Muflis Gara Gara Elak Bayar



Apabila disebut tentang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) penulis sering teringat kisah pengakuan seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan era 90-an terlibat dalam perbuatan mengelak membayar cukai.
Siapa sangka seorang pemain bola sepak pun cuba mengelak daripada melaksanakan tanggungjawab kepada negara. Itulah sifat manusia yang sukar mahu berkongsi nikmat hidup mereka.
Tetapi implikasinya sangat besar apabila kantoi. Pemain bola yang pernah mengecapi zaman gemilang memenangi kejuaraan Piala Malaysia tersebut menceritakan dia dijatuhkan muflis disebabkan perbuatan tersebut.
“Bayangkan bila kita dah diisytiharkan bankrap oleh mahkamah, semua duit dan harta hilang dirampas oleh pihak berkuasa. Malah, saya juga tak boleh bekerja hingga ia menjejaskan kehidupan saya sampai sekarang.
“Paling sedih, saya pernah dipanggil untuk menjadi tetamu bual bicara bola sepak, tetapi terpaksa menunggu bayaran cukup lama kerana masalah status bankrap yang menyebabkan wang tak boleh dikreditkan ke akaun bank,” katanya.
Begitu juga pada tahun 2017 apabila dilaporkan banyak selebriti Malaysia tidak membayar cukai pendapatan mereka walaupun memperoleh pendapatan berjuta-juta ringgit.
Pada tahun 2019 isu sama terbongkar apabila lebih 30 artis muda popular atau yang menikmati pendapatan ratusan ribu ringgit diletakkan di bawah radar LHDNM selepas didapati gagal mendaftar sebagai pembayar cukai.
Artis muda yang mampu memperolehi pendapatan lumayan sehingga enam angka sebulan hasil persembahan, jemputan stesen televisyen, penajaan syarikat korporat atau hadiah program realiti disertai cuba mengelak cukai.
Kesan daripada perbuatan mengelak cukai sangat buruk kepada negara. Ibarat pendapatan yang sepatutnya diperoleh Malaysia untuk pembangunan dan kemakmuran telah dirompak.
Penulis masih ingat tentang kisah pada 2011 apabila negara dilaporkan kerugian sekitar RM2.02 bilion akibat perbuatan 1,748 syarikat pelbagai sektor yang dikesan oleh LHDNM lari cukai dalam tempoh tiga tahun.
Kesimpulannya mudah sahaja. Mereka yang mengelak daripada membayar cukai bolehlah dianggap telah melakukan pengkhianatan kepada negara.
Malaysia perlu mempunyai sumber bagi menampung segala keperluan negara terutamanya dalam membangunkan kemudahan infrastruktur dan mereka ini antara yang menyulitkan.
Bagaimana kerajaan dapat memajukan kampung tradisional dan bandar kecil, membina jalan raya baharu, sekolah, universiti dan sebagainya tanpa dana yang mencukupi.
Maka kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak membayar cukai ingatlah kewajipan membayar cukai merupakan satu daripada semangat patriotisme terhadap negara.
Kecuali anda tiada semangat tersebut dan tidak mempedulikan masa depan negara itu adalah diri anda insan yang terkeji lagi memalukan.
The post Muflis Gara-Gara Elak Bayar appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/10/03/muflis-gara-gara-elak-bayar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Pernah Fikir Dalam Otak Tak Netizen Suruh Bayar Lesen Mbsj Mila Jirin Tampil Beri Penjelasan

Hiburan Pernah Fikir Dalam Otak Tak Netizen Suruh Bayar Lesen Mbsj Mila Jirin Tampil Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 285 hits
Sekali lagi mencuri perhatian penyanyi dan juga usahawan Mila Jirin kelmarin telah tampil meluahkan rasa berang apabila seorang individu telah memintanya untuk membayar kos lesen kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya dan dianggap culas melang...
Masa Pinjam Macam Kucing Giliran Ditagih Pula Macam Harimau Kelaparan Mak Cik Naik Hantu Diminta Bayar Hutang

Masa Pinjam Macam Kucing Giliran Ditagih Pula Macam Harimau Kelaparan Mak Cik Naik Hantu Diminta Bayar Hutang

