiong Rangkul Gelaran Terbuka Taiwan 2019

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 465 hits
Sedikit berita gembira untuk skuad badminton negara apabila pemain beregu professional negara Goh V Shem Tan Wee Kiong berjaya merangkul gelaran kedua pada tahun ini Sebentar tadi pemenang pingat Perak Olimpilk 2016 itu berjaya menumpaskan ...
9hb September 2019 Cuti Ke Tak Keliru Ni

9hb September 2019 Cuti Ke Tak Keliru Ni

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 1261 hits
9hb September 2019 Cuti Ke Tak Keliru Ni Cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pada 9hb September 2019 Isnin ini adalah antara lima cuti umum yang wajib diberi kepada ...
Perjanjian Ekstradisi Indonesia Dan Rusia Langkah Diplomatik Menuju Kerjasama Penegakan Hukum

Keajaiban Melk Permata Sejarah Di Tepian Sungai Danube

Yusuf Azmi Tewas Tko Yunus Martin Raih Kemenangan Sulung Di Malaysia

Buy My House Now And Seize Your Dream Home Today

Buy Your Home Now The Key To Your Dream Living

Find Local Real Estate Agents For Your Dream Home

The Polar Holiday Table One World Hotel S Arctic Inspired Christmas Feast 2025

Toyota S New Performance Beast Toyota Gr Gt And Its 650 Horsepower V8 Hybrid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dap Tersungkur

Powerbank Solar Charger Lampu Kecemasan Terbaik Untuk Musim Banjir

The Big Fish Are Hands Behind Albert Tei

Makan Makan Di Double Tree By Hilton Jb Sempena Perayaan Krismas

Iman Asyraf Semasa Kecil

Nafi And Isbat