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 295 hits
Masa nak meminjam wang bukan main lagi manis mulut Segala macam janji dikeluarkan konon hanya untuk seminggu dua Namun lama kelamaan berlarutan jadi sebulan setahun dan sudahnya terus senyap tanpa berita Kalau gula itu manis manis lagi mulu...
Abang Kurier Tahan Sabar Pelanggan Dah Koyak Parcel Enggan Bayar Cod Beri Alasan Baju Sempit

Abang Kurier Tahan Sabar Pelanggan Dah Koyak Parcel Enggan Bayar Cod Beri Alasan Baju Sempit

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 282 hits
Pada era globalisasi hari ini semua jenis transaksi boleh dilakukan secara dalam talian Dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk transaksi secara online kini mendapat tempat di hati pengguna Seiring dengan peningkatan jumlah pengguna ...
Makan Sepotong Kek Tambahan Pengantin Baru Minta Tetamu Bayar Rm20 72

Makan Sepotong Kek Tambahan Pengantin Baru Minta Tetamu Bayar Rm20 72

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 238 hits
Dalam satu kejadian aneh seorang tetamu perkahwinan telah mendedahkan yang dia diminta untuk membayar wang tambahan hanya kerana makan sepotong kek tambahan di majlis perkahwinan Tetamu yang dipercayai berasal dari United Kingdom berkenaan ...
Pengantin Baru Desak Tetamu Bayar Rm20 72 Kerana Makan Sepotong Kek Tambahan

Pengantin Baru Desak Tetamu Bayar Rm20 72 Kerana Makan Sepotong Kek Tambahan

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 215 hits
Pasangan pengantin baru itu meneliti rakaman kamera litar tertutup pada hari majlis perkahwinan mereka dan mendapati seorang tetamu kenapatan ambil sepotong kek tambahan Dalam satu kejadian aneh seorang tetamu perkahwinan telah mendedahkan ...
Lawan Arus Dua Kilometer Elak Dicekup

Lawan Arus Dua Kilometer Elak Dicekup

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 303 hits
TANGKAP layar video yang tular dalam media sosial memaparkan kereta Avanza suspek melawan arus ketika dikejar polis di sekitar Sabak Bernam Selangor semalam SABAK BERNAM Sebuah kereta penjenayah bertekad melawan arus sejauh dua kilometer ke...
Elak Takutkan Anak Bila Anak Tiub Belon Banyak Kelebihannya Salah Satu Latihan Untuk Anak Bercakap

Elak Takutkan Anak Bila Anak Tiub Belon Banyak Kelebihannya Salah Satu Latihan Untuk Anak Bercakap

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 432 hits
Kanak kanak paling tertarik dengan belon Sifat belon yang ringan warna dan pergerakannya yang menarik perhatian mampu membuatkan anak terhibur Pun begitu bila anak memegang belon ini mak ayah janganlah menakutkan anak Nak relaks jom cuci ma...
Hiburan Buat Reviu Produk Besar Ke Kecik Ke Tolong Elak Wanita Bertudung Noorkhiriah

Hiburan Buat Reviu Produk Besar Ke Kecik Ke Tolong Elak Wanita Bertudung Noorkhiriah

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 249 hits
Pelakon Noorkhiriah tampil memberi teguran terhadap beberapa individu yang menampilkan wanita bertudung sebagai model iklan untuk memberi ulasan mengenai produk membesarkan payudara di media sosial ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementKata Noorkh...
Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

While Most Politicians Are Fighting For Survival Syed Saddiq Is Doing What

Pergi Semula Ke Kampung Nelayan

Video Bas Laju Langgar Axia Di R R Jejantas Sungai Buloh Mangsa Harap Rakaman Video Bantu Siasatan

Easy Tonkotsu Ramen Recipe

Layan Roti Canai Di Pagi Minggu

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

Pulau Gili Noko


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keria Gula Melaka

Berapa Kos Sebenar Untuk Buat Hibah Amanah Di Malaysia

Warga Indonesia Usaha Tunai Haji Secara Haram Berakhirnya Meninggal Dunia Di Gurun

Ydp Agong Titah Pemimpin Usah Bermain Politik Atas Isu Sensitif Seru Rakyat Bersatu

Hiburan Wanita Ini Mohon Nafkah Bulanan Rm8k Hakim Putuskan Hanya Layak Rm4 Sebulan

Jangan Marah Lagi